Wednesday, August 13, 2014

Pertemuan DS Anwar Ibrahim Dgn TG Hj Hadi Awang

Isu MB: Sejam Anwar jumpa TG Abdul Hadi
HARAKAHDAILY | 12 Ogos 2014.
KUALA LUMPUR: Pertemuan antara Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berlangsung hampir sejam petang semalam.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang turut serta dalam pertemuan itu mengesahkan ianya berkait dengan isu Menteri Besar Selangor.

"Pertemuan itu berlangsung lebih kurang satu jam. Ya kita bincang isu MB Selangor" katanya kepada Harakahdaily sambil menambah tidak boleh mendedahkan butir perbincangan tersebut.

Selain tiga tokoh itu, dua lagi yang turut serta dalam pertemuan di sebuah hotel di Kuala Ibai, Terengganu itu semalam adalah Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution.

Menurut Mustafa, pertemuan ini adalah hasil keputusan bersama Pakatan Rakyat sebelum ini yang mahu pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti mengadakan pertemuan bagi mencari penyelesaian isu Menteri Besar Selangor ini.

"DAP juga turut maklum dengan pertemuan ini," kata Mustafa lagi.

Mustafa turut mengesahkan pertemuan serupa juga telah berlaku antara Tuan Guru Abdul Hadi dengan pimpinan DAP termasuk Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sebelum daripada ini.

Sementara itu, isu Menteri Besar Selangor akan dibincangkan dalam mesyuarat PAS Pusat pada 17 Ogos ini.

- HARAKAHDAILY 12/8/2014

Thursday, June 12, 2014

Kes Murtad : Zarina Abdullah Majid, dilahirkan oleh pasangan beragama Islam + Video

Bapa kepada pengantin yang diserbu jabatan agama dalam perkahwinan Hindu baru-baru ini menegaskan anaknya seorang Islam.

Thursday, April 17, 2014

Karpal Singh meninggal dalam kemalangan + Laporan Polis & Gambar & Video


Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh 74 tahun meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6 lebuhraya utara selatan (PLUS) [di Kawasan Gua Tempurung] menghala ke utara kira-kira pukul 1 pagi tadi.

Thursday, April 10, 2014

Gempar!! MH370 : Semua penumpang masih hidup! +Video

Risikan Russia dakwa MH370 dirampas bukan terhempas!
Sumber perisikan Rusia mendakwa MH370 yang dikatakan telah terhempas di Lautan Hindi sebenarnya telah dirampas dan dilarikan ke Afghanistan, berhampiran sempadan Pakistan.

Wednesday, April 9, 2014

Parti Bogel : Dah Kantoiii baru ambil tindakan.. Bukti DBKL Tak Buat Kerja.?

Pusat hiburan berkenaan sebenarnya sudah menganjurkan parti seumpamanya hampir setiap minggu sejak setahun lalu.
Kuala Lumpur: Hadiah satu tong arak dan baucar mencacah tatu. Itulah yang ditawarkan penganjur parti bogel untuk pemenang pertandingan tarian lucah dijadualkan Jumaat ini di pusat hiburan terkenal di Jalan Ampang, di sini dan lebih teruk iklan berkenaan disebarkan terang-terangan tanpa mengambil kira sensitiviti masyarakat tempatan.

Friday, April 4, 2014

#MH370 : Panas!! Data Penumpang, kargo dihilangkan dari sistem?

Data penumpang, kargo MH370 dihilangkan seperti data kemasukan Altantuya?
SHAH ALAM, 4 APR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini mempersoalkan langkah pihak berkuasa menghilangkan semua data penerbangan pesawat MH370 termasuk penumpang dan kargo dihilangkan daripada sistem Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Memali : Musa Hitam memperbetulkan fakta sejarah

Isu Memali: Musa Hitam perjelas kekeliruan
PADA jam 9.00 malam 27 Mac 2014, saya bersama YB Husam Musa adalah dua ahli panel dalam Majlis Diskusi anjuran Kerajaan Negeri Kelantan bertemakan “Politik Malaysia: Dahulu dan Sekarang”.

Papa Gomo bakal bergelar "Papa Kedana" +Gambar & Video

Papagomo Bakal Ke Penjara?? Dan Akan Disaman Lagi.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli akan memfailkan saman ke atas blogger kontroversi Papagomo kerana memalsukan keterangan di mahkamah.

Sape yang mulakan spekulasi? +Video

Belum Apa-Apa, Najib Dah Buat Spekulasi
Negara nampaknya dirundung malang lagi. Belum pun nampak kekeruhan hubungan Malaysia dengan China dapat dijernihkan berikutan insiden kehilangan pesawat MH370, kini berlaku lagi kejadian penculikan dua pelancong di Semporna, Sabah di mana salah seorang daripadanya adalah warga China. Seorang lagi mangsa ialah rakyat Filipina.

Thursday, April 3, 2014

GempaQ!! Hishamuddin pecah lubang PapaGomo wakaka

PapaGomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris akan berdepan dengan Seksyen 193 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan memberi keterangan palsu kepada mahkamah dan boleh dijatuhkan hukuman penjara 7 tahun serta merupakan satu kesalahan yang boleh ditahan (arrestable offence). Habis pusing sana sini xnak ngaku dia PapaGomo, nah!!! Menteri Pertahanan Hishamuddin Hussein sendiri telah mengesahkan tentang identiti Wan Muhammad Azri Wan Deris..

Pakar beri 6 punca Kehilangan Pesawat MH370 ?

MISSINGMH370 Pakar beri enam punca jelas kehilangan MH370, lapor akhbar.
Selepas lebih tiga minggu, kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 terus membingungkan penyiasat, dan panel pakar yang bermesyuarat semalam masih tidak dapat jawapan pasti walaupun membayangkan enam kemungkinan menjelaskan apa yang berlaku dalam pesawat itu, lapor Sky News.

Wednesday, April 2, 2014

MH370 : Gambar2 dan Artikel2 yg tak keluar dalam media arus perdana

Foto | Sepanduk2 protes saudara mara penumpang MH370 di hotel Subang Jaya. "Serahkan pembunuh kepada kami" | via AP

Tuesday, April 1, 2014

Gempaq!! gambar laluan penerbangan MH370 yang ditunjukkan kepada keluarga di China berbeza dari laluan asal.. +Video

Kenapa laluan penerbangan MH370 yang ditunjukkan kepada China dan kita berbeza?
"Berdasarkan komunikasi satelit baru, kami boleh katakan dengan tahap keyakinan tinggi bahawa sistem ACARS dimatikan sebelum pesawat tiba ke pantai timur Malaysia,” kata Najib ketika mencerita semula rentetan kejadian pada awal pagi 8 Mac.

Monday, March 31, 2014

MH370 : Pelik!! Pesawat Misteri (TIDAK DIKENALI) adalah "MESRA PESAWAT"? +Video

BONGKAR !!! PUNCA TUDM TIDAK PINTAS @ BERTINDAK PESAWAT MISTERI (PESAWAT MH370 MAS) DIDEDAHKAN!
Semua sudah sedia maklum, pesawat MH370 telah berjaya dikesan radar utama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) apabila dilihat berpatah balik yang ditafsir sebagai pesawat yang tidak dikenali.

Saturday, March 29, 2014

Memali : Musa Hitam bongkar Wajah sebenar Mahathir +Video

Pendedahan bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam berhubung keberadaan Tun Dr Mahathir Mohamad di Malaysia semasa peristiwa Memali dan bukan di China seperti dipercayai selama lebih 30 tahun menunjukkan wajah sebenar ‎bekas perdana menteri itu, kata ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR).

Wednesday, March 19, 2014

GempaQ!!! MH370: Pesawat masih ada di dalam perairan berdekatan negara kita?

MH370: Siapa Rugi?
*AMARAN !! Artikel ini akan bertentangan dengan laporan media. Artikel ini juga akan bertentangan dengan banyak teori yang telah tersebar. Artikel ini juga akan membuatkan anda tidak percaya kepada saya kerana mengandungi cerita dan teori yang pelik. Anda berhak membaca artikel ini. Anda juga berhak menelitinya dan mengkajinya. Anda juga berhak untuk tidak mempercayainya. Anda juga berhak untuk berfikir, adakah ia benar atau sebaliknya. Saya tidak bertanggungjawab jika anda merasa hampa dengan cerita yang akan saya sampaikan. Tiada apa yang sensasi atau menarik disini.

Monday, March 17, 2014

MH370: Suatu Misteri

Sila pastikan sebelum anda membaca artikel berikut, lengkapkan pengetahuan asas mengenai kes MH370 terlebih dahulu agar memudahkan anda untuk memahami situasi yang hendak diceritakan. Jika belum ada pengetahuan asasnya, boleh baca disini.

MH370: Suatu Misteri

Friday, March 14, 2014

Video: Rakaman Suara Terakhir Juruterbang Dari Kotak Hitam

KEHILANGAN penerbangan MH370 milik MAS sejak Sabtu lalu telah membuka mata banyak pihak untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penerbangan.

Panas!! Bukan setakat Malaysia jadi bahan sindiran bahkan Kalimah Allah dihina gara2 "Raja bomoh" ?

#MH370 - MEDIA ARAB SINDIR MALAYSIA GUNAKAN BOMOH SEBAGAI USAHA RUNGKAI MISTERI KEHILANGAN MH370
Di waktu seluruh dunia tertumpu pada Malaysia berikutan dengan insiden pesawat #MH370 hilang sabtu lalu, sekumpulan Raja Bomoh Sedunia VIP datang ke KLIA tanpa dijemput oleh mana-mana pihak dan ini amat memalukan Malaysia.

Tuesday, March 4, 2014

Panas!! Gossip Ku Nan dengan Erra Fazira?

Baru-baru ini timbul desas-desus yang mengaitkan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dengan bekas Ratu Cantik Malaysia, Erra Fazira.

Tampil menafikannya, Tengku Adnan ketika ditemui semalam di pelancaran Lorong Seni di Ibu Kota berkata, beliau bahagia dengan perkahwinannya.

HASAN ALI DAH GILA MEROYAN?

HASAN ALI Meroyan 'Dajal' pulak dah
Hendak saja gua balas kenyataan begini yang sesedap hati menyatakan kekhuatiran bahawa Anwar ada ciri-ciri Dajjal.

Kalau berani habaq mai satu-satu ciri Dajjal yang ada pada Anwar Ibrahim lepas itu kita bandingkan kewujudan sifat-sifat tersebut pada diri pemimpin sanjungan NGO Islam.

BERITA BAIK UNTUK BANI MELAYU UMNO

DARIPADA MR EX PRESIDEN PALABANA BANGANG TAK ADA UBAT

DAH TUA NAK NYANYUK MASIH LAGI GAGAH BERPOLITIK. ANAK ANAK DAH KAYA RAYA MELANA TAPI MASIH LAGI MELAUNGKAN HIDUP MELAYU, PEJUANG NASIB MELAYU.

Monday, March 3, 2014

Gempaq : Pecat Zahid Hamidi !! kata panglima goyang punggong kah kah kah


Pecat Zahid Hamidi Kerana Tidak Menjaga Maruah Bini Najib (BN)... Kah Kah Kah !

Apa yang lu BIUL sangat Ali Panglima Goyang Punggung oiii... kalau sudah Maruah Zahid sendiri pun sanggup dicampakkan ditepi Longkang Tempat biasa nya Kangkong Tumbuh, bila masa nya Zahid tu nak Menjaga Maruah BN, PAKAI AKAI lah Ali oiii, sudah lah tu kalau BN tu Betul-Betul BERMARUAH ok jugak lah. Ini sekejap kata SURI RUMAH sekejap kata Masa beliau telah diambil oleh RAKYAT lah, apa Cerita Ali... kah kah kah !

Sunday, March 2, 2014

Padah bila kritik Presiden

Bekas ketua MIC Bahagian Bukit Gelugor dipecat dari MIC
Jawatankuasa Disiplin MIC memecat seorang ahli parti itu semalam kerana membuat kenyataan bahawa presiden parti Datuk Seri G. Palanivel tidak wajar dibenar berkempen untuk Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Kajang.

Saturday, March 1, 2014

Tindakan Presiden PAS menghampakan UMNO dan peminatnya

PAS lancar Jentera PRK Kajang, Tiada boikot kata Presiden PAS
Tuan Guru Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang sedang berucap dalam pelancaran jentera Pemuda Pakatan Rakyat sempena PrK Kajang.

Friday, February 28, 2014

Kesian Rosmah .. Dah tak ada masa untuk "main"

Kesian Rosmah Mansor....
Secara tiba-tiba isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor mengeluh tentang masanya yang kini telah diambil oleh rakyat sehingga tidak mempunyai kesempatan lagi untuk melayan hobinya sendiri, terutama bermain badminton yang menjadi kegemarannya sebelum ini.

"Sorry bang, saya silap tekan...."

AWAS!!!! Taktik Penipuan Juruwang Di Kaunter Stesen Minyak - Pendedahan Pekerja Bangladesh

Salam, cuma nak kongsikan pengalaman saya mengisi minyak di stesen minyak Petronas Jalan Semambu, Kuantan. Pada jam 6.45 petang, saya berhajat mengisi minyak kereta di situ selepas selesai servis kereta untuk balik kampung. (servis kereta RM500 terbang)

Sarawak ke-3 bilangan rakyat termiskin

Pemuda PKR Sarawak mempersoalkan mengapa Sarawak kini di tangga ketiga senarai negeri dengan bilangan penduduk paling miskin selama 33 tahun Tan Sri Abdul Taib Mahmud menjadi ketua menteri.

Di negeri Mahyuddin pun berlaku masalah kekurangan bekalan air

Isu air bukan di Selangor sahaja
SHAH ALAM: Masalah kekurangan bekalan air bukan sahaja menjadi isu di negeri Selangor, malah ianya masalah nasional yang turut dialami negeri-negeri lain ekoran musim kemarau yang melanda negara.

Taib letak jawatan: Kenapa tiada komentar?


SHAH ALAM - Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution hari ini secara sinis mempersoalkan tindakan yang diambil terhadap Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud akan meletak jawatan di Dun Balingian, pada 28 Februari ini.

Thursday, February 27, 2014

Terangkat beb!! Malaysia "dikenali" sebagai 5 teratas didunia..

Tersenarai Dalam 5 Boros Di Dunia, Satu Lagi Alasan Najib Wajar Diganti

Minggu ini sekali lagi Malaysia dikenali di peringkat antarabangsa. Setelah beberapa kehebatan dan kecemerlangan yang berjaya dilakukan oleh pelbagai individu serta dalam pelbagai bidang sebelum ini yang sekaligus mengangkat nama Malaysia makin harum di persada dunia, kehebatan yang berlaku kali ini lebih "terangkat" lagi.

Gempaq! Najib kena Serang?

Pentadbiran Najib diserang Daim dan Mahathir

Najib sedang diasak?
Daim Zainuddin yang dilihat sebagai regu kepada Dr Mahathir Mohamad dan juga menjadi 'jubir', jurubicara untuk menghuduhkan Najib Razak dan kerajaannya, tidak mudah diam. Daim terus bercakap tanpa melihat suasana dan memilih 'cerlak' (masa dan ketika) untuk bercakap. Seperti sudah tidak ada simpati dan sokongan lagi DARI Daim kepada Najib sebagai perdana menteri.

Kroni makin kaya, Rakyat Makin Merana

Hartawan Malaysia makin kaya
KEKAYAAN terkumpul 40 individu terkaya di Malaysia melonjak kepada RM217.82 bilion sehingga 18 Januari 2014, atau 11.73 peratus lebih tinggi berbanding RM194.86 bilion tahun lalu.

Ajaib : Air terpancar keluar dari batu di tanah arab, bukti kiamat hampir tiba + Video

Sungai-Sungai Baru Muncul Di Tanah Arab Bukti Kebenaran Hadis Nabi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular