Demokrasi adalah proses rakyat-pengundi membuat keputusan dan pilihan berdasarkan maklumat dan pengetahuan.
Bagi memenangkan perlaksanaan
Hudud yang terkekang dengan Akta Mahkamah Syariah, 1965, Parlimen mesti meminda dan memansuhkan peruntukan Akta ini sehingga ‘Uqubah-Hukuman’ dalam jenayah Hudud dan Qisas tidak dibataskan dengan formula ’3-5-6′.
Pindaan Perlembagaan (Constitutional Amendments) memerlukan 2/3 majoriti.
Ada pun meminda atau memansuhkan akta-akta dan peruntukannya hanya memerlukan majoriti mudah (simple majority).
Persoalannya bagaimana untuk memenangi hati-budi dan keyakinan ahli parlimen – sama ada Islam atau bukan-Islam atau PAS-PR atau pun Umno-BN?
Tentunya dengan mereka difahamkan dan diyakinkan dengan pengetahuan-ilmu bersabit Kelebihan Undang-Undang Jenayah Islam. Lalu, amat munasabah proposisi dan gesaan bahawa “Kefahaman” dan “Pengetahuan” rakyat merupakan antara syarat (syurut musybaqah) terpenting untuk benar-benar secara komited menyaksikan perlaksanaan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 akhirnya ditaqnin(legislate-undang-undangkan) dan ditadbiqkan (dilaksanakan).
Maka pastinya amat munasabah mengesyorkan kefahaman, pendidikan dan pengetahuan tentang Hudud yang dipolemikkan begini rupa dan ada pulak yang sengaja menghurukan pemikiran rakyat dengan isu ini, memerlukan satu pendekatan yang menggemblengkan seluruh tenaga ummat – kepimpinan parti politik, NGOs, para ulama, ilmuan akademik dan sebagainya.
Yang penting mesti wujud iktiqad dan azam untuk sama mendukungi dan memenangkan titah dan taklif Allah SWT ini. Inilah cabaran “Islamists” yang mengambil pentas ‘Demokrasi’ sebagai pendekatan ‘Muwajah Silmiyah’ (Pertarungan Secara Aman-Sejahtera- Demokrasi) dalam proses Islah dan Tajdid.
Tak ramai yang faham dan tuntutan laras bahasa dan pertarungan melalui demokrasi ini.
Presiden menyerlahkan penghayatan dan komitmen yang sangat JELAS dan BERANI dalam kenyataan ini. Inilah komitmen semua Gerakan Islam mutakhir ini – sama ada Al-Ikhwan Al-Muslimun di Timur Tengah – Mesir, Tunisia dan Morocco atau PKS di Indonesia dan sebagainya.
Dunia sedang memerhatikan gelagat ‘Islamists’ yang mereka mendakwa mengambil pentas demokrasi tetapi apabila melafazkan konsep perubahan tidak tahu ‘bagaimana peraturannya’ untuk memenangkan Agenda Perubahan Islamists mereka!
PAS, dengan segala rendah hati kita nyatakan, sedikit mendahului ‘Tajribah Islamists” (Islamists Experimentation) dalam keterlibatannya dalam demokrasi…selama demokrasi itu sihat, bebas, adil dan berfungsi.
-Harakahdaily
No comments:
Post a Comment