LAGU KEBANGSAAN DIEJEK PUN SALAH PEMBANGKANG JUGA? BEBAL PUNYA MENTERI
BETUL juga kata orang, bukan semua yang jadi Menteri atau Timbalan Menteri itu cerdik. Kadangkala terlebih bengap dari orang bodoh pun ada. Contohnya, macam Timbalan Menteri Sukan, Datuk Razali Ibrahim. Sebenarnya ramai lagi, tetapi untuk mahu menceritakan tentang maruah negara kita `dipersendakan' di Indonesia sepanjang Sukan Sea sekarang elok kita lihat apa kata Timbalan Menteri yang bengap ini.
BETUL juga kata orang, bukan semua yang jadi Menteri atau Timbalan Menteri itu cerdik. Kadangkala terlebih bengap dari orang bodoh pun ada. Contohnya, macam Timbalan Menteri Sukan, Datuk Razali Ibrahim. Sebenarnya ramai lagi, tetapi untuk mahu menceritakan tentang maruah negara kita `dipersendakan' di Indonesia sepanjang Sukan Sea sekarang elok kita lihat apa kata Timbalan Menteri yang bengap ini.
Timbalan Menteri Sukan, Datuk Razali Ibrahim, hari ini, menyalahkan pemimpin-pemimpin pembangkang berhubung layanan buruk yang diterima pasukan Malaysia oleh peminat sukan Indonesia pada Sukan SEA ke-26 yang sedang berlaku di Jakarta. Beliau berkata demikian sewaktu penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Bekalan 2012, kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.
Kita mahu beritahu Razali, jika beliau mahu `ampu atau jerk' Najib sekalipun jangan sampai `jerk' terbalik kereta dibuatnya. Memalukan Umno saja dapat Timbalan Menteri sebengap itu. Apa hujah beliau untuk sabitkan penyokong Indonesia marah sangat kepada Malaysia?
Pasal pemimpin Pembangkang selalu cerita pasal rasuah pemimpin kamu di negara luar? Cuba sebut, di negara mana yang tidak tahu pasal rasuah pemimpin Umno? Negara mana yang tidak tahu pasal pembunuhan Altantuya? Pasal sekatan hak asasi dan bersuara, negara mana yang tidak tahu? Semua negara tahu. Tetapi, bila kita ke negara seperti Singapore, Thailand, Negara-Negara Eropah di dalam beberapa acara sukan, adakah rakyat di sana melakukan seperti yang dilakukan di Indonesia?
Jadi, apa masalahnya di Indonesia sampai begitu sekali? Razali ini terlupakah isu sebenar di antara negara kita dengan negara jiran tersebut? Isu kononnya negara kita dituduh menceroboh wilayah mereka? Mengapa kita tidak boleh selesaikan secara diplomatik dengan mereka secara harmoni? Selagi ada prasangka buruk terhadap negara kita di dalam isu tersebut, ertinya kita gagal dalam hubungan diplomatik. Itu belum kira isu berapa ramai warga mereka yang bekerja di negara kita membawa cerita mereka dianiayai. Apa kena mengena dengan Pembangkang di dalam isu ini?
Kalaulah kerana Pembangkang, di setiap negara luar sana kita akan dilayan seperti di Indonesia. Tetapi itu tidak berlaku sedangkan negara di luar sana juga terdedah dengan segala kemungkaran pemimpin negara ini. Ini bukti menunjukkan bahawa kerajaan kita lemah untuk mengatasi beberapa isu sensitif dengan Indonesia. Kelemahan mereka ini mahu dibebankan kepada Pembangkang. /wfauzdin.blogspot.com
PATUT MAHATHIR KATA ADA MENTERI UMNO BODO
ADA KAH SEORANG TIMBALAN MENTERI MENGELUARKAN UCAPAN SEPERTI INI.NAMPAK SANGAT BODO DAN DANGKAL DALAM MEMBERIKAN KOMEN.SEPATUTNYA BELIAU MEMBERI KOMEN TENTANG ANAK BUAH BELIAU YANG HADIR DALAM SUKAN SEA INI...NAMUN BELIAU DANGKAL DALAM MEMBERIKAN KOMEN......
APA KENA MENGENA PERLAWANAN BOLASEPAK DAN JUGA PEMBANGKANG...NAK BAGI TAU HANG...DASAR KERAJAAN BN LAH YANG MENYEBABKAN PENDUDUK INDONESIA BEGITU GERAM,KES AMAH DIDERA ,KES PERSEMPADANAN,KES MANIPULASI PEKERJA BURUH,KES ..........BERI KERAKYATAN SECARA BERAMAI-RAMAI DENGAN TEMPOH TAMAT.. TAK AKAI PUNYA MENTERI..........................
