Friday, July 13, 2012

Gara2 Ketua cybertrooper UMNO, bekas mufti mula menentang UMNO +Video

Image
Adakah sekarang ini Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan mula memerangi UMNO? Adakah wadah politik akan diceburi oleh bekas mufti ini?

Dua print screen dari tweeter Dr. Asri Zainal Abidin menceritakan segala-galanya. Bertitik tolak dari tweet Tun Faisal ini, mungkin menjadi punca kepada Dr. Asri keluarkan kenyataan terbuka dalam tweeternya untuk menentang Umno.

Dr Asri kata pencacai Umno berjaya bangkitkan semangat untuk menentang Umno


Hari ni tak tau nak tulih apa dok round tengok berita ja. Baca dalam The Malaysian insider Raja boleh dikritik kata bekas mufti. Dalam laporan tu Dr Asri bekas mufti Perlis kata ;

Dr Asri menulis di laman sosial Twitter tentang insiden Syed Abdullah Hussien Al-Attas — lebih dikenali dengan nama Uncle Seekers di blognya — kini disiasat polis kerana memalukan Sultan Johor, berkaitan dengan kritikannya bekas mufti Perlis itu terhadap ketidakseimbangan kuasa.


“Uncle seeker hendaklah dibawa ke mahkamah dan dibicara dgn adil segala dakwaannya. Rakyat ingin melihat keadilan ditegakkan “ kata Dr Asri.


Uncle Seekers bukanlah insiden pertama kerana sebelum itu, pemimpin popular yang juga ahli parlimen dan adun, Datuk Seri Nizar Jamaluddin turut disiasat dibawah akta hasutan kerana mengkritik Sultan Johor yang membeli nombor pendaftaran WWW1 dengan harga RM520,000 Mei lalu.


Pemimpin pemuda Umno, Tun Faisal Ismail Aziz, yang mengetuai Unit Media Baru (UMB) parti tersebut, terus menjawab tulisan Dr Asri itu di laman sosial Twitter.


“Blogger Pas mengamuk akibat dengar ceramah yang halalkan pemimpin diguling dengan mata pedang?” tulis Tun Faisal melalui akaun Twitternya @tunfaisal.


Tulisan Tun Faisal itu terus dijawab oleh Dr Asri — sebelum ini cuba dipancing oleh PAS untuk menyertai parti tersebut, tetapi intelektual Islam itu masih kekal bebas dari sebarang parti politik.


“Bala bagi UMNO jika org spt @tunfaisal ini menduduki kepimpinan.
“Rakyat tdk membenci UMNO ttp mmbenci perangai sstengah org/pemimpin UMNO. Mrklah yg mnyuburkn kbencian ramai pd parti trsebut,”
jawab Dr Asri. Baca SINI.

Cuba tengok kes mengamuk di Putrajaya tu pencacai Umno tuduh kata orang Pas ,saja-saja nak burukkan PAS sedangkan pihak polis kata dua orang tu bertindak sendirian.Nasibla kalau jadi pencacai yang makan upah buat kerja ikut kehendak Umno bukan ikut akal yang sihat. Tambah Dr Asri lagi dalam twitternya. - MISAI MERAH


Ini dia kicauan Dr Maza dalam membalas kicauan Tun Faisal - Pengerusi Unit Media Baru UMNO

Dengan kenyataan terbuka Dr. Asri ini membuatkan Umno makin menggeletar untuk berhadapan dengan kebangkitan rakyat yang semakin tak sabar untuk menumbangkan Umno BN pada PRU 13 yang semakin tiba.

Dr. Asri, saya percaya semua penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat akan menyokong kenyataan Dr. Asri ini. Umno patut diajar. -  Dari Perantauan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular