UMNO GAGAL MENCAPAI TARGET 200 RIBU SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-55 DI STADIUM BUKIT JALIL WALAUPUN SELEPAS SEMUA PIHAK DIPAKSA HADIR DAN SEGALA KEMUDAHAN DISEDIAKAN (BAS, DUIT POKET, T-SHIRT PERCUMA, MAKAN/MINUM DAN SEBAGAINYA). JELAS KELIHATAN BANYAK RUANG KOSONG DIDALAM STADIUM.
Udah2 lah, jgn duk menipu ..
BIAR GAMBAR SEBAGAI BUKTI BERBICARA..
Stadium Nasional Bukit Jalil hanya mampu mengisi setiap tempat duduk sekitar 80,000 - 100,000 saja.
Jika diukur dari panduan tersebut sudah pasti kehadiran jauh meleset.. NST boleh berkata rakaman gambar ini adalah yang terkini disekitar 100,000 yang hadir.
Kerusi pun banyak yang kosong.
Lihat betapa media milik UMNO cuba nak putarkan kisah kononnya sambutan diluar jangkaan.
Hakikatnya ialah walaupun diumpan dengan cabutan bertuah kereta, motosikal, Black Berry, barang-barang elektrik dll serta dipaksa dan ugut kakitangan awam, namun sambutan sebenarnya adalah dikira tidak berbaloi dan pulang modal.
Para pemimpin dan strategis UMNO/BN lupa yang kini maklumat boleh diperolehi dihujung jari.
Rakyat, terutamanya dari golongan anak-anak muda tidak mudah ditipu dan dipesong dengan auta.
Kalau UMNO ingat depa cerdik, rakyat pun bukannya bodoh.
Nak penuhkan stadium, duit dan paksa jadi strategi
Umno nak tunjuk program najib dapat sokongan, jutaan manusia hadir di stadium bukit jalil...
Terdesak sangat nak penuhkan stadium, "tukanglawan" tengok umno kene buat benda bawah nei, kalau tak nanti kene ejek sebab stadium kosong.
Umpan Hadiah....
Umpan T-Shirt dan duit.
Paksa Staff DBKL datang...
Paksa Staff Kementerian Pengajian Tinggi termasuk PENSYARAH datang...
Adoi, kalau macam ni takde la merdeka namanya, kata merdeka tapi kehadiran wajib dan kedatangan akan direkodkan, dikira pulak sebagai tugas rasmi, kalau takmo pegi macam mana...
ohhhh ini rupanya stail merdeka umno.... tak datang kene hukum. kah..kah..kah..
Satu lagi yang bagusnya umno nei mereka sedang ajar budak-budak baru abis belajar erti kemerdekaan dengan ganjaran, kalau rajin meriahkan tweetup merdeka dapat la T-shirt dan duit...la.. nilai merdeka tu sama macam sehelai t-shirt rupanya.
Terdesak sangat la nampaknya, sampai tarik orang datang himpunan dengan hadiah lumayan... rupanya yang datang tu berebut-rebut nak hadiah je rupanya.. umno sedang ajar rakyat jadi patriotik pada hadiah lumayan. kah..kah..kah.
Pelik -pelik, Peserta himpunan bersih dan himpunan "janji Bersih" tak pun diumpan dengan T-shirt.. tak wajib datang pun, tapi kenapa ramai?..
Sebab diorang bijak... tak macam penyokongs setia umno.. datang sebab hadiah lumayan. kah..kah..kah
Sambutan Kemerdekaan Di Stadium Nasional GAGAL!
Biarpun sudah berusaha sedaya-upaya memperalatkan kakitangan agensi kerajaan dan badan berkanun sejak kira-kira seminggu lalu, sambutan kemerdekaan ke-55 yang diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi sebenarnya gagal mencapai sasaran.
Penganjur yang mensasarkan sekitar 200,000 orang akan membanjiri stadium tersebut hampa apabila hanya cuma mampu mengumpul kira-kira 30,000 orang sahaja menurut saksi yang hadir di majlis yang bermula jam 8 malam tadi.
Seorang kakitangan kerajaan tetapi enggan namanya disiarkan yang dipaksa hadir ke sambutan tersebut mendakwa masih banyak ruang yang kosong tidak dipenuhi walaupun perdana menteri Najib Altantuya sudah memulakan ucapannya kira-kira jam 9 malam.
Ada di antaranya, katanya, hanya mundar mandir di sekeliling kawasan stadium selepas diarahkan sebelum itu kerana mereka dipaksa untuk duduk di kerusi penonton dengan tujuan untuk meramaikan bilangan penonton.
Sedangkan katanya sebaik sahaja Najib Altantuya memulakan ucapan, sudah ramai yang bangun dari tempat duduk masing-masing dan keluar ke anjung belakang walaupun majlis baru sahaja berlangsung.
Menurut gambar yang diambil, jelas tidak ramai penonton yang hadir sebaliknya mereka keluar dan melakukan perkara sendiri kerana kebanyakkannya dikerah atas arahan pegawai atasan mereka yang merekodkan kehadiran mereka seperti yang tersiar di kebanyakkan blog sebelum itu.
Peserta yang ditemui mendakwa menerima RM30 sebagai upah memakai baju yang disediakan, RM50 untuk yang memakai baju dan mengibarkan bendera Jalur Gemilang dan RM80 bagi mereka yang memakai baju-T dan menari di tengah-tengah stadium yang diubah suai menjadi sebuah pentas raksasa.
Najib Altantuya yang tidak berpuas hati dengan jumlah kehadiran tersebut seakan terpekik-pekik setiap kali mengulangi skrip yang sama kunun pencapaiannya sejak mengambil alih tampuk kekuasan dari bekas perdana menteri, Abdullah Badawi pada April 2009.
Walaupun Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Rais Yatim mengumumkan bahawa sasaran Twtup menggunakan hashtag #merdeka55 berjaya melepasi sasaran sejuta dalama tempoh sejam di Twitter, penonton seakan tidak mengendahkan pengumuman tersebut.
Apalah maknanya jika Rais yang menyatakan bahawa sebanyak 3.6 juta tweet dicatat tetapi kehadiran penonton yang dipaksa sebenarnya mengecewakan Umno-APCO yang bertungkus lumus mahu mengambil hati Najib Altantuya yang semakin tidak popular di mata rakyat Malaysia.
Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin juga dikhabarkan tidak gembira dengan kehadiran penonton yang majoritinya kakitangan kerajaan yang dipaksa hadir semata-mata mahu menunjukkan kepada rakyat bahawa Umno-APCO masih relevan menerajui kerajaan.
Beberapa menteri kabinet juga dikatakan tidak berpuas hati dengan sambutan tersebut setelah banyak pengumuman dan hebahan disiarkan menerusi media cetak dan elektronik yang dikuasai mereka.
Pada sebelah paginya, sambutan kemerdekaan yang diadakan di Dataran Merdeka juga suram dengan kehadiran rakyat Malaysia apabila hanya 13,000 orang dilihat berada di dataran bersejarah tersebut walaupun dihadiri Yang di-Pertan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Faja Permaisuri Agong Tuanku Haminah.
No comments:
Post a Comment