Saturday, November 26, 2011

Anwar: PKR-PR tidak sokong pindaan perlembagaan untuk PM hanya Melayu

Nov 26, 2011 - Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim menyatakan bahawa "pindaan perlembagaan untuk menjamin agar jawatan Perdana Menteri disandang hanya orang Melayu" sekadar cabaran Ketua Angkatan Muda Keadilan terhadap UMNO, dan ia bukan pendirian AMK, PKR malah Pakatan Rakyat.

"Sila baca ucapan Ketua AMK. Bukan pendirian Angkatan Muda, bukan pendirian Keadialan, bukan pendirian Pakatan Rakyat. Oleh kerana UMNO hanya bicarakan soal Melayu, dia cabar UMNO untuk meminda..." Katanya dalam sidang media selepas Kongres Nasional Keadilan dirasmikan pagi ini, di Pulai Springs Resort, Johor Bahru.

Turut ditemani Shamsul Iskandar Mohd Akin di sebelahnya, Anwar berkata, "Yang dia lontarkan itu challenge, cabaran kepada UMNO kerana UMNO bicara Melayu, Melayu, Melayu sahaja. Melayu atasan, bukan Melayu rakyat. Jadi, cabar, pindalah!" - Merdeka Review

Pakatan tak sokong 'PM hanya untuk Melayu'

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan menyokong usaha untuk meminda perlembagaan bagi bagi membolehkan orang Melayu sahaja dilantik perdana menteri.

Ketua umum PKR menjelaskan, perkara itu juga bukan pendirian Ketua Pemudanya Shamsul Iskandar Md Akin, PKR mahupun daripada Pakatan.

"Kita tidak akan sokong. Pendirian kita ialah kekal peruntukan perlembagaan yang ada. Kita cabar Umno sebab dia bicara soal Melayu sahaja. Tapi itu pun kita pertikai, (Umno bicara) bukan Melayu bawahan, (tapi) Melayu atasan.

"Jadi pendirian kita jangan kelirukan. Saya baca laporan media, saya baca teks (ucapan dasar ketua AMK), nyata ianya lontaran kepada Umno dan dijelaskan pendirian PKR tidak berganjak daripada peruntukan perlembagaan dan prinsip yang ada," katanya.

Anwar bagaimanapun menyokong cabaran yang dibuat Shamsul kepada Umno kerana parti itu didakwa "hanya bicara soal Melayu".

"Oleh kerana Umno hanya bicara soal Melayu, jadi (PKR) cabar Umno untuk pinda kalau sanggup," katanya dalam sidang media selepas ucapan dasar presiden di kongres nasional kelapan parti itu di Johor Bahru hari ini.

Tambahnya, dalam ucapan berkenaan Shamsul Iskandar telah menjelaskan berhubung perlembagaan dan prinsip keadilan dalam cabaran berkenaan. Mk

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular