Monday, November 21, 2011

Kami Tak Bodoh : BN pilihan orang Muda – Slogan "poyo" tu!

Amanat Presiden UMNO menetapkan usaha bersungguh untuk memenangi kembali sokongan anak muda terhadap UMNO. Presiden UMNO mahu kedua-dua sayap – Pemuda dan Puteri bekerja keras untuk tujuan ini kerana hampir 38.8% pengundi adalah kalangan mereka dari lingkungan umur 21-40 tahun. 

Ini merangkumi hampir 12 juta pengundi. Dalam penyampaian amanat tersebut – Pemuda UMNO dan Puteri melancarkan slogan BN pilihan orang Muda. Maaf kerana terpaksa mengkritik sedikit. Mungkin Ketua Pemuda dan Ketua Puteri tidak sedar bahawa perubahan drastik anak muda hari ini adalah sikap dan persepsi mereka. Slogan mungkin tidak penting sangat tetapi BN pilihan orang Muda – hanya menggambarkan betapa terkebelakangnya komunikasi Ketua Pemuda UMNO dan Ketua Puteri UMNO mengenai “karakteristik” pemuda hari ini.

Kita mahu bercakap kepada anak muda – kita harus menjadi muda. Muda tidak hanya berkait kepada umur tetapi kematangan akan menjadikan yang tua itu mampu berkomunikasi dengan baik dengan anak muda – serta dapat merasai kehendak jiwa-jiwa muda hari ini. Kita perlu ubah ciri-ciri Pemuda UMNO serta Puteri UMNO agar mereka senada dengan jiwa anak muda hari ini. Kita lihat peranan anak muda penting – mereka juga penentu undi tetapi kita dalam masa mahu memacu minda mereka untuk melihat dan menerima Pemuda/Puteri UMNO, gagal bertindak senada – seirama dengan mereka. Kita gagal berkomunikasi dengan cara mereka untuk membentuk kefahaman baru – idea baru yang lebih “attractive” untuk diterima.

Cuba kita bandingan – nama organisasi - Pemuda UMNO Malaysia dengan cara olahan nama oleh pihak lawan – Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat. Kita lihat jelmaan yang bagi www.umno-reform2.com mempunyai roh jiwa muda. 

Lihat NGO seperti Solidariti Anak Muda Malaysia, Solidariti Mahasiswa, Jaringan Melayu Malaysia – NGO lain yang berkait dengan nama-nama yang lebih “vibrant” dan menampakkan sikap muda. Slogan – slogan juga nampak lebih menyentuh generasi muda. 

Kita lihat pula cara PAS yang turut dengan slogan – slogan nampak berwatak baru. Lihat pula satu contoh kempen dengan nama DEMI dan slogan berperwatakan seperti Perjuangan pelaksanaan kata-kata dan nilai progresif dan tidak “poyo” seperti BN pilihan anak muda

Saya kagum juga dengan ciptaan konsep perhimpunan Pemuda seperti Patriot sewaktu mahu menentang BERSIH 2.0. Nama kempen dan slogan – mungkin salah mungkin betul tetapi harus mempunyai karakter kemudaan dan melambangkan jiwa muda. Jika tidak kita akan hanya terperuk dalam kepompong mendefinisikan anak muda dalam zaman lama atau lampau. 

Mungkin akhirnya kita mahu berkomunikasi tetapi rentak berbeza dan tidak sejajar dengan keadaan semasa – anak muda. Cuba fikirkan – kaji senario yang mana menarik perhatian mereka yang digelar anak muda. Dari Blogger UMNO

Slogan terbaru bn untuk anak muda-tapi kami tak bodoh
KUALA LUMPUR 20 Nov. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan slogan baru Barisan Nasional (BN) khusus untuk menarik sokongan golongan muda kepada parti itu iaitu ‘BN Pilihan Orang Muda.’

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, Najib yang juga Pengerusi BN dan Presiden UMNO melancarkan slogan itu selepas menyampaikan Amanat Presiden kepada Pemuda dan Puteri UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini.

Khairy berkata, slogan itu akan digunakan oleh sayap Pemuda dan Puteri UMNO untuk menggerakkan jentera pilihan raya umum selain menarik undi golongan muda. - Utusan

Bagilah slogan ker hatta wang atau pangkat kami terima tetap terima tapi nak bagi undi kepada Barisan Nasional tidak sesama skali,kami anak muda tak rela maruah kami tergadai,kami tak rela nak merosakkan aqidah kami demi kerana pangkah UMNO BN dalam pilihanraya.

Kami anak muda bukan macam zaman mahathir(kuku besi) kami tak sebodoh zaman paklah berselindung di belakang ISLAM HAD HARI apatah lagi kami nak terpedaya dengan one malaysian ala2 one Israel.kami sayang negara kami Malaysia dari tangan2 yang zalim lagi khianat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular