SEBUAH video yang dimuatnaik di laman sesawang YouTube menunjukkan bukti bahawa dakwaan polis bertindak kasar kepada pelajar adalah satu kebenaran.
Video tersebut menunjukkan bagaimana pegawai polis menyemburkan serbuk lada kepada para pelajar yang sedang duduk beramai-ramai di dalam satu protes yang diadakan di perkarangan Universiti Carlifornia.
Saksi menyaksikan kejadian tersebut dalam keadaan ketakutan sementara polis menyembur serbuk lada kepada demonstrator sebelum menangkap 10 orang di mana 9 daripada mereka merupakan pelajar.
Video tersebut menunjukkan bagaimana pegawai polis menunjukkan sebuah botol penyembur sebelum menyemburnya kepada peserta demonstrasi yang sedang duduk. Kebanyakkan pelajar dilihat menundukkan kepala, namun sekurang-kurangnya seorang terkena semburan di muka.
Sebilangan peserta yang berkumpul di tempat kejadian menjerit dan menangis. Mereka kemudiannya melaungkan "shame on you" secara serentak. Beberapa pegawai polis muncul dengan helmet dan kayu pemukul kemudian.
Video tersebut menjadi topik hangat di internet, menyaksikan ramai pengguna yang menyebarkannya terutama di laman-laman sosial seperti facebook dan Twitter. Ia juga mendapat tontonan lebih 100,000 meskipun baru dua hari dimuatnaik.
Sumber: Free Malays
No comments:
Post a Comment