Monday, September 10, 2012

Apa Ni??? POLIS tak tahu Perlembagaan Malaysia!


Kelas pertama untuk polis yang mengaku tidak tahu Perlembagaan Malaysia!

Samada orang itu pencuri, perompak, perogol ataupun rakyat biasa, polis tidak ada kuasa untuk membelasah dia! - Buletin Setia Politik Kini
Polis 'tak tahu' hak berhimpun dijamin perlembagaan
Seorang pegawai polis yang bertugas semasa perhimpunan BERSIH 3.0 pada April lalu memberitahu inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini, beliau tidak mengetahui bahawa hak berhimpun dijamin perlembagaan.

"Saya tidak tahu," kata Insp Farid Sairi ketika ditanya berhubung perkara itu oleh peguam Roger Chan yang menjadi peguam pemerhati untuk Majlis Peguam semasa sidang inkuiri yang masuk hari ke-15 hari ini.

Farid merupakan saksi ke-31 yang dipanggil untuk memberi keterangan di hadapan inkuiri yang menyiasat pelanggaran hak asasi semasa dan selepas perhimpunan pada 28 April itu.

Inspektor polis itu serta seorang rakan sekerjanya memberi keterangan di hadapan panel Suhakam hari ini. Mk

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular