MOHON SEBARAN
Penjelasan, Untuk makluman rakan-rakan serta para penyokong Pakatan Rakyat.
BLOG PALSU INI ADALAH SATU KERJA JAHAT UMNO BARISAN NASIONAL kerana semua media mereka tidak berjaya untuk menyampaikan fitnah lagi, maka mereka menghasilkan laman web ini. Sila jauhikan diri anda dengan laman web ini.
1. http://suarapakatanrakyat.com/
2. http://penyokongpas.wordpress.com/1.
Admin juga memohon anda serta rakan-rakan dapat membantu admin untuk share penerangan ini di wall-wall fb anda, pages yang anda miliki, blog yg anda tulis dan acc twitter anda, kita tidak mahu ada seorang pun tidak tahu perkara ini.
Insyaallah kita akan dapat melawan fitnah jahat UMNO BN lagi jika rakan-rakan dapat share pencerahan ini
Sekian Terima Kasih
Kenyataan Media Pakatan Rakyat pada 12 September 2012
Pakatan Rakyat telah dimaklumkan tentang kewujudan beberapa artikel yang dimuatnaik dalam laman blog http://suarapakatanrakyat.com/ yang cuba dikaitkan dengan Pakatan Rakyat.
Pakatan Rakyat di sini menjelaskan bahawa Pakatan Rakyat tiada kaitan apa pun dengan pengendali blog tersebut, dan kenyataan-kenyataan yang terdapat dalam laman tersebut tidak melambangkan dasar atau kedudukan politik parti-parti komponen Pakatan Rakyat.
Pakatan Rakyat turut mengesyorkan agar pengendali laman web tersebut memikirkan semula rencana bertajuk 'Tarian Sumazau Untuk Golongan Rendah Akhlak' yang menyentuh soal tarian sumazau di Sabah, agar lebih sensitif terhadap pandangan, fahaman, dan cara hidup warga Sabah terutamanya yang berketurunan Kadazandusun.
Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
YB Tony Pua
Pengarah Publisiti Kebangsaan DAP
YB Nik Nazmi Nik Ahmad
Pengarah Komunikasi KEADILAN
No comments:
Post a Comment