Timbalan Menteri Sukan Datuk Razali Ibrahim, hari ini, menyalahkan pemimpin-pemimpin pembangkang berhubung layanan buruk yang diterima pasukan Malaysia oleh peminat sukan Indonesia pada Sukan SEA ke-26 yang sedang berlaku di Jakarta.
"Mengapa mereka pendam kebencian sebegitu terhadap kita? Kenapa tidak Thailand? Mengapa tidak orang lain? Ia bukan kerana persepi penganiayaan terhadap rakyat Indonesia.
"Pada pendapat saya, ia adalah kerana pemimpin-pemimpin pembangkang yang seringkali ke Indonesia dan memburuk-burukkan negara ini.
"Mereka melabel perkataan buruk terhadap Malaysia, umpamanya ‘Maling’ yang dalam bahasa Indonesia bererti pencuri," kata Razali semasa penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Bekalan 2012, kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.
Semalam, pengurus skuad negara, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pasukan bola sepak Malaysia berkemungkinan akan menaiki kereta perisai Barracuda untuk ke Stadium Gelora Bung Karno bagi perlawanan akhir malam ini.
Beliau berkata, keselamatan pemain adalah lebih penting dan langkah menaiki kereta perisai tersebut bukanlah asing buat skuad itu dalam menghadapi kira-kira 100,000 penyokong yang mahu melihat Malaysia ditundukkan. wrlr
Datuk Razali mempolitikan Sukan
Kenyataan Timbalan Menteri Datuk Razali Ibrahim yang cuba menyalahkan pemimpin pembangkang berhubung layanan buruk yang diterima pasukan Malaysia oleh peminat sukan Indonesia ketika Sukan SEA ke-26 yang sedang berlaku di Jakarta merupakan kenyataan yang tidak matang.
Kenyataan tersebut juga mencerminkan betapa pemimpin Umno/BN begitu ketandusan idea dengan menjadikan sebarang isu sebagi bahan politik murahan.
Timbalan Angkatan Muda Keadilan, Khairul Anuar Zainuddin berkata tindakan Razali adalah bukti jelas bahawa pemimpin Umno sedang berada dalam keadaan amat terdesak berikutan terdapat pelbagai isu seperti skandal Fidlot dan pelbagai yang menyebabkan rakyat semakin hilang sokongan kepada kerajaan.
"Sebab itu kita tidak hairan sekiranya apa sahaja isu, pemimpin Umno akan cuba menfitnah pembangkang.
"Jadi apa isunya sekiranya kita menceritakan kebenaran sekiranya memang berlaku kezaliman kerajaan pada rakyat negara ini.
"Isu yang melibatkan Malaysia-Indonesia berada dalam keadaan murung disebabkan pelbagai isu seperti layanan buruk terhadap amah, malah ada kabar berhubung seorang menteri pernah merogol amah dari indonesia dan pelbagai lagi isu yang gagal ditangani oleh kerajaan." tegas beliau ketika dihubungi TV Selangor.
Menurut Khairul lagi, tindakan Razali juga sebagi salah satu kaedah murahan untuk menarik perhatian ahli Umno berikutan perhimpunan Agung Umno yang bakal di adakan hujung November ini.
Nota : "Mengapa mereka pendam kebencian sebegitu terhadap kita? Kenapa tidak Thailand? Mengapa tidak orang lain? Ia bukan kerana persepi penganiayaan terhadap rakyat Indonesia.
"Pada pendapat saya, ia adalah kerana pemimpin-pemimpin pembangkang yang seringkali ke Indonesia dan memburuk-burukkan negara ini.
Pendapat di atas adalah pendapat mengong yang tercetus dari seorang pembodek yang muflis idea.
Sikit-sikit salahkan pembangkang.
Penonton Indonesia yang jelas kurang ajar pun......pembangkang Malaysia yang disalahkan sama?.
Kekacauan dari penoton yang melibatkan pesilat Vietnam dan Indonesia seperti dalam video klip di bawah pun nak menyalahkan pembangkang Malaysia?
Juri yang ternyata 'bias' yakni berpihak kepada pesilat Indonesia seperti dalam video klip di bawah pun nak disalahkan pembangkang Malaysia jugak ke?
Kekurangan kemudahan asas seperti tidak cukup kerusi, meja, kemudahan internet yang lembap untuk semua wartwan dari semua negara yang bertanding pun kerana hasutan pembangkang?
Kalau nak membodek......nak mengampu hatta nak men'jilat' sekalipun biarlah ada fakta jangan buat auta dalam Parlimen.....buek malulah wak.
No comments:
Post a Comment