Thursday, February 27, 2014

Kroni makin kaya, Rakyat Makin Merana

Hartawan Malaysia makin kaya
KEKAYAAN terkumpul 40 individu terkaya di Malaysia melonjak kepada RM217.82 bilion sehingga 18 Januari 2014, atau 11.73 peratus lebih tinggi berbanding RM194.86 bilion tahun lalu.

Menurut majalah Malaysian Business dalam isu bertarikh 16 Februari lalu, pada 2002, iaitu tahun yang mana majalah perniagaan itu mula mengira kekayaan 40 individu terkaya di Malaysia, aset terkumpul mereka hanya berjumlah RM41.7 bilion dengan pemilik Kumpulan Kuok, Robert Kuok Hock Nien berada di tempat teratas.

Sejak itu, 81 individu pernah tersenarai dalam senarai tersebut dan 15 daripada mereka kekal berada dalam senarai itu sehingga kini.

"Secara keseluruhannya, peningkatan stabil kekayaan mereka disumbangkan prestasi pasaran saham dan inflasi harga, memandangkan kekayaan mereka kebanyakannya berdasarkan pegangan saham.

"Ia juga menggambarkan prestasi syarikat mereka masing-masing dan pertumbuhan positif ekonomi Malaysia sejak 12 tahun lalu," menurut Malaysian Business dalam kenyataan, baru-baru ini.

Tahun ini, terdapat 33 bilionair berbanding 31 tahun lalu, dan 29 daripada 40 individu dalam senarai itu menyaksikan aset mereka meningkat berbanding tahun lalu.

Kuok masih mendahului senarai itu dengan kekayaan RM54.48 bilion, peningkatan berbanding RM46.1 bilion tahun lalu.

Sementara itu, T. Ananda Krishnan mengekalkan kedudukan keduanya dalam senarai itu, iaitu di mana beliau berada sejak 2004, dan asetnya yang dipegang melalui syarikat Usaha Tegas Sdn Bhd bernilai RM33.19 bilion, iaitu peningkatan 0.88 peratus berbanding asetnya tahun lalu iaitu RM32.90 bilion.

Pemilik Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow pula terus berada di kedudukan ketiga seperti sejak empat tahun lalu, dengan aset tahun ini bernilai RM18.07 bilion.

Sementara itu, usahawan Tan Sri Syed Mokthar Albukhary pula berada di kedudukan keenam, dengan peningkatan aset sebanyak 4.43 peratus kepada RM11.07 bilion manakala Datuk Mokhzani
Mahathir dari syarikat SapuraKencana Petroleum berada pada kedudukan kesembilan dengan aset bernilai RM4.22 bilion.

Pengerusi Arab-Malaysian Corporation Tan Sri Azman Hashim pula menduduki tempat ke-10 dengan aset sebanyak RM4.11 bilion.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, kekayaan 40 individu tersebut dinilai berdasarkan pegangan mereka dalam syarikat tersenarai sehingga 18 Januari 2014. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular