Friday, February 28, 2014

Di negeri Mahyuddin pun berlaku masalah kekurangan bekalan air

Isu air bukan di Selangor sahaja
SHAH ALAM: Masalah kekurangan bekalan air bukan sahaja menjadi isu di negeri Selangor, malah ianya masalah nasional yang turut dialami negeri-negeri lain ekoran musim kemarau yang melanda negara.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, masyarakat harus faham bahawa semua negeri kini berdepan masalah kekurangan bekalan air ekoran cuaca kering dan tiada hujan sejak dua bulan lalu.

"Ianya bukan isu Selangor, tetapi isu negara ekoran musim kemarau yang melanda. Dari Johor hingga ke Perlis, kita hadapi masalah sama.

"Di Selangor, paras air kita masih melebihi paras kawalan. Negeri Sembilan sudah di paras kritikal, malah mereka lebih awal mengumumkan pencatuan air di negeri itu," kata beliau ketika ditemui Harakahdaily di pejabat beliau, di sini hari ini.

Beliau menjelaskan demikian sebagai menjawab dakwaan sesetengah pihak kononnya masalah air ini hanya berlaku di Selangor ekoran keengganan kerajaan negeri meneruskan Projek Langat 2 sebelum ini.

Adun Sijangkang itu juga berkata, kerajaan negeri kini dalam usaha untuk melakukan pembenihan awan bagi mengatasi masalah ketiadaan bekalan air akibat paras air yang rendah di empangan negeri itu.

Bagaimanapun kata beliau, langkah itu belum berjaya untuk dilaksanakan kerana keadaan belum sesuai.

Mengulas kawasan yang terjejas teruk ekoran penutupan Loji Rawatan Air (LRA) di Cheras Batu 11 dan Bukit Tampoi berikutan pencemaran ammonia di Sungai Langat, beliau berkata kerajaan negeri telah mengarahkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) untuk mengambil tindakan wajar.

Antaranya termasuklah melakukan penjadualan pengagihan air dengan segera supaya bekalan air sampai ke rumah-rumah kediaman.

"Walaupun ia tidak mampu memberi keperluan 100 peratus kepada pengguna, sekurang-kurangnya dengan penjadualan ini, air akan sampai ke rumah," kata beliau.

Selain itu katanya, kerajaan negeri juga turut menghantar bekalan air daripada Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABASS) untuk meringankan beban pengguna terjejas. - Harakah

Catuan air di Kluang dilanjut 36 jam 27/02/2014

Johor Bahru: Catuan air di sembilan zon di Kluang dilanjutkan kepada 36 jam mulai semalam berbanding 24 jam sebelum ini berikutan keupayaan Loji Rawatan Air Sembrong Timur membekalkan air semakin berkurangan.

Pengagihan yang dilaksana secara berjadual sejak 18 Februari lalu itu membabitkan 45,000 akaun dengan membabitkan 150,000 penduduk.

Ketua Komunikasi Korporat Syarikat Air Johor Holdings Sdn Bhd (SAJ), Jamaluddin Jamal, berkata SAJ juga akan menjadualkan semula bekalan air ke semua kawasan yang menghadapi krisis bermula Sabtu ini sebagai tindakan susulan kepada masalah kekurangan bekalan.

Paras semasa susut
Ini kerana paras semasa Sungai Sembrong Timur ialah 0.1 meter, berbanding paras kritikal 0.5 meter yang hanya mampu mengeluarkan 10 juta liter air sehari.

“Ini menyebabkan Loji Rawatan Air Sembrong Timur hanya mampu membekalkan 10 juta liter air sehari berbanding keadaan biasa 30 juta liter sehari,” katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular