Friday, April 4, 2014

Papa Gomo bakal bergelar "Papa Kedana" +Gambar & Video

Papagomo Bakal Ke Penjara?? Dan Akan Disaman Lagi.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli akan memfailkan saman ke atas blogger kontroversi Papagomo kerana memalsukan keterangan di mahkamah.

Papagomo sebelum ini menafikan dia pernah berada di atas kapal selam Scorpene namun Menteri Pertahanan mengesahkan dia antara salah seorang wakil media berada di atas kapal itu 9 Disember 2011. Sinar Harian

Saksikan Video Ini :


Saya akan saman Papagomo – Rafizi
KUALA LUMPUR : Selepas kalah dalam dua tuntutan saman akibat fitnah, blogger Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris bakal berdepan tindakan sama sekali lagi.

Pengarah Strategi KEADILAN, Mohd Rafizi Ramli dalam sidang media di parlimen hari ini berkata, beliau akan memfailkan saman terhadap Wan Muhammad Azri atas fitnah yang dibuatnya pada tahun 2012.

Ini berikutan pendedahan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam jawapan lisannya bahawa Wan Muhammad Azri adalah Papagomo yang menaiki kapal selam Scorpene pada 2011.

“Dengan pendedahan terbaru identiti papagomo ini saya akan membuat satu laporan polis dan memfailkan fitnah saman terhadapnya.

“Saya telah difitnah kononnya dipecat dari Petronas kerana melakukan pecah amanah. Pada hujung 2012 saya telah tampil menafikan tuduhan tersebut secara terbuka,” jelas Rafizi sambil menjelaskan proses tersebut akan dilakukannya dalam masa terdekat.

Wan Muhammad Azri sebelum ini diarahkan oleh mahkamah untuk membayar gantirugi kerana mmfitnah seorang ahli perniagaan.

Mahkamah juga baru-baru ini mengarahkan blogger Umno itu membayar ganti rugi kerana melakukan fitnah bagi mencemarkan nama baik Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Palsu keterangan: Lagi saman untuk Papagomo
KUALA LUMPUR - Blogger kontroversi, Papagomo bakal berdepan dengan tindakan mahkamah atas penafian bahawa dirinya sebelum ini pernah menaiki kapal selam Scorpene pada 9 Disember 2011.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris sebelum ini menafikan bahawa beliau telah menaiki kapal selam Scorpene tersebut dan dia boleh disaman kerana memberi keterangan palsu.

"Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam jawapan bertulisnya di Parlimen semalam telah mengesahkan bahawa Wan Muhammad Wan Deris berada di atas kapal selam Scorpone pada 9 Disember lalu.


"Pengesahan ini mempunyai beberapa implikasi undang-undang terhadap Wan Muhammad Wan Deris.

"Semasa memberi keterangan di dalam kes saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris telah menyatakan bahawa dia tidak pernah berada di dalam kapal selam Scorpene.

"Namun jawapan Menteri Pertahanan telah mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris telah berbohong kepada mahkamah.

"Ini adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan memberi keterangan palsu kepada mahkamah.

"Oleh itu, saya dan Surendran akan membuat laporan polis terhadap Wan Muhammad Azri Wan pada hari Selasa 8 April ini.

"Saya juga akan menfailkan saman terhadapnya atas fitnah di blognya yang mendakwa saya dipecat daripada Petronas kerana pecah amanah," katanya di Lobi Parlimen hari ini.

Terdahulu, Wan Muhammad Azri Wan Deris sebelum ini berkali-kali telah menafikan bahawa dirinya adalah Papagomo. -SH

Menteri pertahanan sahkan Papa Gomo naik kapal selam Scorpene Klik SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular