Tuesday, December 20, 2011

R.I.P Current: Arus Maut Di Pantai + Video (Wajib Baca!)


Korang biasa tak dengar orang lemas di pantai sebab katanya kena tarik dek ombak? Kalau di sesetengah tempat ianya digelarkan sebagai pantai berpuaka. Tetapi sebenarnya ia adalah sejenis arus yang dipanggil RIP current. Arus ni akan menarik sesiapa saja dari pantai ke tengah lautan. Arus ini hanya akan menarik ke tengah lautan dan bukannya ke dasar. Biasanya orang yang mati lemas kerana cuba berenang melawan arus dan akhirnya keletihan dan tenggelam.
Cara untuk mengenal pasti RIP current ialah kawasan yang tidak ada atau kurang ombaknya… kebanyakan orang melakukan kesilapan besar kerana fikir ini kawasan yg paling selamat untuk berenang.

TIPS penting untuk mengatasi arus ni:
Jangan panik
Bagi yg pandai berenang, jangan cuba nak lawan arus. Hanya maintain terapung dan cuba berenang ke tepi selari dengan pantai sehingga keluar dari arus.

Bagi yg tak pandai berenang, pastikan anda turun ke pantai dengan pelampung.
Jangan mandi pantai berseorangan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular