Thursday, July 12, 2012

PETRON, Arak dan Mahdey Kutty.

ASAL BUKAN UMNO, ASAL BUKAN PETRON
MAKA apabila panjang usia Mahdey Kutty maka terdirilah PETRON, syarikat minyak yang dibeli oleh anak Mahdey Kutty dengan menggunakan duit jual arak di Syarikat San Miguel di Filipina.
PETRON ini hasil dari pertukaran nama yang asalnya Esso Malaysia, maka membeli minyak di PETRON bererti berbelanja untuk anak Mahdey Kutty.

Begitulah hebatnya Mahdey Kutty mengawal negara ini setelah Najib kehilangan 'telor' sebagai pemimpin yang bukan sahaja takut untuk berdebat dengan DS Anwar, malah untuk mengawal si tua Mahdey Kutty pun beliau tidak terdaya lagi. Bala menimpa Najib kerana di rumah beliau dikawal oleh Bik Mama, di pejabat pula Mahdey Kutty memegang `remote control'nya. Sebab itulah agaknya Mahdey Kutty amat takut jika DS Anwar menjadi PM kerana akan kehilangan segala-galanya.

Paling menarik, Syarikat MAS juga `terpaksa' menandatangani perjanjian dengan PETRON pada 29 Jun yang lalu bagi membekal dan membeli bahanapi Airbus A380 syarikat penerbangan negara selama 6 bulan mulai 01 Jul yang lalu. Ertikata, dalam tempoh tersebut MAS tidak boleh membeli minyak dari syarikat lain kecuali dari PETRON iaitu syarikat anak Mahdey Kutty ini. Satu cara urus niaga yang paling bangsat demi keluarga Mahdey Kutty.

Apakah itu Sun Miguel? 
Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1860 sebagai syarikat arak terbesar di Filipina. Syarikat ini menyumbang 95 % penjualan arak di Filipina. Anak Mahdey Kutty, Mirzan telah membeli saham syarikat ini dengan harga RM 2.9 Bilion. Beliau adalah salah seorang Ahli Lembaga Pengarah syarikat menjual arak ini. Mungkin bagi Mahdey Kutty, ini lah anak beliau yang paling `Soleh'.
Dan, tahukah anda apa itu PETRON? Minyak dan gas PETRON ini dimiliki 100 % oleh San Miguel, syarikat arak tersebut. Asalnya Esso Malaysia, dibeli oleh San Miguel dengan pemilikan saham 65 %. PETRON ini telah mengambil alih syarikat Esso Malaysia Sdn Bhd, Exxon Mobil Malaysia Sdn Bhd dan Exxon Mobil Borneo Sdn Bhd.

Persoalannya, wajarkah kita membantu stesen minyak PETRON yang kini mempunyai 560 buah stesen runcit di negara ini hanya kerana ia dimiliki oleh syarikat menjual arak (San Miguel)? Apatah lagi ianya dibawah anak Mahdey Kutty yang bapanya siang malam menuduh DS Anwar itu rendah moral? Tinggi sangatkah moral jutawan arak iaitu anaknya itu? Bermoral sangatkah dengan mengenepikan syarikat lain untuk berurusniaga dengan MAS dan menaikkan syarikat anak sendiri?

Kesemua fakta yang saya sebutkan itu adalah merujuk kepada fakta yang didedahkan oleh Malaysian Insider serta akhbar Suara Keadilan yang terbaru hari ini. Marilah kita sama-sama menolak PETRON, tolak Umno/Bn yang tidak lagi mampu untuk mengawal kerakusan Mahdey Kutty dan keluarganya. Kita boikot PETRON kerana kenderaan kita boleh berjalan tanpa minyak yang diisi dari stesen tokey arak ini./wfauzdin.blogspot.com

Umno menuai berkat daripada kilang arak San Miguel

Mohd Rashidi Hassan,
11 Jul 2012

Sudah hampir sepuluh tahun Tun Dr Mahathir Mohamad bersara dari jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno. Ada orang kata buang 'dakwat' sahaja kalau hendak menulis atau mengkritik mantan PM ini.

Namun, kadang-kadang kita perlu diimbaskan kembali wajah politik Dr Mahathir, yang sehingga kini, masih mendominasi atau dictate masa depan Umno, khususnya pelbagai gesaan yang beliau lakukan terhadap PM, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

Walaupun usianya sudah lanjut, tetapi sehingga hari ini Dr Mahathir masih aktif berpolitik, mengeluarkan kenyataan politik dan menghentam Pakatan Rakyat.

Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim sering menjadi sasarannya. Nampak jelas mantan Presiden Umno itu sangat berjaki dengan Anwar.

Baru-baru ini beliau terus menyerang Anwar dan menggesa Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bersara daripada politik.

"Ada pemberita tanya, Dr Mahathir suruh berhenti sekarang. Saya kata tak apalah. Yang itu biar saya dengan rakyat. Kamu Dr Mahathir, duduk diam-diam. Jaga syarikat anak kamu yang berpuluh bilion ringgit. Kalau kamu pemimpin bersih, malu tahu tak, malu! Seorang pemimpin, puluh bilion kekayaan anak-anaknya," tegas Anwar dalam ceramahnya di Selayang, baru ini.

Anwar mempersoalkan mengapa Dr Mahathir terlalu marah kepadanya. Sedangkan selama ini, beliau tidak pernah mengacau dan telah pun memaafkan bekas PM tersebut.

"Sudahlah. Yang kena pukul saya, Mahathir, bukan kamu. Yang kena penjara saya, yang kena telanjang saya. Sudahlah, saya dah maafkan.

"(Tetapi) yang kamu takut ini apa? Rupanya, dia takut saya nak rampas harta dia dan anak pinak dia," katanya sambil mengimbau detik-detik perselisihan beliau dengan Dr Mahathir sebelum dipecat daripada kerajaan pada September 1998.

Ramai kalangan rakyat Malaysia yang dibutakan dengan fakta. Mereka digelapkan daripada mengetahui kekayaan Dr Mahathir anak-beranak. Kita tidak menuduh beliau kaki rasuah, namun sewaktu beliau masih menjadi PM lagi, anak-anaknya didapati menguasai lebih 160 buah syarikat, mengikut dokumen daripada Pendaftar Syarikat.

Apa yang disebutkan Anwar harus dibongkar. Bagaimana mereka sekeluarga boleh memperolehi kekayaan mencecah puluhan bilion ringgit? Ini tidak harus kita diamkan.

Apa pun, Dr Mahathir adalah seorang pemimpin yang berjaya membangunkan negara. Beliau juga berjaya mendidik anak-anaknya, supaya berjaya dalam politik dan perniagaan.

Dr Mahathir adalah bapa mithali. Seorang bekas PM yang hebat dan bekas Presiden Umno yang berjaya. Beliau berjaya kerana beliau dan anak-anaknya menguasai konglomerat terbesar.

Bukan sahaja di Malaysia. Khabarnya kekayaan mereka meliputi Filipina sehingga ke Buenos Aires, Argentina. Kita tidak tahu sama ada syarikat yang dikuasai mereka, meliputi negara-negara bekas jajahan Soviet Union seperti Kyrgyzstan, Kazakhstan dan lain-lain.

Justeru, seluruh anggota dan pemimpin Umno harus mengambil contoh kejayaan Dr Mahathir, anaknya Mirzan, Mokhzani dan Mukhriz.

Anak sulungnya, Mirzan membuktikan bahawa beliau adalah Bumiputera yang berjaya, hasil didikan Umno. Beliau adalah intipati daripada profesional yang berjaya, hasil doktrin perjuangan kebangsaan Melayu Umno.

Mana tidaknya. Bukan senang orang Melayu hendak berjaya dalam perniagaan. Bukan senang kaum Bumiputera, anak seorang pemimpin Islam boleh menguasai syarikat yang bertaraf antarabangsa.

Seorang lagi anak Mahathir, Mokhzani, bekas bendahari Pemuda Umno adalah pemilik Kencana Petroleum. Kencana merupakan salah sebuah dari tujuh syarikat yang mendapat lesen menggali minyak daripada Petronas. Bapanya, merupakan Pengerusi Petronas. Ada sumber memberitahu kekayaan Mokhzani, hasil daripada syarikat minyaknya, mencecah RM1.6 bilion.

Anak bongsunya, Dato' Mukhriz, walaupun kerjaya politik tidak seberapa, bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda Umno pun kalah, tetapi dilantik menjadi timbalan menteri. Sekarang ini, beliau mencadangkan Mukhriz menjadi antara bakal calon Menteri Besar Kedah. Itu pun jika BN menang, kalau BN melingkup, tiada ada apa hendak dikata lagi.

Bercerita tentang kehebatan Mirzan. Beliau sebelum ini, menguasai syarikat antarabangsa Filipina, San Miguel Corporation, yang juga pemilik syarikat San Miguel Brewery Inc, pembekal dan pengedar minuman arak yang terbesar di negara tersebut.

San Miguel Brewery menguasai 95 peratus pasaran arak Filipina. Syarikat yang sudah mencecah satu abad itu, difahamkan turut mempunyai kilang arak serta kepentingan di China, Indonesia, Vietnam, Thailand dan Malaysia. Menurut laman web San Miguel, ia mempunyai pasaran 60 buah negara di seluruh dunia.

Walaupun San Miguel turut terbabit dalam beberapa bidang perniagaan lain, tetapi yang jelas penglibatan Mirzan, selaku anak kepada bekas PM, anak bekas Presiden Umno yang beragama Islam, yang partinya mendakwa parti Islam terbesar dalam Malaysia, mencetuskan banyak persoalan.

Hari ini rakyat Malaysia mempersoalkan pula, bagaimana Mirzan melalui San Miguel berjaya menguasai syarikat minyak Esso Malaysia. Esso kemudiannya menukar nama kepada Petron dan Petron diberi kontrak untuk membekalkan minyak kepada Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

MAS sebelum ini mendakwa mengalami kerugian, kerana terpaksa menanggung kos bahan api yang dibekalkan oleh Petronas, dan Dr Mahathir selaku Pengerusi Petronas.

Esso sudah 'direbranded' sebagai Petron selepas syarikat asal dari Filipina, Petron Corp yang merupakan sebahagian daripada syarikat milik konglomerat San Miguel menjadi pemegang saham terbesar Esso Malaysia dengan pegangan saham sebanyak 73.4 peratus.

Apa yang jelas hari ini, Putrajaya yang dipimpin Najib begitu membisu dengan penguasaan ekonomi yang semakin rancak oleh anak-beranak Dr Mahathir. Yang jelas, mereka semakin mendominasi ekonomi negara. Penuh dengan 'conflict of interest.'

Kita menggesa Putrajaya untuk memberi penjelasan bagaimana syarikat-syarikat yang merupakan aset penting negara, boleh dikuasai oleh entiti asing dengan harga belian di bawah harga pasaran sebenar.

Seperti yang ditegaskan Anwar, Najib harus membuat penjelasan kepada rakyat, mengapa semua urusniaga yang membabitkan Petronas, MAS, Petron dan sebagainya, dilakukan untuk kepentingan Dr Mahathir anak-beranak?

Bagi Dr Mahathir, beliau anak-beranak, boleh tersenyum bangga kerana mereka merupakan Bumiputera yang berjaya dalam perniagaan, dengan nilai syarikat-syarikat besar yang mereka kuasai mencecah puluhan bilion ringgit.

Tetapi bagi rakyat, kami tidak akan berpuas hati. Kami tidak akan meredai harta milik negara diserahkan kepada syarikat kroni pemimpin Umno. Harta rakyat bukan harta yang mudah-mudah hendak dibidak-bidak pemimpin Umno anak-beranak.

Justeru kita menuntut Putrajaya memberi penjelasan segera. Kita juga menuntut Dr Mahathir dipecat daripada Petronas kerana pelbagai kepentingan negara diraih beliau anak-beranak. Negara akan musnah jika pemimpin Umno dibiarkan untuk bebas sebegini.

Kayalah kamu, mewahlah hidup kamu wahai pemimpin Umno! Itulah berkat daripada kilang arak San Miguel! Berkat dari perjuangan kebangsaan, tanpa mengira halal haram. Meminjam kata Najib di Felda tempohari, memang 'haram jadah'! -  MOUNTDWELLER

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular