KUALA LUMPUR 20 Dis: Angkatan Muda KEADILAN mengecam tindakan ugutan pukul, ludah dan mencaci seorang mahasiswa, Adam Adli yang bertindak menurunkan bendera presiden Umno di ibu pejabat parti itu, Sabtu lalu.
Ia berikutan tindakan Ketua penerangan pemuda Umno Petaling Jaya Utara, Armand Azha membuat ancaman ke atas penyelaras Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) itu, dalam satu video yang dimuatkan di laman Youtube. [Berita Penuh]
Ugutan itu turut dihantar oleh blogger pro Umno seperti Papagomo, ‘Pas Beruk’ dan Azmy Kelana Jaya yang mengugut meludah dan memukul mahasiswa berkenaan.
Video yang dimuatkan dua hari lalu itu, mendapat perhatian lebih 60,000 penonton yang mencemuh dan mengecam sikap samseng Pemuda Umno berkenaan.
“Tindakan ini jelas menunjukkan budaya samseng melebar dalam Umno.
“Umno cuba mewujudkan politik takut, Politic of Fear di kalangan mahasiswa yang pada hari ini celik menolak corak kepemimpinan Umno yang zalim dan jumud sebagai langkah untuk membendung mereka terus bangkit,” kata Pengarah Biro Mahasiswa AMK, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli.
Sambil mendesak Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dimasuhkan, Saifullah memberi amaran kebangkitan anak muda di Indonesia bakal berlaku di Malaysia, akibat keangkuhan Umno-Barisan Nasional mentadbir negara.
“Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan Malaysia ingin mengingatkan pihak yang mengugut mahasiswa termasuk Pemuda Umno, samseng-samseng dan pihak Universiti agar berhenti mengugut dan mengasari mahasiswa jika tidak mahu berhadapan dengan kebangkitan rakyat,” tegas beliau.
Really@ UPSI keputusan dari UPSI adalah penetuan dalam isu ini, sama ada membenarkan Adam Adli teruskan pengajian atau tidak. Sekiranya UPSI megambil keputusan untuk membenarkan Adam Adli teruskan pengajian maka, UPSI akan dianggap menyokong PR, dan sebaliknya. UPSI pasti tertekan.
No comments:
Post a Comment