Tuesday, August 28, 2012

"MAQASID SYARIAH" dari Pemimpin Penipu dan Parti Penipu….

NONE
Selepas perbahasan berhubung isu hukum hudud berterusan, dengan PAS mempersoalkan tindakan kerajaan yang ditunjangi Umno enggan melaksanakan hudud maka keluarlah kenyataan daripada PM bahawa Kerajaan sentiasa berpegang kepada prinsip "maqasid syariah" (tujuan-tujuan syariah) dalam pentadbiran negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ini bermaksud, jelasnya, kerajaan sentiasa berusaha untuk melindungi kesucian agama Islam."Ini cara terbaik untuk mentadbir negara. Kami memenuhi prinsip-prinsip Islam dan maqasid syariah

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.” - Surah Al-Maidah : 44 

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.” - Surah Al-Maidah : 45 

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik. - Surah Al-Maidah : 47


 
PM: K'jaan sentiasa pegang 'maqasid syariah' 
Kerajaan sentiasa berpegang kepada prinsip "maqasid syariah" (tujuan-tujuan syariah) dalam pentadbiran negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ini bermaksud, jelasnya, kerajaan sentiasa berusaha untuk melindungi kesucian agama Islam. "Ini cara terbaik untuk mentadbir negara. Kami memenuhi prinsip-prinsip Islam dan maqasid syariah. "Prinsip ini bermakna menjaga Islam daripada segi kesucian, kedudukan, daripada aspek kepercayaan, moral, pentadbiran, dan lain-lain, supaya Islam boleh diamalkan dengan sempurna," kata Najib.
Kenyataan ini dibuat selepas perbahasan berhubung isu hukum hudud berterusan, dengan PAS mempersoalkan tindakan kerajaan yang ditunjangi Umno enggan melaksanakan hudud. Mk
NAJIB putar-belit Maqasid Syariah telah dilaksanakan - Dr. Haron Din 
"Kalau betul Kerajaan mengamalkan maqasid syariahs seperti yg kita (PAS) perjuangkan selama ini, 

Bila maqasid hendak jaga agama , kena laksanakan hukum murtad, Adakah hukum murtad dilaksanakan? 

Menjaga nyawa, kena buat hukum Qisas. Hukum ini tidak dijalankan, maka nyawa tidak terjaga? Menjaga akal, maka perlu diharamkan arak dan judi. Sudahkan arak dan judi diharamkan? 

Menjaga Maruah, kena laksanakan hukum qazaf. Adakah qazaf dah dilaksanakan? 

Menjaga Harta , kena hukum orang yg mencuri dan merompak dgn memotong tangan dan kaki. Adakah sudah dijalankan? 

Kalau belum dilaksanakan bagaimana boleh dikatakan Maqasid Syariah telah dijalankan. Inilah penipuan yang berlaku…. @dari Pemimpin Penipu dan Parti Penipu….Sumber [SINI] dan Penjelasan tentang maqasid syari’ah [SINI]

PEMIMPIN DAN GOLONGAN MANAKAH YANG PATUT KITA IKUTI.......???
Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. 

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." 

Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. 

Antara Gambaran Di Padang Mahsyar: Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin. 

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. 

Sumber: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular