Wednesday, November 23, 2011

Ramai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Akan Pencen??

Hiasan
Ramai Ketua Pemuda Bahagian akan di pencenkan selepas Pilihanraya UMUM ke 13. Kalau tidak faham lagi, rasanya tidak akan faham buat selama lama nya. Itu lah apa yang di katakan oleh Pemimpin nombor satu bila membalas ucapan sinikal daripada Ketua Pemuda.

Tahu ada yang belajar tinggi tinggi ada degree tetapi jangan sampai orang meluat. Sokongan daripada akar umbi yang sepatutnya menjadi terasi lama di lupakan demi mengejar benda yang 'materialistic' dan tidak ada manfaat kepada parti. Satu demi satu mengikut rentak dia sampai perpecahan di dalam sayap sudah jelas di nampak bukan hanya dari dalam, tetapi dari luar iaitu rakyat negara yang akan mengundi tidak lama lagi.

Tiga sayap bersatu menentang Pemimpin nombor satu ? Adakah pemimpin sayap sayap ini begitu berani ataupun mereka sudah di beri sokongan oleh bekas bekas otai yang telah lama tinggalkan arena politik (atau kata saja tinggal tetapi masih tidak faham bahawa bekas dan yang masih ada berbeza).

Selepas Pilihanraya UMUM ke 13, kalau Barisan Nasional masih seperti keadaan sekarang dengan Parliament 51 - 49, sudah diketahui umum bahawa Timbalan akan berebut untuk menjadi nombor 1 tetapi terpaksa mendapat sokongan daripada sayap sayap dalam Barisan Nasional dan bukan lagi daripada dalam parti nya sendiri. Kenapa ? Kerana sayap semua percaya dengan Transformasi yang sedang di bawa oleh Pemimpin penuh wawasan untuk masa depan rakyat jelata. Yang buta pekak dan bisu adalah mereka yang menolak Transformasi ini kerana masih ingat seluruh negara hanya ada satu bangsa yang duduk, dan semua bangsa yang lain bukan di iktiraf lagi sebagai warga negara tersayang tercinta ini.

Perjumpaan kali ini bukan satu yang di rancang terkejut, tetapi di rancang untuk menguatkan lagi sayap sayap yang ada, tetapi kerana keangkuhan dan kedegilan mereka untuk mengikut protokol dan mengiktiraf bahawa dalam satu parti, hanya ada satu kepala, daripada menguatkan jentera, ia jadi medan untuk cubit, seperti pemimpin satu sayap mengucap, cubit sayap kiri, sayap kanan terasa, cubit sayap kanan, sayap kiri terasa. Kalau semua hendak terasa, kenapa berjuang kononnya atas landasan satu parti yang memperjuangkan Agama Bangsa dan Negara ?

Daripada dulu sampai sekarang, istilah ini tidak akan tukar...... UBAH ATAU DI UBAH. kritis-online

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular