Monday, December 19, 2011

Gambar Demo Di UPSI Minta Serah Adam Adli.

Demontrasi aman telah diadakan di pintu masuk utama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjong Malim pagi tadi bagi mendesak pentadbiran universiti itu menyingkirkan seorang pelajarnya, Adam Adli yang menurunkan bendera tertera gambar Haji Najib Razak di PWTC pada 17 Disember lalu.


Seramai kira-kira 200 orang menyertai demontrasi aman itu terdiri daripada ahli UMNO Bahagian Tanjong Malim serta parti-parti komponen BN Bahagian, Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor serta badan-badan NGO.

Memorandum yang menyatakan desakan itu telah diterima oleh Naib Cancelor UPSI, Prof Dato' Dr. Zakaria Kasa. Sama-samalah kita lihat apakah tindakan yang bakal diambil oleh UPSI terhadap pelajar mereka, iaitu Adam Adli.

Tempoh yang diberi adalah 2 minggu untuk UPSI menyingkirkan pelajar ini. Dr. Zakaria ketika berucap berkata, pihak universiti telah berusaha mencari Adam sejak semalam, termasuk menghubungi rumah keluarganya, tetapi beliau gagal dihubungi.

Nantikan tindakan dan jawapan susulan dari UPSI dalam isu ini.

Really@ Buat je satu satu perkara, di minta buang negeri, negara, kali ni Universiti pula, lepas ni terus kene buang bumi ok? Di Harap Adam Adli Tabah dan tenang, serta dapat meyelesaikan masalah ini dengan baik dan rasional.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular