Tuesday, March 4, 2014

Panas!! Gossip Ku Nan dengan Erra Fazira?

Baru-baru ini timbul desas-desus yang mengaitkan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dengan bekas Ratu Cantik Malaysia, Erra Fazira.

Tampil menafikannya, Tengku Adnan ketika ditemui semalam di pelancaran Lorong Seni di Ibu Kota berkata, beliau bahagia dengan perkahwinannya.

Jelasnya, beliau tidak ada kaitan sama sekali dengan Erra yang juga pelakon terkenal itu.

“Saya lelaki yang sudah berkahwin dan bahagia dengan perkahwinan saya.

“Saya dengan Erra Fazira tidak.. tidak. Saya bahagia dengan perkahwinan saya,” katanya kepada wartawan ketika diminta mengulas lanjur gosipnya dengan pelakon itu.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Umno itu kelihatan terkejut ketika diajukan soalan tentang hubungan istimewanya dengan Erra.

Erra aktres terkenal yang berusia 40 tahun baru sahaja bercerai talak satu dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin, 39, pada bulan lalu.- Antarapos.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular