Saturday, September 15, 2012

Panas!!!! Anak "Raja" cemarkan kesucian Masjid .. PERKASA dan PEKIDA lari lintang pukang??

HIASAN
Bukan tuduhan melulu dari aku. Siap ada gambar lagi beb. Tengok sendiri kat bawah neh oke ;
Gini.
Seperti yang kita sedia maklum, masjid di malaysia neh hanya boleh dimasuki oleh orang2 islam sahaja. Orang bukan islam tak boleh masuk. Jangan tanya aku details kenapa apa seme tue sebab yang tahu, arif, pakar, hebat, pandai, cerdik, bijaksana dalam bab2 neh ialah ;

1. PERKASA
2. BLOGGERS UMNO
3. PEMIMPIN UMNO YANG ISLAMIK DAN WASATIYAH.
4. MUFTI ISLAMIK PRO KERAJAAN BN

Aku neh tak wasatiyah. So memang failed lah beb. Bab hukum jangan tanya aku. Sebaliknya tanya 4 kumpulan di atas. Sebab dorang paling islamik dan paling arif di malaysia. Nampak tak si kate pakai apa tue? Pakai skirtttttt tue wa cakap sama lueeee.

Adun dap yang pakai baju kurung pun kena serang. Elizabeth wong yang pakai seluar panjang pun kena maki dan hina. So tak kena naya si kate tue bakal dihambur oleh bloggers umno sebab masuk masjid pakai skirt jek? Atas tutup tak betul, bawah pula terdedah. Haiihzzhh.. kate2. Kalau ko kek boleh makan tapi ko tue kate. Nasib ko le.
Lepas neh mesti

PERKASA
PEKIDA
JARINGAN MELAYU MALAYSIA
TAH HAPA2 NGO YANG PRO BN
BLOGGERS UMNO

Berdemo. Ko tunggu la kate. Pejuang islam akan bangkit. Aku tatau. Aku hanya mampu simpati jek dengan ko kate. Beza antara orang kaya dengan orang miskin ialah sama beza seperti orang bodoh dengan orang cerdik. Fikirkan.

kah kah kah - Ameno

Hipokritnya UMNO: Bayangkan kalau Kate adalah ahli DAP, pasti Utusan Meloya main isu 30 hari 30 malam

Kenapa Tak Marah Kate Masuk Ke Masjid?
Oleh: Mohd Sayuti Omar

SEALAM PERASAAN
Kate dan suami memasuki masjid.

Bekas setiausaha politik kepada bekas Perdana Menteri Malaysia menghantar sms kepada saya mempertikaikan kenapa kunjungan puteri di Raja Britian Kate Middleton dan suaminya Putera William ke masjid berhampiran KLL tidak dibantah dan diterima seadanya.

Tanya beliau mengapa umat Islam yang sebelum ini bagaikan histeria memarahi pemimpin DAP memasuki ke surau dimaki hamun dan dikatakan mencemari Islam.

Kaki Kate yang mugil melangkah tangga masjid.

Tanya beliau apakah kaki mugil Kate suci dari kaki pemimpin DAP itu? Apakah bezanya kaki mugil dengan kaki kematu? Beliau juga menyuruh saya membelek gambar-gambar terkini Kate yang dipaparkan dalam majalah Closer yang boleh diakses menerusi internet.

Memang dalam paparan gambar itu Kate memasuki masjid. Sekeping gambar menunjukkan Kate berjalan menaiki tangga dan kedua belah kakinya nampak jelas. Gambar itu juga turut memaparkan kasut Kate yang diletak di atas tangga.

Saya yakin gambar kaki dan kasut Kate yang diletakkan di atas tanggan beralasankan permaidani tidak disiarkan dalam akhbar penjilat buntut, atau majalah Kiblat dan Al Islam terbitan Utusan Melayu.

Kasut Kate diletak atas permaidani.

Soal bekas setiausaha itu lagi sepatutnya mereka yang sebelum ini sasau dan menunjukkan keprihatinan mereka yang tinggi terhadap agama dan mengkritik orang Islam memasuki masjid atau surau walaupun untuk menyampaikan bantuan kepada orang Islam memprotes tindakan Kate itu. Kalau kita marah kepada kafir DAP, mengapa kita mendiamkan diri dengan menantu Puteri D itu?
Beliau juga menarik perhatian apa pandangan Hasan Akidah di dalam soal ini. Apakah perbuatan Kate yang jelas seorang Kristian tidak mencemari masjid? Atau pun kerana kemasukan Kate itu tidak menjejaskan politik Umno maka ia dibenarkan?

Tidak lupa pegawai berkenaan turut bertanya mengenai apa pandangan ulamak muda Umno Fatu Bari an juga ulama tua Harussani Zakaria. Beliau berharap mereka dapat memberi penjelasan kerana menurut maksud sebuah hadith kalau kita berbuat sama dengan mereka (orang kafir) maka kita juga seperti mereka?

Seterusnya pegawai itu memberi pandangan hendaklah kita adil dan berkata benar mengenai Islam dan jangan mengurusnya mengikut perasaan dan memikirkan kepentingan kita. [kk.sbh 10:50 am 15/012/12]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular