KUALA LUMPUR: Pelawak terkenal, AR Badul, 63, menyangkal dakwaan seorang remaja perempuan yang dia mencabul mangsa lebih daripada tiga kali bermula Disember 2010 hingga pertengahan Mac lalu.
Menurut Badul, dakwaan itu tidak benar dan dia tidak mengetahui butir laporan polis yang dibuat remaja itu terhadapnya.
“Saya tidak mengetahui laporan dibuat remaja itu dan ia tidak berasas sama sekali,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Badul turut menafikan dirinya diburu polis kerana sehingga kini masih tidak dipanggil oleh pihak berkuasa untuk memberi kenyataan.
“Saya tidak diburu pihak berkuasa,” katanya yang akan mengetahui kesahihan laporan mengenai dakwaan itu, esok.
Sementara itu, Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Operasi dan Risikan Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa berkata, polis akan menyiasat kesahihan dakwaan pelajar berkenaan.
P/s: Berdasarkan gambaran berita semalam, banyak pihak mengaitkan pelawak veteran itu dengan AR Badul. Hari ini keluar pula berita penafiannya. Jika begitu, siapa?
No comments:
Post a Comment