KUALA LUMPUR, — Walaupun tanggapan buruk penggunaan ketum dari mata sesetengah pihak, namun Dr Mohamad Taufik Hidayat mendedahkan tumbuhan berkenaan mempunyai banyak kebaikan seperti merawat ketagihan dadah.
Ketum dikatakan sesuai mengganti ubat ketagihan dadah kerana bersifat menghalang simptom penarikan morfin, namun perhatian harus juga diberikan julat dos dan kadar toksiknya
“Buat masa ini, ubat yang digunakan bagi merawat kesan ketagihan dadah adalah methadone.
“Ini dibuktikan apabila mitraginin yang digunakan dalam kajian menunjukkan ia boleh bertindak sebagai antagonis-antagonis penerima opioid iaitu saraf penerima dadah jenis heroin dan morfin,” kata pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM) itu.
Bukan itu sahaja, kata pensyarah di bawah Unit Fisilogi, Jabatan Anatomi Manusia, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, daun tersebut turut bermanfaat untuk dijadikan penenang.
“Bagaimanapun ia hanya berkesan sekiranya digunakan pada dos yang disyorkan dan bukan amalan sekarang yang diambil melalui rebusan dan disalahgunakan,” katanya yang membuat kajian daum ketum itu.
Beliau turut dilaporkan berkata penggunaan ketum merupakan alternatif rawatan untuk anti-tekanan, kemurungan dan anti-keresahan.
Kajiannya berpandukan saintis Thailand, Suwanlert pada 1975 yang mendapati penggunaan ketum mampu memberikan motivasi kepada pekerja terutamanya golongan pesawah, buruh dan pekerja ladang.
Nama ketum menjadi hangat apabila hasrat Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) untuk mengeksport daun itu ke luar negara kerana mendakwa mendapat permintaan tinggi daun ketum mendapat permintaan tinggi dari Amerika Syarikat dan Eropah.
Namun, hasrat Risda dibantah antaranya Agensi Antidadah Kebangsaan yang bimbang penyalahgunaan dadah melibatkan daun ketum dalam kalangan anak muda dan pelajar sekolah di beberapa negeri di utara tanah air. - PakTam
No comments:
Post a Comment