Thursday, August 30, 2012

Ni Demokrasi Cara UMNO/BN : POLIS DANG WANGI DAH KELUARKAN SURAT KEPADA PENGAJUR


PDRM melalui Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur telah menyerahkan surat kepada penganjur " JANJI DEMOKRASI" yang mau berhimpun sambil bersantai di Dataran Merdeka jam 10 malam ini. 

Alasan yang diberikan ialah :
1) Gagal memberi pemberitahuan di bawah Sek 9 (1), Akta Perhimpunan Aman 2012, (Akta 736) kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur........
2) Gagal memperolehi kebenaran dan persetujuan dari Datuk Bandar Kuala Lumpur sebagai pemunya tempat berhimpun iaitu Dataran Merdeka. 
3) Akan menggugat dan menggagu persiapan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-55 yang akan berlangsung keesokan harinya.

Perlu permit untuk sambut ambang merdeka?  
Penganjur perhimpunan "Janji Demokrasi" malam ini menafikan mereka melanggar Akta Perhimpunan Awam kerana rakyat Malaysia mempunyai hak untuk merayakan sambutan hari ulang tahun kemerdekaan

Dalam kenyataan hari ini, penganjur juga berkata mereka menyambut kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim semalam yang mengalu-alukan mereka hadir ke Dataran Merdeka. 

"Bagaimanapun, Gabungan Janji (penganjur) gagal memahami kenapa ketua polis negara dan OCPD Dang Wangi menganggap Gabungan Janji telah melanggar Akta Perhimpunan Aman," kata mereka. 

 "Kita yakin warga Malaysia berhak untuk berhimpun di ambang merdeka untuk merayakan merdeka tanpa memerlukan permit."
 PAPARAN YANG LEBIH JELAS , KLIK PADA FOTO.
Pihak Polis sudah bersedia mengadakan Provokasi malam ini? 
Untuk geng yang akan ke JANJI DEMOKRASI di semua lokasi malam ini mohon ambil perhatian :
- "JANJI BERSIH" di dataran merdeka bakal MENcetuskan PROVOKASI yg telah dirancang rapi oleh um**/b* selaku keraj**n yg memerintah mal**sia. 

Mereka telah kerahkan POLIS & FRU utk mengawasi keadaan masa itu. 

Sekiranya TIDAK mencetuskan apa2 pergaduhan dan keganasan,pihak SB atau INDIVIDU/KUMPULAN yg telah DIKERAHKAN dan telah DILATIH khas utk MENCETUSKAN KEGANASAN DAN PROVOKASI akan memainkan peranan. 

OLEH ITU : - 
1 ) SILA 'PEGANG' (TANGKAP) ORG/INDIVIDU/KUMPULAN YG MULAKAN/CETUSKAN KEGANASAN DAN PROVOKASI ITU 
2) AMBIL I/C OR AMBIL GAMBAR DIA UTK BUKTIKAN DIA NI PURE PR OR HANYA MENJALANKAN TUGAS YG DI BERIKAN OLEH UM*O/B* 
3) LERAIKAN KEGANASAN DAN JGN LIBATKAN DIRI UTK LEBIH MENCETUSKAN KEGANASAN TERSEBUT PIHAK PR AKAN MENYIASAT MEREKA YG MENCETUSKAN KEGANASAN/PROVOKASI PD MLM ITU,KRN KITA BERJAYA MENCETUSKAN FENOMENA 'GERUN' PD UM*O/B* ... 

HANYA PURE PR YG MEMAHAMI KONSEP 'PERHIMPUNAN AMAN'... JIKA BENAR ANDA ADALAH PENYOKONG/PENGUNDI TEGAR PAS/PKR/DAP = PAKATAN RAKYAT (PR) , ANDA TIDAK AKAN MENCETUSKAN APA2 KEKECOHAN KRN ANDA SEMUA ADALAH MARUAH PR.

PADA ANAK2 MUDA,ANDA ADALAH NADI PENCETUS PERUBAHAN MASA DEPAN MALAYSIA... INI BUKTI UM*O/B* RASA TERGUGAT DGN PR.

MEREKA AKAN MEMBUAT APA SHJ UTK MENAKUT-NAKUTKAN RAKYAT... JGN LUPA SEDIAKAN AIR DAN GARAM UTK BEKALAN... SEMOGA ALLAH BERSAMA KITA.......... TAKBIR !!!!!!!!!!! 

Diharapkan semua tidak terlalu beremosi dan menjaga kelakuan yang baik sebagai penyokong pihak pembangkang agar tidak di label ganas pada yang buta hati dan mata, ini antara peluang kita anak muda menyeru semua yang lain-lain untuk bangkit sama melawan kezaliman. 

Jumpa anda di sana, dan semoga semua selamat dan urusan dipermudahkan. amin.. Lagi Berita Di Blog Sahabat - Klik SINI

Ikuti Perhimpunan Janji Bersih : "LIVE UPDATE" di SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular