Friday, July 13, 2012

Najib dan Muhyiddin kata Mansuh, Polis Johor masih dok belasah..


Memang aku tak faham,, apa yang berlaku,,,, dalam masa yang lebih kurang sama.... Hebatkan.... PM cakap lain,, Polis tetap on juga.....

Buatlah apa pun selagi apa hangpa boleh buat,,, Allah izinkan...tunggu sahajalah waktunya yang pasti akan tiba... - Manjung Mari



LIHAT laporan Utusan Malaysia di bawah ini baik-baik, Muhyidin Yassin kata pemansuhan Akta Hasutan bukti Barisan Nasional kotakan janji, berani, transformasi dan sebagainya [Utusan].
Namun sebenarnya Muhyiddin Yasin ni tak tahu pun apa yang dia katakan. Dia sekadar jadi burung kakak tua mengangguk pemansuhan Akta Hasutan oleh Najib pada 11 Julai lalu [Malaysiakini].


Namun hakikatnya di hari yang sama Muhyiddin Yasin memuji diri tentang pemansuhan Akta Hasutan, Uncle Seeker dilanjutkan tahanannya di bawah akta hasutan pula sedangkan sebelum ini beliau ditahan di bawah Akta Rahsia Rasmi [OSA]

Sama juga kisahnya dengan setiausaha media Soladiriti Mahasiswa Malaysia, Ahmad Shukri Kamarudin. Beliau turut disiasat di bawah Akta Hasutan.
Anda boleh lihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana pemimpin ini menipu rakyat di depan batang hidung. Tak hairanlah 45 tahanan ISA masih dikurung dan dizalimi sehingga hari ini meskipun Najib telah mengumumkan pemansuhan ISA sebelum ini.

ReJaM© "PRU13, Rakyat harus humban pemimpin gila ini masuk ke longkang... "

Konon mansuh Akta Hasutan bukti Najib demokrat palsu – Izzah

(Oleh Aisha Geoffrey)
KUALA LUMPUR 12 Julai: Rakyat Malaysia sekali lagi disajikan ‘transformasi’ layu lagi lesu pentadbiran Perdana Menteri apabila mengumumkan pemansuhan Akta Hasutan 1948 dan bakal diganti dengan akta baru iaitu Akta Keharmonian Nasional.


Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, rekod pentadbiran Najib Razak jelas membuktikan usaha ‘transformasi’ yang tidak lain hanya helah politik untuk tidak melaksanakan reformasi politik yang telus, menyeluruh, dan dituntut segenap rakyat.


“Walaupun pemansuhan Akta Hasutan ini kelihatan positif, namun sebenarnya rekod Najib dengan terang menunjukkan beliau adalah seorang demokrat palsu,” katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai ini, salah satu contoh rekod buruk Najib ialah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 yang dimansuh dan diganti dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, yang juga sama zalim seperti ISA.


Selian itu, kata Izzah, penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2012 yang bertujuan mengekang hak rakyat berhimpun secara aman, terutama apabila Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalannya, Azmin Ali dan Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin dituduh bersalah di bawah akta ini berkaitan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.


“Akta Keterangan (Pindaan) 2012 berusaha mengekang hak rakyat untuk bersuara, terutama di media atas talian seperti blog, facebook dan twitter, malah mengguna pakai prinsip ‘bersalah hingga dibukti tidak bersalah’,” tambah beliau.


Justeru, KEADILAN menggesa Najib mansuhkan Akta Hasutan 1948 tanpa menggantikannya dengan sebarang akta yang mempunyai kuasa drakonian yang sama.


“Ibarat menggantikan tubuh badan anti-demokrasi dengan baju baru drakonian yang sama lusuh, demi membuktikan beliau seorang demokrat sejati dan bukan palsu,” sindir Izzah.


Najib juga digesa agar mewujudkan satu Jawatankuasa Khas Parlimen (JKP) yang bersifat bi-partisan untuk mengkaji secara menyeluruh Akta Keharmonian Nasional.


“JKP ini harus diberi mandat untuk membincangkan perihal perpaduan sosial dan perhubungan antara kaum,” kata Izzah. KD


Uncle Seekers ditahan semula hari ini dibawah Akta Hasutan yang Najib mansuhkan semalam..

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan dan digantikan dengan akta baharu yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional semalam.

Beliau berkata keputusan itu dibuat bagi mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamin kebebasan bersuara setiap warga Malaysia dan keperluan menangani kompleksiti kemajmukan yang wujud di negara ini.

“Dengan adanya akta baharu ini, kita akan lebih bersedia untuk menguruskan tahap kesilapan negara. Ia juga akan membantu mengukuhkan dan melindungi perpaduan negara serta memupuk keharmonian agama,” katanya pada majlis makan malam Jabatan Peguam Negara bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini - myMetro

Tetapi hari ini.. sekali lagi Najib dibuktikan bercakap tak serupa bikin atau mungkin juga cakapnya itu langsung tidak diambil peduli oleh PDRM.

Sama juga seperti ISA yang diumumkan kononnya dimansuhkan padahal masih ada lagi tangkapan dan penahanan dibawah akta tersebut.. begitu juga dengan Akta Hasutan 1948..

Semalam Uncle Seekers dibebaskan selepas siasatan terhadapnya mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 telah selesai dan kertas siasatan berkenaan kini dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya..

Bagaimanapun hari ini.. beliau ditahan semula untuk siasatan mengikut Akta Hasutan 1948 yang Najib umumkan akan dimansuhkan semalam..

Memang 'Demokrat Palsu' si Najib nih! cakap nak hapuskan tapi tidak hapuskan.. cuma tukar nama saja contohnya penggantian ISA dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan pengenalan Akta Keterangan (Pindaan) 2012... - Anak Sungai Derhaka
Polis tahan semula Uncle Seekers bawah Akta Hasutan

JOHOR BAHRU - Polis menahan semula pengkaji aktiviti paranormal Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas bagi membantu siasatan berhubung penulisan di blognya www.uncleseekers.blogspot.com yang didakwa memfitnah Sultan Johor Sultan Ibrahim, selepas tempoh remannya berakhir semalam.

Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Ismail Yatim berkata Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers ditahan semula sejurus dibebaskan dengan jaminan polis pada pukul 7 malam semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya.

Katanya dia ditahan semula untuk siasatan mengikut Akta Hasutan 1948 selepas polis menerima satu laporan daripada seorang lelaki berumur 34 tahun, 4 Julai lepas.

Polis hari ini telah mendapatkan perintah mahkamah untuk meremannya selama tiga hari sehingga Sabtu ini, katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.

"Syed Abdullah dibebaskan semalam selepas siasatan terhadapnya mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 telah selesai dan kertas siasatan berkenaan kini dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya Johor untuk tindakan lanjut.

Dia, bagaimanapun, ditahan semula selepas itu untuk siasatan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 berhubung 64 entri di dalam blog terbabit," katanya.

Ismail berkata teman wanita Syed Abdullah, yang sebelum ini turut ditahan reman telah dibebaskan semalam dengan jaminan polis.

Beliau berkata polis juga sedang menjalankan siasatan terhadap dua lagi rakan Syed Abdullah yang kini ditahan reman selepas kedua-duanya ditahan di Jalan Pantai Kundor, Tanjung Kling, Melaka, 8 Julai lepas.

Terdahulu, Syed Abdullah yang berpakaian lokap tiba di Kompleks Mahkamah Johor Baharu dengan diiringi anggota polis IPD Nusajaya kira-kira pukul 1.50 tengah hari dan dibawa keluar dari kamar mahkamah kira-kira 4 petang.

Permohonan reman dilakukan di hadapan Majistret Maslinda Selamat dan Syed Abdullah diwakili peguam D.Thiru Kumar. Syed Abdullah, 46, ditahan polis bersama wanita berumur 26 tahun terbabit di Plaza Tol Senawang, Negeri Sembilan, pada pukul 9.45 malam, 4 Julai lepas. Pada 1 Julai lepas,

30 individu membuat laporan polis terhadap Syed Abdullah berhubung penulisan dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor. - Bernama

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular