Friday, September 14, 2012

'Rasulullah mahu Anwar jadi PM' pulak dahhh.. jom gunakan akal unt menyiasat +Video

Sejak Tun Mahathir mengumumkan bahawa yang dimaksudkannya Syaitan Dikenali itu ialah BN, Syaitan Dikenali lebih baik dari Malaikat Tidak Dikenali dan Malaikat pun ada buat salah... nampaknya otak para pengikutnya pun makin bercelaru haru biru.

Terbaru tersebar rakaman audio kononnya Khatib PAS baca khutbah bahawa 'Rasulullah SAW menyokong Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri Malaysia.' Setelah diteliti akan rakaman itu dan membaca laporan blog tersebut ada beberapa kesangsian yang wujud:


Petikan Dari AMENO WORLD
tengok kat bawah neh terlebih dahulu ;

Video neh disediakan oleh blogger umno. Owhh ari tue dia larh yang potpet soh duduk depan pc sebab nak hebahkan berita besar. Aku ingatkan berita apa. Rupanya benda jadah neh. Tak besar pun? Bahkan langsung takde kaitan dengan pakatan rakyat. Boleh diabaikan 100%.

Tapi akal manusia itu tetap suka nak menyibuk. Orang lain yang pongpang, orang lain pula dapat tempias. Aku mimpi najib jadi nabi. Aku yang cakap patut aku la yang dikenakan tindakan. Ini tidak. Yang bercakap aku, tapi yang kena najib, logik ka?

Same goes to this case la. Yang bercakap tue sapa? Yang kena balon heret dan kutuk sapa pula? Jadi manusia pandai, guna akal, tak pandai.

Mula2 aku berharap kita gunakan akal menyiasat sebelum melulu percaya. Video neh hanya berdasarkan suara. Korang yakin neh suara khatib yang dimaksudkan? Korang yakin ini ucapan dia? Wajah khatib yang dimaksudkan ;

 
Kalau tanya aku, aku siyes cakap tak yakin. Kenapa? Sebab benda neh datang dari blog umno. Benda yang datang dari blog umno perlu ditapis berulang2 kali sebelum kita boleh percaya. Bahkan, kalau ko tapis berulang2 kali pun belum tentu ko boleh percaya bulat2.

Sebab dorang suka melebih2.

Contoh kat bawah neh hah ;

Inilah orangnya... namanya timangannya Mohd Hafizul...seorang khatib yang dikatakan totok PAS dan mendewa-dewakan Anwar Ibrahim. Dalam kata lain, dia taksub kepada "suami kedua Shamsidar" itu..!!!

Nama sebenar "khatib" berkenaan ialah Mohd Halizal Allias dan dia merupakan bekas guru tahfiz di Sekolah Tahfiz An-Najihin, di Kulim, Kedah. Ini bermaksud bahawa dia bukanlah anak qariah masjid berkenaan.


Mentang2lah khatib tu tengah citer pasal dsai, dan2 dia jadi totok pas plus dicop mendewa2kan dsai. Tak agak2 nak kaitkan dengan pakatan rakyat. Buktikan dulu. Buktikan memang dia tue totok pas. Buktikan yang dia memang mendewa2kan dsai. Buktikan dulu rakaman suara itu di petik dari khutbah jumaat yang dimaksudkan.

Aku tak kata ia tipu oke. Tapi akal aku tak boleh terima melulu. Aku kena tengok sesuatu yang lebih menyakinkan dari ini untuk mengesahkan perkara tersebut benar2 berlaku.

Maaf.

Pasal aku sarat dengan persoalan.

1. Kenapa ko rakam? Ko tahu ek khatib tu nak cakap macam tue pada hari tersebut?

2. Dah berapa kali ko dengar ceramah dia sampai ko boleh tahu pada hari tersebut dia akan mengeluarkan kata2 sebegitu?

3. Kalau ko rakam, napa tak rakam dalam bentuk video? Kenapa hanya ada audio? Mana visual?

4. Kenapa tak report polis beramai2 selepas mendengar khutbah tersebut, plus ada rakaman dan ada saksi. Rasanya tak susah bukan nak report polis selepas ramai2 mendengar khutbah jumaat kan?

Clearkan dulu persoalan2 neh. Jangan bagi video macam di atas lepas tue pongpang2. Mungkin la orang2 umno percaya terus. Tapi tidak bagi aku. Ia tak mampu nak membuatkan aku percaya tanpa memikirkan persoalan2 di atas.

Aku tunggu. Aku tunggu blogger umno berikan bukti yang lebih konkrit berbanding dengan rakaman suara di atas. Jika perkara di atas neh terbukti benar, maka report la pada mereka yang berkaitan. Aku setuju perkara neh perlu dibendung dan dicegah. Parah jika dibiarkan berleluasa. Tetapi first thing first, buktikan ia benar then kita sama2 proceed to the next step oke.

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2012/09/rasulullah-saw-sokong-anwar-ibrahim.html#ixzz26Ro7CnTG

Petikan dari  Kedah La : laporan blog tersebut ada beberapa penipuan dan kesangsian yang wujud:

1. 'Khatib' itu langsung tidak menyebut bahawa 'Rasulullah SAW menyokong Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri  Malaysia' bahkan perkataan 'Perdana Menteri pun' tidak disebut. .. 


Dari Admin
yg ada "ISLAM AKAN MENANG DIZAMAN ANWAR IBRAHIM"

2. Kononnya itu 'khatib PAS' tapi tak dinyatakan nombor keahlian PAS, cawangan mana, apa status dalam PAS pemegang jawatan atau ahli biasa? Nak buat tuduhan semberono macam tu sapa pun boleh.

3. Ia cuma rakaman audio. Tak mustahil kalau depa sendiri yang buat rakaman tu untuk burukkan pihak lawan depa. Orang yang merakam tu kalau wujud kena bertanggungjawab... bukan hanya tersiar dalam blog yang tidak diketahui akan tuannya.

Apapun isu berbangkit mudah saja bagi rakyat Malaysia nak menilai benar atau tidak sesuatu berita yang tersiar yang dikaitkan Pakatan iaitu...
Apa saja cerita negatif mengenai Pakatan yang mai dari media BN semuanya BOHONG!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular