Friday, August 31, 2012

Janji Bersih : Bukti "TANPA PROVOKASI" Perhimpunan berjalan lancar dan AMAN +Video & Gambar

Semangat Kemerdekaan Selari Dengan Semangat Demokrasi 
KUALA LUMPUR 31 OGOS : Meskipun pihak berkuasa cuba ‘memujuk’ orang awam supaya meninggalkan perkarangan Dataran Merdeka ia sedikitpun tidak diendahkan oleh orang awam yang tiba awal untuk menyertai himpunan “Janji Demokrasi”.

Orang awam yang hadir dalam puluh ribuan disambut dengan mesej ‘Tidak ada sebarang sambutan di sini, lebih baik balik. KLCC ada sambutan dan bunga api” oleh pihak berkuasa yang cuba menghalang himpunan itu. 


Himpunan rakyat dengan tema berwarna kuning yang berakhir secara aman jelas membuktikan rakyat semakin matang dalam berhimpun tanpa perlu ada campur tangan provokasi, tidak seperti yang cuba digambarkan sebelum ini. 
Aktivis yang ditemuramah TVSelangor melahirkan rasa gembira dan puas hati dapat meraikan sambutan ambang Hari Kemerdekaan kali ke-55 dengan menghadiri himpunan Janji Demokrasi.


Roslan Ismail, 30, sanggup menempuh perjalanan panjang dari Kota Bharu, Kelantan semata-mata ingin memberikan sokongan sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka. Beliau dengan nada tenang melahirkan keinginan untuk melihat satu sistem pemerintahan yang bersih demi memastikan negara terus makmur dan kehidupan rakyat bertambah baik. 

Selaku suara anak muda katanya, acara meraikan sambutan kemerdekaan ini perlu dibuat dengan semangat bersatu padu tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama. 

“Saya rasa terpanggil untuk menyambut dan memeriahkan lagi sambutan (kemerdekaan) tanpa ada rasa takut dan terancam serta memahami erti keamanan sebenar. “Kemerdekaan bukan sahaja bebas dari penjajah tapi dari segi ideologi dan idealisma,” ujar beliau. 

Tidak ketinggalan dalam meraikan sambutan ambang kemerdekaan kali ini adalah seorang OKU berjiwa kental, Isaiah Jacob yang kagum dengan semangat rakyat Malaysia untuk menuntut pilihanraya bersih dan adil. Beliau menyifatkan pihak yang cuba menakutkan orang awam daripada turun ke himpunan tersebut sebagai pengecut dan tidak menghayati semangat demokrasi negara. 

Aktivis gerakan Asal Bukan Umno (ABU), Haris Ibrahim menegaskan kehadiran beliau mewakili suara Sabah dan Sarawak yang terus dipinggirkan oleh Umno-BN sejak bertahun lamanya. Menurutnya, ABU yang juga sebahagian daripada NGO Janji Bersih mahu memperingatkan kerajaan Umno-BN bahawa janji pembersihah sisterm pilihan raya masih belum ditunaikan. ”ABU menyertai untuk mengingatkan kerajaan bahawa masih lagi ada janji untuk membersihkan dan memulihara pilihan raya yang masih ditunaikan. “Pendirian saya secara peribadi, sudah 49 tahun rakyat di Sabah dan Sarawak ditipu. “Apa yang dijanjikan dalam Perjanjian Malaysia tidak ditunaikan maka saya secara peribadi menuntut keadilan orang Sabah dan Sarawak,” tegasnya. 

Sementara itu, Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia, Ahmad Shukri Kamarudin percaya rakyat semakin matang untuk menerima budaya berhimpun tanpa perlu diperlekehkan mana-mana pihak memandangkan hak bersuara dan berhimpun ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. 

Himpunan Janji Demokrasi sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 dengan tema Sejiwa, Sebangsa dan Senegara, dihadiri lebih 20,000 penyokong yang memeriahkan suasana mengingati ulang tahun bersejarah bagi negara.

 
Puluhan ribu sambut detik Kemerdekaan 

KUALA LUMPUR: Puluhan ribu berhimpun dalam perhimpunan Janji Bersih dan ambang Kemerdekaan di perkarangan DBKL, Kuala Lumpur dan juga di Stadium Shah Alam.

Di Stadium Shah Alam pula, para pemimpin Pakatan yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim berhimpun di sana. "Semangat kemerdekaan tidak berhenti dengan perarakan sahaja tetapi harus mampu menimbulkan kecintaan kepada negara. "Pengorbanan dan sumbangan tentera dan polis serta rakyat menentang komunis dan penjajahan perlu mendapat dokongan semua," kata Anwar dalam ucapannya. 

Indahnya Hidup Tanpa UMNO 

Berikut adalah gambar-gambar mereka.
Kehadiran Mat Sabu di Dataran Merdeka

Datuk Samad Said
Anwar Ibrahim Sedang Berucap Di Shah Alam
Tan Sri Khalid di Shah Alam










Saksikan Klip Video yg membuatkan Najib dan Rosmah Menangis...








Lagi Gambar2 Dan Video Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular