Tuesday, April 3, 2012

Oiit Najib!!! Idris Jala dah sah kan hang "PEMANDU" yg "MERBAHAYA"

NAJIB AKUI RAKYAT AKAN HUKUM BN PADA PRU 13
Ingatkan Najib benar-benar yakin BN akan menang besar pada PRU 13 nanti. Rupa-rupanya Ah Jib Gor takut dan bimbang rakyat akan menghukum BN dengan menolak BN dari Putra Jaya.

Sebab nada ucapan Najib malam ini membuktikan beliau takut hilang kuasa dan takut dihadapkan ke muka pengadilan.

Anak Tun Razak itu berkata bagi memastikan Malaysia dapat mencapai status negara maju dalam tempoh lapan tahun akan datang, negara memerlukan "pemandu yang cekap supaya dapat menggabung jalinkan segala faktor yang ada bagi memastikan kenderaan tiba ke destinasinya pada masa yang ditentukan dengan selamat."

"Oleh itu, janganlah kita bereksperimen untuk menukar pemandu yang telah terbukti kebolehannya, di tengah-tengah jalan, untuk digantikan dengan pemandu yang diragui dan berbahaya," katanya.

Perdana menteri mengingat demikian semasa membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) & Program Transformasi Ekonomi (ETP) 2011 di Angkasapuri malam ini. Ia turut disiarkan secara langsung di saluran RTM1.

Namun kena sedar dan harus sedar bahawa jika beliau dan BN terus dibenarkan memegang tampuk kuasa lambat laun negara ini akan bangkrap. Sebagaimana telahan yang dibuat oleh Menteri Najib sendiri, Idris Jala bahawa Malaysia akan bangkrap pada 2019. Malah agensi ekonomi kerajaan, MIER meramalkan negara akan bangkrap pada 2015. Baca SINI dan SINI
hutang malaysia Hutang Malaysia 100% KDNK Menjelang 2019. Sila Kurangkan Kakitangan Awam!!
Mana tak bangkrapnya tuan-tuan, kerajaan ada begitu boros, rasuah membarah, duit tiris sana tiris sini, hutang kroni dilupuskan (contoh RM589juta Tajuddin Ramli dilupuskan; RM250juta duit NFC hangus begitu sahaja tanpa diganti) ...........rakyat mesti bangkit tolak BN pada PRU 13 nanti ...............

APABILA NAJIB SURUH JANGAN TUKAR PEMANDU YANG MABUK

SEMALAM Najib pun berucap di dalam TV. Di antara kata-kata Najib adalah "Bagi memastikan Malaysia mencapai status negara maju dalam tempoh lapan tahun akan datang, maka janganlah bereksperimen untuk menukar pemandu yang telah terbukti kebolehannya, di tengah-tengah jalan, untuk digantikan dengan pemandu yang diragui dan berbahaya".

Wahai Najib, elok benar lah tukar pemandu yang sudah beberapa kali asyik minta maaf je. Salah bawa, sesat merata-rata, langgar tembok, terbalik, terpukang kereta, minta maaf dengan penumpang. Kemudian buat lagi dengan memandu macam orang mabuk todi, minta maaf lagi. Sudah lah camtu, memandu semakin lama semakin mengundur ke belakang. Orang lain memandu ke hadapan. Lagi teruk, pemandu yang bawa bini dia duduk sekali atas riba pegang steering.....Bini dia pula yang lebih memandu, parah lah!!
Jadi sampai bila penumpang mahu dengar permohonan maaf dari pemandu yang mabuk? Sebelum semua penumpang mati masuk gaung oleh kerana mabuk kamu, lebih baik kita tukar pemandu. Apatah lagi pemandu baru itu sudah terbukti berjaya memandu dengan cermat, berdisiplin dan berhemah ketika memandu kenderaan di Selangor, Kedah, P.Pinang dan Kelantan. Takkan nak ambil pemandu seperti Khir Toyo atau spesis seperti Kak Ijat lembu?Nak ambil pemandu seperti Mat Said Terengganu? Stadium pun runtuh dilanggarnya!!/wfauzdin.blogspot.com

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/04/oiit-najib-idris-jala-dah-sah-kan-hang.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular