Monday, March 3, 2014

Gempaq : Pecat Zahid Hamidi !! kata panglima goyang punggong kah kah kah


Pecat Zahid Hamidi Kerana Tidak Menjaga Maruah Bini Najib (BN)... Kah Kah Kah !

Apa yang lu BIUL sangat Ali Panglima Goyang Punggung oiii... kalau sudah Maruah Zahid sendiri pun sanggup dicampakkan ditepi Longkang Tempat biasa nya Kangkong Tumbuh, bila masa nya Zahid tu nak Menjaga Maruah BN, PAKAI AKAI lah Ali oiii, sudah lah tu kalau BN tu Betul-Betul BERMARUAH ok jugak lah. Ini sekejap kata SURI RUMAH sekejap kata Masa beliau telah diambil oleh RAKYAT lah, apa Cerita Ali... kah kah kah !
SUMBER 


Anugerah: NGO gesa PM pecat Zahid Hamidi
Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia Mohd Ali Baharom mahu Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mengundurkan diri dari kabinet.

Beliau turut mengatakan Zahid tidak menjaga maruah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan menyampaikan penghargaan kepada Malaysiakini.

"Saya terkejut juga dengan pemberian anugerah menteri KDN (Kementerian Dalam Negeri) Zahid Hamidi kepada Malaysiakini.

“Itu kami sedih dan rasa marah kepada menteri KDN yang tidak peka, tidak celik dan tidak bijak yang boleh dipanggil bodoh," kata beliau dalam sidang media di Hotel Midah hari ini.

Ali berkata tidak patut seorang menteri kabinet seperti Zahid memberi penghargaan kepada Malaysiakini tidak sampai sehari selepas mengeluarkan berita berhubung kesibukan Rosmah yang tiada masa untuk hobi, anaranya bermain badminton.
Ali (atas, berbaju kuning) hari ini ditemani gabungan 14 NGO lain di bawah payung Sekratariat Gabungan Sahabat 1Malaysia (SAHABAT).
SUMBER

MINTA MAAF ATAU PROTES BESAR!!! Amaran Panglima Rosmah kepada Malaysiakini
NGO yang terkenal dengan 'senaman punggung' hari ini mahu mengadakan protes terhadap Malaysiakini kerana laporan mengenai isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia Mohd Ali Baharom (kanan, berbaju kuning) berkata, laporan Malaysiakini 27 Februari lalu berhubung kesibukan Rosmah sehingga tiada masa untuk hobi, tidak tepat dan berniat jahat.

"Saya rasa amat terkilan dengan tindakan Malaysiakini. Kenapa Malaysiakini tidak spin bila Datin Seri memberi sumbangan melawat kebakaran, melawat mangsa banjir di Bandar Tun Razak.

“Benda baik kenapa Malaysiakini tidak mahu spin? Tidak mahu agungkan atau beri ucapan tahniah kepada isteri PM," kata beliau dalam sidang media hari ini.

'Datang dengan surat, bukan pistol'
Ali yang turut mengetuai Sekretariat Gabungan Sahabat 1Malaysia (SAHABAT) memberi tempoh 7 hari kepada Malaysiakini untuk memohon maaf atau berdepan dengan protes besar-besaran NGO itu.

Bagaimanapun Ali berkata beliau perlu meminta permit dari polis di bawah Akta Perhimpunan Aman terlebih dahulu sebelum mengadakan protes tersebut.

Beliau turut berkata hanya akan membawa 20 hingga 30 orang kerana tidak mahu mengganggu lalu lintas dan perniagaan pada hari tersebut.

"NGO ini ikut peraturan sedia ada, perlu ambil kelulusan polis dahulu... tak ada botol, kaca, pistol kita datang dengan surat sahaja, kita suarakan bantahan itu.

"Bagi saya tak perlu bawa 1,000, 2,000, itu budaya songsang, budaya hura-hara rosakkan kedai orang lain," kata beliau. Sumber

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular