Penemuan otak manusia pada tengkorak berusia lebih dari 2,500 tahun di Heslington Timur, England mengejutkan dunia. Para ahli organ selama ini yakin, otak merupakan bagian tubuh yang paling cepat rosak dan menjadi cairan sesudah meninggal. Penyebabnya dikatakan akibat tingginya kandungan lemak.
"Otak Heslington" itu diteliti team Universitas Bradford, sejak ditemui tahun 2008. Sonia O'Connor, ketua penyelidik mengatakan, otak itu berasal dari tahun 673-482 sebelum Masehi, milik lelaki berusia 26-45 tahun yang mati digantung atau dipenggal kepalanya.
Tak ada tanda pengawetan seperti pada mumia. Kemungkinan otak itu segera dikubur dalam tanah basah setelah kematian. Tanah basah membuat oksigen tidak memasukinya sehingga menghindari menjadi busuk. Kemungkinan lain, pemilik otak itu mempunyai penyakit tertentu atau ada perubahan fisiologis tubuh yang mempengaruhi otak, misalnya kelaparan sebelum mati. Inilah yang mampu dikaji dikalangan ahli sains.
Itu yang ditemui dalam tengkorak.

Bagaimana pula satu kejadian ajaib berlaku dikampung Tok Labu Seberang Perai ,Pulau Pinang?
Keinginan orang ramai untuk mengetahui pemilik sebenar otak manusia yang ditemui masih elok dalam liang lahad oleh dua penggali kubur di Tanah Perkuburan Islam Permatang Tok Labu, Penaga di Seberang Prai, Pulau Pinang terjawab. Selepas lebih seminggu menjalankan siasatan dan kajian sebaik kejadian aneh itu didedahkan pada 13 Januari lalu, otak yang ditemui timbul di permukaan air itu dipercayai milik seorang pendakwah dari Indonesia yang dikenali sebagai Tok Haji Hassan Acheh.
Beliau datang ke Tanah Melayu sekitar tahun 1870an untuk berdakwah dan tinggal berdekatan Masjid Permatang Tok Labu yang dahulunya adalah sebatang anak sungai yang menjadi laluan utama ketika itu.Tok Haji Hassan Acheh berpakat dengan seorang ulama tempatan, Tok Labu untuk membina masjid berdekatan anak sungai itu sebagai kemudahan pengguna berhenti rehat dan bersolat. Tok Labu diangkat menjadi imam masjid manakala Tok Haji Hassan Acheh membantunya.
“Selepas kematian Tok Labu, beliau dilantik menjadi imam. Penduduk pernah mengesyorkan nama beliau diabadikan pada masjid itu tetapi Tok Haji hassan Acheh menolak,” katanya. Tok Haji Hassan Acheh juga dikenali sebagai seorang yang rajin membaca al-Quran di samping mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
Dalam kejadian penemuan otak sebelum itu, dua penggali kubur yang sedang menyiapkan liang lahad untuk seorang warga emas, Salasiah 78 menemui otak manusia. Lebih mengejutkan sebaik penemuan otak itu beberapa kejadian aneh berlaku.
Menghairankan otak manusia yang ditemui itu masih dalam keadaan baik sedangkan tulang dan papan keranda dipercayai dari kubur lama bersebelahan liang lahad yang baru di gali itu sudah hancur. Ketika di ambil otak yang dipenuhi lumpur itu dan meletakkan di atas daun pisang sambil diperhatikan ahli keluarganya yang lain. Menghairankan, otak itu kemudiannya dilihat bertukar menjadi bersih dan lumpur yang melekat padanya tertanggal dengan sendiri. Selepas hampir 20 minit otak itu kemudiannya berubah warna dari kehitaman kepada warna merah dan pada masa sama urat darah mula timbul menyebabkan kami melihat ia seperti otak baru,” katanya. Otak tersebut kemudiannya ditanam kembali ketempat asalnya.
Kalau otak Tok Haji Hassan ini ditemui di England, pasti ia masih lagi berada dalam makmal. Mereka tercari-cari jawapannya. Bagi orang Islam yang beriman dengan perkara ghaib, perkara tersebut merupakan ketentuan dan ketetapan Allah sebagai tanda dan kekuasaanNya serta antara tanda-tanda bahawa Allah Swt akan membangkitkan manusia hidup kembali untuk menerima pembalasan dihari kiamat kelak.
Apa yang penting manusia, orang ramai, pengggali kubur maupun wartawan media yang melapurkan, insaf dan bertaubat kepada Allah serta berusaha meningkatkan amal soleh. Bukannya menambahkan dosa maupun kekufuran. Samalah seperti dikekalkan mumia Firaun, bukannya untuk dipuja maupun dihormati tetapi untuk manusia mengambil pengajaran dan iktibar. Samalah dengan penemuan jasad yang elok meskipun kekadang sudah meninggal dunia dalam tempoh lang lama. Ianya sebagai karamah dan tanda kebesaran Allah Swt. Tetapi kenapa kebanyakan manusia masih lagi engkar?

Dalam hal seperti ini mereka mengakui kebesaran Allah Swt tetapi apabila berkait dengan hukum-hakam, syariah, halal-haram kenapa pemimpin maupun pemerintah merasakan mereka lebih hebat dan lebih bijak daripada Allah Swt? - ustsaifulbahri
No comments:
Post a Comment