SATU lagi kes khalwat pemimpin tersebar luas sejak beberapa hari lalu, kali ini melibatkan pemimpin UMNO yang menjawat jawatan Pengerusi Putera Umno merangkap Timbalan Ketua Pemuda Umno Bahagian Sabak Bernam dalam satu serbuan di hotel tempatan.
Beliau sudah pun berumahtangga dan mempunyai 2 orang cahaya mata. Selain jawatan parti, beliau juga merupakan orang kanan kepada Ahli Parlimen Sabak Bernam, YB Datuk Abdul Rahman Bakri.
Kejadian itu dilaporkan berlaku pada 18 November 2011 bersama seorang gadis berasal dari Kelantan berusia 23 tahun.
Mereka ditangkap berkhalwat di dalam sebuah bilik hotel bajet, Harbourview Sekinchan dalam satu serbuan operasi bersepadu di Daerah Sabak Bernam oleh JAIS, Polis, serta Ahli Majlis Sabak Bernam.
Ramai pihak yang tidak menyangka seorang pegawai yang rapat dengan Ahli Parlimen Sabak Bernam itu boleh terjerumus ke dalam kancah maksiat apatah lagi ia dilakukan di dalam kawasan Sabak Bernam.
Kejadian ini bakal menjejaskan reputasi Ahli Parlimen berkenaan apatah lagi menjelang pilihanraya umum ke 13 yang semakin hampir.
Kejadian ini juga bakal menyaksikan usaha Barisan Nasional terutama Umno untuk mendekati pengundi muda bakal terjejas apabila pemimpin muda yang sepatutnya menjadi "role model", tewas akibat silap pertimbangan diri sendiri. Free Malay
No comments:
Post a Comment