Dr Mahathir Mohamad sering mendabik dada menunjukkan dialah yang bijak, pandai, cerdik dan bersih. Tiada perdana menteri lain yang sebersih beliau hatta berbanding dengan perdana menteri nyang sedang memangku jawatan itu kini. Rakyat khasnya ahli dan penyokong Umno dengan mudah tersihir dengan Mahathir. Apa yang Mahathir kata bagaikan sabda para nabi semuanya betul dan maksum.
Kerana taksub itu menyebabkan orang Umno yang berjaya mempengaruhi orang Melayu mempercayai Mahathir. Tidak orang Cina, India dan lain-lain yang bijak mentafsir dengan kata-kata Mahathir. Saki baki Melayu yang percayakan Mahathir masih banyak sebab itu media massa penjilat buntut terus memberi ruang kepada Mahathir dengan harapan kata-kata Mahathir boleh mempengaruhi Melayu dan terus menyokong Umno.
Beberapa hari lalu beliau meminta Anwar Ibrahim agar bersumpah lakna berhubung cadangan Anwar supaya Malaysia mengambil pinjaman wang dunia untuk mengatasi resensi ekonomi. Orang faham dengan cabaran Mahathir itu untuk memberi gambaran kebersihan dirinya dan cuba hendak ‘mencepuahkan’ Anwar dengan tali barut ekonomi Yahudi.
Siapa sebenarnya yang benar dan menjadi bapa pembohongan dalam hal ini? Pendedahan dokumen menunjukkan kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Mahathir mengambil pinjaman bank dunia menjelaskan segala-galanya. Yang hipokrit, munafik selama ini dalam soal pinjam meminjam bukan Anwar tetapi Mahathir.
Pendedahan dibuat Pengarah Strategi, biro komunikasi dan penerangan serta Pengarah Pedagangan Keadilan ini menjelaskan segala-galanya. Saya turunkan sepenuhnya kenyataan mereka yang dikirimkan kepada saya seperti mana berikut:
TUN MAHATHIR BERBOHONG, DOKUMEN BANK DUNIA BUKTIKAN BELIAU BERTANGGUNGJAWAB AMBIL PINJAMAN BANK DUNIA SEMASA KRISIS KEWANGAN 1997-1998
KEADILAN merujuk kepada 3 dokumen rasmi Bank Dunia yang diedarkan kepada pihak media pada hari ini. Ketiga-tiga dokumen rasmi ini adalah bersabit dengan salah satu dari empat pinjaman dari Bank Dunia berjumlah US$704 juta yang diambil oleh Kerajaan Malaysia semasa menangani kemelut krisis kewangan 1997/1998.
KEADILAN mengemukakan ketiga-tiga dokumen ini sebagai bukti bahawa Tun Mahathir telah berbohong apabila beliau mengaku “menolak tawaran bantuan dari Bank Dunia (ketika itu) kerana jika Malaysia berbuat demikian, ia akan menjadi hamba kepada Bank Dunia[1]”.
Ketiga-tiga dokumen rasmi Bank Dunia ini berhubung pinjaman US$60 juta ini secara jelas membuktikan perkara-perkara berikut:
PERTAMA: RUNDINGAN PINJAMAN BERLAKU SELEPAS DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM DIPENJARAKAN
Rujuk Kertas Maklumat Projek (Project Information Document) bernombor PID6999 yang bertarikh 23 Oktober 1998. Laporan ini disediakan sebagai laporan awal oleh Bank Dunia untuk menilai permohonan pinjaman sesebuah negara. Ia adalah dokumen pertama yang disediakan sebelum pun rundingan bermula.
Tarikh 23 Oktober 1998 membuktikan bahawa proses rundingan pinjaman tersebut bermula selepas Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipecat dan dipenjarakan. Ia mustahil melibatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim seperti yang selalu didakwa Tun Mahathir Mohamad dan UMNO.
KEDUA: TUN MAHATHIR MOHAMAD MENGARAHKAN KERAJAAN MEMOHON PINJAMAN BANK DUNIA
Rujuk Laporan Penilaian Permohonan Pinjaman (Project Appraisal Document) bernombor 18855-MA yang bertarikh 3 Mac 1999. Laporan ini disediakan untuk makluman pimpinan Bank Dunia dalam membuat keputusan sama ada mahu meluluskan permohonan pinjaman yang dibuat Kerajaan Malaysia.
Rujuk muka surat 29 (Lampiran 6) yang menunjukkan jadual kerja dan rundingan yang melibatkan Kerajaan Malaysia dan Bank Dunia. Ia secara jelas menunjukkan bahawa agensi bertanggungjawab yang berunding dengan Bank Dunia untuk mendapatkan pinjaman ini adalah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Permohonan pertama dibuat pada 26 Julai 1998. Laporan dan rundingan berikutnya (yang hanya bermula selepas Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan) ditangani sepenuhnya oleh Unit Perancang Ekonomi, yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir Mohamad.
Dokumen ini membuktikan bahawa permohonan untuk mendapatkan pinjaman dibuat oleh Tun Mahathir Mohamad melalui Unit Perancang Ekonomi.
KETIGA: PERJANJIAN DITANDANGANI PADA 31 MAC 1999 DIBAWAH PERSETUJUAN TUN MAHATHIR MOHAMAD
Rujuk Perjanjian Pinjaman antara Kerajaan Malaysia dan Bank Dunia (Loan Agreement) bernombor 4452-MA yang bertarikh 31 Mac 1999.
Perjanjian ini ditandatangani dibawah arahan dan persetujuan Tun Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan.
Jelas sekali bahawa Tun Mahathir Mohamad telah berbohong apabila beliau mengaku tidak mahu menerima bantuan kewangan dari institusi antarabangsa seperti Bank Dunia. Malah, pentadbiran beliau dibawah arahan dan seliaan beliau bertanggungjawab membuat permohonan mendapatkan bantuan kewangan Bank Dunia.
Oleh yang demikian, KEADILAN ingin menegaskan bahawa fitnah beliau terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam hal ini tidak lebih dari usaha beliau memadamkan rekod pentadbiran kewangan yang baik dibawah Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Malaysia berjaya mencapai lebihan belanjawan ketika beliau memegang portfolio Menteri Kewangan sehingga berjaya melangsaikan hutang dengan lebih awal dalam tahun-tahun 1993 hingga 1996, berbanding dengan defisit belanjawan yang berpanjangan sejak Tun Mahathir Mohamad mengambil alih jawatan itu dalam tahun 1998.
Beliau juga bertanggungjawab menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Negara dan Kumpulan Wang Amanah Pencen, bertujuan menjaga kepentingan rakyat melalui dana amanah yang dikawal ketat dan bebas dari salahguna kerajaan. Malangnya, dana ini turut disalahgunakan dan menyimpang dari niat asal penubuhannya.
Tun Mahathir sewajarnya membersihkan imej beliau di mata rakyat dengan menjawab dua isu melibatkan keluarga beliau. Adalah lebih baik beliau menerangkan mengenai penglibatan beliau dalam urusan menyelamatkan perniagaan anak beliau, Mirzan Mahathir yang melibatkan wang rakyat berjumlah RM2 billion dalam tahun 1998 daripada cuba menegakkan benang basah bahawa beliau menolak bantuan kewangan Bank Dunia.
Apatah lagi apabila Mirzan Mahathir mempunyai dana yang cukup besar kebelakangan ini untuk membeli konglomerat arak terbesar di Filipina iaitu San Miguel yang dilaporkan berharga sekitar RM2.9 bilion.
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI
YB NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI
WONG CHEN
PENGERUSI, BIRO PERDAGANGAN KEADILAN
No comments:
Post a Comment