setelah dua hari kes ini dijaja oleh puak2 syaitan kononnya...PENGAWAL PERIBADI ANWAR IBRHAIM BERTINDAK SAMSENG DENGAN MENGACUKAN PISTOL KE ARAH ORANG AWAM... maka hari ini cerita sebenar disebalik kejadian tersebut terungkai dengan sendirinya... MAKA HIDUPLAH GOLONGAN SYAITAN INI DENGAN FITNAH YANG TAK PERNAH SELESAI....
Polis sahkan pengawal peribadi Anwar tak acu pistol
JASIN 9 September: Pengawal peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikenali sebagai Jim, tidak mengacukan pistol kepada samseng Umno walaupun berdepan provokasi mereka.
Polis sahkan pengawal peribadi Anwar tak acu pistol
JASIN 9 September: Pengawal peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikenali sebagai Jim, tidak mengacukan pistol kepada samseng Umno walaupun berdepan provokasi mereka.
Setiausaha Pengelola KEADILAN, Radin Shamsulkamar Radin Shamsudin, berkata Jim berusia lingkungan 30 tahun, ditahan selepas polis menerima lima aduan daripada Pemuda Umno Jasin.
“Seorang anggota polis yang melihat insiden itu juga menegaskan Jim tidak mengacukan pistol (ke arah samseng).
Jim dibebas selepas polis berpuas hati dengan rakaman video kejadian itu,” katanya kepada Keadilan Daily ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Jasin, Melaka.
Jim ditahan polis berpakaian preman ketika cuba menyurai samseng umno yang mengerumuni bas Merdeka Rakyat untuk ke sambutan Aidil Fitri KEADILAN Cabang Jasin di Kampung Kelubi, Jasin.
Laporan edisi bahasa Mandarin NTV7 semalam menyebut, dua anggota polis bertindak ke atas pengawal peribadi Anwar dan kononnya, memaksa senjata api itu dimasukkan semula ke sarung.
Malah, Setiausaha Kerja Wanita Pusat, Maisuri Zainal pula berkata Jim hanya mengacah dengan mengeluarkan pistol sebagai langkah berjaga-jaga tapi muncungnya menghala ke tanah.“Saya nampak beliau halakan pistol ke bawah…bukan acu (ke arah samseng),” katanya yang mengikuti program jelajah berkenaan, sambil menggayakan semula aksi itu.
Selain itu, Maisuri dan rakannya, Abdul Hadi Suhaimi juga yakin dapat mengecam wajah samseng Umno yang menyimbah cat ke bas Merdeka Rakyat, jika kawad cam dibuat.
Menyatakan sudah memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Jasin lewat malam 8 September lalu, beliau berkata, mereka nampak jelas insiden itu dari dalam bas, sebelum keluar merakam gambar dan video.
Laporan polis berhubung insiden itu sudah dibuat Radin Shamsulkamar pada jam 8.43 malam di balai polis sama.
Siasatan polis menunjukkan senjata api itu milik syarikat keselamatan dan pegawai terbabit dibenarkan membawanya ketika bertugas.
Siasatan polis menunjukkan senjata api itu milik syarikat keselamatan dan pegawai terbabit dibenarkan membawanya ketika bertugas.
TINDAKAN POLIS INI BETUL ATAU SALAH?
heboh satu alam kononnya pengawal keselamatan Anwar ibrahim ditahan polis kerana kononnya mengacukan pistol kepada orang awam.. sedangkan dia hanya memperlihatkan pistolnya kerana merasakan keselamatan nya diancam... Kes ini dijadikan isu dan dijaja oleh kebanyakan blogger dan pencacai serta penyokong tegar umno...KALAU MEMPERLIHATKAN PISTOL DIANGGAP SATU KESALAHAN.... BAGAIMANA PULA TINDAKAN POLIS TRAFIK DALAM GAMBAR INI YANG JELAS MENGACUKAN PISTOL KE ARAH ORANG AWAM - Bicara Che Wan
SUSULAN BAS DISERANG, PKR MAHU TEMU IGP
SHAH ALAM - Kepimpinan PKR berhasrat mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar susulan dua insiden serangan dan kekasaran ke atas bas Jelajah Merdeka Rakyat kendalian parti itu.
Kejadian kedua membabitkan bas itu disaksikan di Jasin, Melaka semalam.
"Untuk menghentikan kejadian ini, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution (Ismail) akan menulis surat rasmi kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar untuk bertemu dan memastikan polis memberikan perhatian terhadap amalan yang mengancam demokrasi negara ini," kata Pengarah Komunikasinya, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
No comments:
Post a Comment