SEMUA DIJEMPUT HADIR DAN SEBARKAN

Saturday, September 15, 2012

Pengarah Filem Hina Islam Menghilangkan Diri TAPI google masih berdegil enggan padam video berkenaan +Video

Pelakon Hina Islam Marah PenerbitPengarah filem yang menghina Islam pandai pulak menghilangkan diri yer tau pulak dia takut dan menghilangkan diri sebaik terbitkan kekecohan diseluruh dunia.
Sam Bacile, pengarah filem berketurunan Israel Amerika, menetap di California, mula menyembunyikan diri selepas filem terbarunya, yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW, menerima protes daripada umat Islam seluruh dunia termasuk Negara kita mereka yang membuat video ni memang tak menghormati kita langsung. [Klik SINI]

Bercakap kepada pemberita di sebuah lokasi yang tidak dinyatakan, penulis dan pengarah, Sam Bacile terus berdegil dengan mengatakan agama Islam seperti satu barah dan menyatakan filemnya itu ialah sebagai satu sentimen provokatif politik dengan tujuan mengutuk ajaran agama Islam.
Duta AS Ke Libya Maut, Protes Filem Hina Nabi
Berikutan penerbitan filem itu, Duta AS ke Libya, Christopher Stevens terbunuh dalam protes berhubung filem keluaran negara itu, semalam.

“Filem ini ialah sebuah filem politik, Amerika mempunyai banyak duit dan banyak orang berperang di Iraq dan Afghanistan tetapi saya berperang dengan idea,” kata Bacile.

Laman web Google juga nampaknya enggan memadam video hina nabi dan Islam di youtube walaupun menerima banyak aduan dan kecaman sungguh mendukacitakan betul perkara sebegini tidak sepatutnya terjadi.

SAN FRANCISCO – Syarikat enjin pencari gergasi, Google yang juga pemilik laman perkongsian video Youtube, kelmarin menegaskan pendirian mereka untuk tidak memadam video menghina Nabi Muhammad SAW walaupun ia telah mencetuskan protes di kebanyakan negara di rantau Arab.
Pengarah Filem Hina Islam Menghilangkan Diri
Dalam kenyataannya, Google juga menolak tuntutan banyak pihak yang menggesa syarikat Internet gergasi itu untuk mengeluarkan video menyinggung perasaan orang Islam tersebut.

Menurut jurucakap Google, treler filem berdurasi 14 minit berjudul Innocence of Muslims dihasilkan oleh pengarah anti-Islam, Sam Bacile itu kononnya tidak melanggar polisi dan garis panduan Youtube.

Bagaimanapun, susulan daripada protes ganas pada Selasa lalu Google memutuskan untuk menyekat akses filem anti-Islam tersebut di Mesir dan Libya bagi tempoh sementara.

Difahamkan, di bawah prosedur Google, pengguna Youtube boleh melaporkan kandungan tidak senonoh atau tidak sesuai kepada kumpulan pemerhati syarikat itu di seluruh dunia.

Sehingga semalam, tiada sebarang tindakan diambil dan video tersebut telah ditonton lebih 122,000 pengguna.
Google Enggan Padam Video Hina Nabi
Sementara itu, Ketua Pengarah di Kementerian Komunikasi di Afghanistan mengumumkan kerajaan memutuskan untuk menyekat akses video yang mempersendakan sifat Rasulullah tersebut.

“Tindakan itu diambil selepas Presiden Hamid Karzai mengutuk filem tersebut yang dianggap biadab dan menghina Islam. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan tunjuk perasaan ganas merebak ke negara ini,” kata Aimal Marjan.

Afghanistan menjadi negara pertama menyekat akses video itu kerana khuatir insiden protes ganas awal tahun lalu akan berulang. Februari lalu, sekumpulan penunjuk perasaan mengadakan tunjuk perasaan yang akhirnya bertukar ganas sebagai membantah tindakan tentera Amerika Syarikat (AS) membakar al-Quran di penjara Bagram, utara Kabul. – Reuters / SUMBER

Bantahan di Malaysia [ Masjid Amaniah Bt Caves Selangor ]
Lagi Gambar2 di SINI dan SINI


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular