Tuesday, July 10, 2012

"Imam Mahadi" Mengamuk DiPutra Jaya - Cara halus fitnah PAS dari UTUSAN MELOYA +Video


PELIK TAPI BENAR - MENGAPA MEREKA MENGAMUK SAKAN?


KELAKAR tapi serius kes ini. Mengapa dia mengamuk kat Putrajaya hanya berbekalkan pedang? Jika benar seperti didakwa kononnya mereka mengamuk untuk `jatuh'kan kerajaan, bukankah senjata paling berkesan dan efektif hanyalah dengan menggunakan botol air mineral dan tuala good morning saja?  Tidak percaya, cuba tanya Nazri Aziz.

Mengapa dia mengamuk? Mungkinkah kerana dia marah tidak dapat BR1M? Atau tidak dapat tayar teksi percuma? Tidak mustahil dia mengamuk kerana masih belum terima duit saham felda kot? Kemungkinan besar juga dia mengamuk kerana mahu Najib berdebat dengan Anwar.

Apa pun, peristiwa ini mengingatkan kita peristiwa Sauk tahun 2000 dulu. Kisahnya berkisar tentang kononnya geng-geng Al-Maunah mahu lawan Agong.  Berakhir di Bukit Jenalik. Menyerah diri dengan pedang di tangan masing-masing walaupun dikatakan telah berjaya merampas senjata canggih dari dua kem tentera di Grik. Tapi, pedang juga yang digunakan. Ramai geng Al-Maunah yang terlibat, tetapi berapa orang yang digantung mati? Pelik, tapi benar./wfauzdin.blogspot.com


NI  DARI FB POLIS KL.
Pada 9/07/2012 jam l/kurang 1430 hrs bertempat di JPM KOMPLEKS B PUTRAJAYA Saspek seorang lelaki dan seorang perempuan telah mengamuk di luar perkarangan JPM dengan melibaskan pedang samurai.mereka berdua menuju ke pos pengawal dan telah dihalang oleh polis bantuan.saspek lelaki telah meletakkan pedang samurai di leher SM polis bantuan di mana polis bantuan tersebut terpaksa membenarkan mereka masuk.bila berada di dalam perkarangan kompleks B kedua-dua saspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kerta HYUNDAI ACCENT Dan PERODUA KANCIL milik kakitangan JPM.anggota cawangan pencegahan jenayah sampai di tempat kejadian setelah terima maklumat darinpusat kawalan daerah polis putrajaya.apabila sampai di sana nampak kedua-dua suspek dengan pedang samurai.anggota cawangan pencegahan jenayah telah kenalkan diri sebagai polis dan terus diserang oleh kedua-dua saspek dengan pedang samurai.kereta pasukan mengalami kerosakan di mana cermin hadapan kereta pecah.anggota MPV sampai dan cuba membantu untuk tahan saspek.anggota MPV juga diserang dengan jarak yang dekat oleh saspek menggunakan pedang samurai dan seorang anggota MPV telah melepaskan tiga das tembakan.kedua-dua saspek telah dibawa ke hospital PUTRAJAYA dapati saspek lelaki telah terkena tembakan di tangan kanan dan bahagian ari-ari manakala saspek perempuan terkena tembakan pada paha kanan.saspek lelaki telah meninggal di hospital.siasatan awal dapati saspektelah menggelarkan dirinya sebagai 'IMAM MAHADI ' manakala saspek perempuan masih menerima rawatan di hospital PUTRAJAYA.-sumber fb poliskl - biaqpila

"IMAM MAHADI' Mengamuk Rupanya Seorang BLOGGER!
Lelaki yang menyerbu pejabat JPM dan cuba menyerang orang ramai dengan pedang samurai di JPM rupanya seorang Penulis Blog Jaya Negara. Allahyarham sempat menulis entri terakhir tentang hidup dan mati. (Baca di sini...)

Mengikut kenyataan polis, lelaki ini mengangkat dirinya sebagai Imam Mahadi. Tak dapat dipastikan sama ada dia ni penyokong mana-mana parti sebab dari blognya itu tidak digambarkan ideologi politiknya. Pas pun dia bantai, Najib pun dia bedal. Tapi dia banyak bercakap mengenai ketuhanan,

Nama sebenar lelaki tersebut ialah Khalil Afandi Hamid 47 tahun, seoarang penganggur manakala temanitanya bekas pelajar UIA berusia 28 tahun. Lelaki tersebut disahkan meninggal dunia kira-kira 15 minit dimasukkan ke hospital berkenaan, manakala suspek wanita masih menerima rawatan dan dilaporkan dalam keadaan stabil. - Laksamana Bukit Bintang

Polis gagalkan cubaan amuk
PUTRAJAYA 9 Julai - Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini, kecoh apabila seorang lelaki dan wanita dikatakan mengamuk sambil melibas pedang samurai sehingga menyebabkan orang ramai dan penjawat awam lari bertempiaran menyelamatkan diri.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, dalam kejadian pukul 2.30 petang itu, kedua-dua suspek berjumpa anggota polis bantuan yang mengawal pintu masuk kompleks itu untuk meminta kebenaran masuk ke pejabat Perdana Menteri.

“Apabila tidak dibenarkan, dengan tiba-tiba lelaki yang mengaku sebagai Imam Mahadi itu mengeluarkan pedang samurai sebelum mengacukan kepada anggota polis bantuan bertugas.
“Kedua-dua mereka terus bergerak sehingga ke kawasan blok B1 sebelum mengamuk dengan memecahkan cermin beberapa kereta yang berdekatan dengan blok itu," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Utusan Malaysia difahamkan, lelaki yang tidak berbaju itu dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan bertakbir beberapa kali.


Kejadian itu menyebabkan orang ramai dan penjawat awam tidak dapat memasuki bangunan tersebut apabila pintu pagarnya ditutup oleh pihak polis bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

Serentak itu, Chin Wah berkata, sepasukan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya dikejarkan ke tempat kejadian.
“Anggota-anggota MPV yang sampai cuba memujuk, tetapi diserang oleh kedua-dua suspek dan mereka kemudian ditembak oleh anggota polis berkenaan.

“Suspek perempuan cedera di paha kanan manakala lelaki pula di bahagian tangan dan ari-ari bahagian kiri," katanya.
Beliau berkata, kedua-dua suspek ditangkap dan dihantar ke hospital untuk rawatan dan butir-butir suspek serta motif kejadian dalam siasatan.

“Suspek lelaki disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid pada sidang akhbar di pejabatnya berkata, berdasarkan maklumat awal, mangsa dikenali sebagai Khalil Afandi Hamid, 47, manakala suspek wanita adalah Muhdalina Ahmad, 28.

Katanya, kedua-dua suspek yang menganggur itu dikatakan mengenali satu sama lain sejak seminggu lalu dan Muhdalina adalah bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
“Kami juga dimaklumkan bahawa lelaki terbabit memiliki seorang anak manakala suspek perempuan mempunyai dua anak," katanya.

Ketika ditanya adakah kedua-dua suspek mempunyai kaitan dengan jaringan pengganas, beliau berkata, perkara itu masih dalam siasatan polis.
“Begitu juga dengan dakwaan suspek adalah seorang penulis blog yang dikatakan mengutuk pihak berkuasa," katanya.-Utusan

Lihat pula laporan daripada Sinar Harian, langsung tidak menyebut lelaki itu mahu menggulingkan kerajaan ataupun melaungkan takbir.


PUTRAJAYA - Menggelar dirinya 'Imam Mahadi', seorang lelaki bersama seorang wanita bersenjatakan pedang samurai mengamuk di pekarangan kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum menyerang polis bantuan untuk memasuki kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, dalam kejadian jam 2.30 petang tadi, kedua-dua suspek menuju ke pos pengawal keselamatan sebelum dihalang oleh polis bantuan.

Bagaimanapun suspek lelaki meletakkan pedang samurai di leher polis tersebut.

Menurutnya, polis bantuan yang bertugas terpaksa membenarkan kedua-dua suspek dan ketida berada di Kompleks B, suspek telah melibas pedang dan merosakkan dua cermin kereta jenis Hyundai Accent dan Perodua Kancil milik kakitangan JPM.

"Setelah menerima maklumat dari Pusat Kawalan,anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) sampai di tempat kejadian dan memperkenalkan diri sebagai polis, namun turut diserang oleh kedua-dua suspek guna pedang samurai.

"Anggota Cawangan Kereta Peronda (MPV) sampai untuk bagi bantuan turut diserang dari jarak dekat sebelum salah seorang anggota melepaskan tiga das tembakan mengenai kedua-dua suspek," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini lewat petang ini.

Abdul Razak berkata, suspek lelaki yang juga penganggur berasal dari Petaling Jaya berumur 47 tahun cedera terkena dua das tembakan di bahagian bawah perut (ari-ari) dan tangan kanan manakala suspek wanita juga seorang penganggur, berumur 28 tahun, cedera terkena tembakan di paha kanan.

"Suspek lelaki meninggal di hospital manakala suspek wanita menerima rawatan di Hospital Putrajaya dan dilaporkan stabil.

"Hasil siasatan awal mendapati suspek lelaki berkenaan mengaku dirinya 'Imam Mahadi'," katanya.

Menurut Abdul Razak, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada suami suspek, isterinya yang juga bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia baru seminggu mengenali suspek lelaki berkenaan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, cubaan membunuh polis," katanya [Sinar Harian]

source: Milosuam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular