Thursday, April 3, 2014

GempaQ!! Hishamuddin pecah lubang PapaGomo wakaka

PapaGomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris akan berdepan dengan Seksyen 193 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan memberi keterangan palsu kepada mahkamah dan boleh dijatuhkan hukuman penjara 7 tahun serta merupakan satu kesalahan yang boleh ditahan (arrestable offence). Habis pusing sana sini xnak ngaku dia PapaGomo, nah!!! Menteri Pertahanan Hishamuddin Hussein sendiri telah mengesahkan tentang identiti Wan Muhammad Azri Wan Deris..


Menteri Pertahanan dalam jawapan kepada soalan lisan mengesahkan bahawa seorang yang bernama Wan Muhammad Azri Wan Deris (KP: 830121-03-5019) telah menaiki kapal selam Scorpene pada 9 Disember 2011. Individu tersebut telah bersama-sama wakil media menaiki kapal selam Scorpene bagi tujuan perkongsian maklumat. Soalan itu untuk mendapatkan pengesahan identiti Papagomo kerana umum mengetahui bahawa Papagomo telah menaiki Scorpene atas jemputan menteri. Perkara ini telah disebarluas melalui blog-blog Umno sendiri yang mengesahkan bahawa Papagomo telah berada di dalam Scorpene, malah gambar-gambar tersebut tersebar luas. Jawapan Menteri Pertahanan cukup untuk mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris adalah Papagomo kerana umum mengetahui bahawa Papagomo berada di dalam kapal selam Scorpene.

Semasa memberi keterangan di dalam kes saman Dato’ Seri Anwar Ibrahim terhadapnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris telah menyatakan bahawa dia tidak pernah berada di dalam kapal selam Scorpene. Jawapan Menteri Pertahanan telah mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris telah berbohong kepada mahkamah.

Adakah pihak polis BERANI mengambil tindakan menahan Papagomo serta merta di bawah Seksyen 193 dan adakah mahkamah BERANI mengenakan hukuman penjara terhadap Papagomo yg dianggap KEBAL UNDANG UNDANG??? Jangan lupa, banyak saman yg sedang menanti PapaGomo..

Minister Nak Menipu tak Pandai, kan Dah Kantoi, hahaha kesian~ Papa Gomo - Orenji Ren Oren

Hishamuddin Sahkan Identiti Sebenar Papagomo.
Khamis - 3 April 2014

Jawapan bertulis oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein kepada MP Pandan Rafizi Ramli seolah-olah mengesahkan indentiti penulis blog prokerajaan Papagomo sebagai Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Rafizi membangkitkan perkara itu dengan membandingkan jawapan di Parlimen itu dengan laporan dan gambar Papagomo yang disebar meluas melalui blog Umno.

Menurutnya lagi, jawapan Hishammuddin itu sekali gus mengesahkan tarikh dan tujuan individu bernama Wan Muhammad Azri Wan Deris menaiki kapal selam Scorpene di Langkawi pada 2011.

"Wan Muhammad Azri Wan Deris telah menaiki kapal Scorepene pada 9 Disember 2011 sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2011.

"Beliau bersama wakil-wakil media menaiki kapal selam Scorpene tersebut bagi tujuan perkongsian maklumat," jawapan Hishammuddin dipetik.

Wan Muhammad Azri sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia adalah Papagomo.

"Pengesahan ini mempunyai beberapa implikasi undang-undang terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris.

"Semasa memberi keterangan dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris telah menyatakan bahawa dia tidak pernah berada di dalam kapal selam Scorpene.

"Jawapan menteri pertahanan telah mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris telah berbohong kepada mahkamah," kata Rafizi yang juga pengarah strategi PKR. - mkini


Menteri Pertahanan Sahkan Identiti Papagomo: Saman & Laporan Polis Baru Terhadap Papagomo

APRIL 3, 2014

Menteri Pertahanan dalam jawapan kepada soalan lisan saya mengesahkan bahawa seorang yang bernama Wan Muhammad Azri Wan Deris (KP: 830121-03-5019) telah menaiki kapal selam Scorpene pada 9 Disember 2011. Individu tersebut telah bersama-sama wakil media menaiki kapal selam Scorpene bagi tujuan perkongsian maklumat.

Saya bertanyakan soalan itu untuk mendapatkan pengesahan identiti Papagomo kerana umum mengetahui bahawa Papagomo telah menaiki Scorpene atas jemputan menteri. Perkara ini telah disebarluas melalui blog-blog Umno sendiri yang mengesahkan bahawa Papagomo telah berada di dalam Scorpene, malah gambar-gambar tersebut tersebar luas.

Setakat ini, Wan Muhammad Azri Wan Deris telah menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia adalah Papagomo. Jawapan Menteri Pertahanan kepada saya mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris adalah Papagomo kerana umum mengetahui bahawa Papagomo berada di dalam kapal selam Scorpene.

Pengesahan ini mempunyai beberapa implikasi undang-undang terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Semasa memberi keterangan di dalam kes saman Dato’ Seri Anwar Ibrahim terhadapnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris telah menyatakan bahawa dia tidak pernah berada di dalam kapal selam Scorpene. Jawapan Menteri Pertahanan telah mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris telah berbohong kepada mahkamah.

Ini adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan memberi keterangan palsu kepada mahkamah. Kesalahan ini boleh dijatuhkan hukuman penjara 7 tahun dan merupakan satu kesalahan yang boleh ditahan (arrestable offence).

Oleh itu, saya dan YB Surendran akan membuat laporan polis terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris atas kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan pada hari Selasa 8 April 2014 supaya tindakan segera diambil terhadap Papagomo.

Saya ingin melihat sama ada pihak polis akan mengambil tindakan menahan Papagomo serta merta di bawah Seksyen 193 dan mahkamah mengenakan hukuman penjara yang sewajarnya terhadap Papagomo.

Saya juga akan memfailkan satu saman terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris atas fitnah di blognya yang mendakwa saya dipecat dari Petronas kerana pecah amanah.

Pengarah Strategi
Ahli Parlimen Pandan


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular