Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]
2. Ini adalah kerana sememangnya terbukti dalam banyak kes parti politik UMNO dan para pendokongnya berpolitik untuk mengekalkan kuasa menerajui pemerintahan negara adalah TIDAK mengendahkan pengajaran Al-Qur’an; iaitu mereka berpolitik adalah mengikut acuan politik Machiavelli yang dasarnya adalah “matlamat menghalalkan cara”.
3. Memang dasar tersembunyi parti politik mereka adalah jenis tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an, maka mereka tidak akan ambil peduli walau pun diberikan nasihat dan dakwah banyak mana sekali pun. Cakaplah bab kewajipan supaya ditegakkan hudud dijadikan undang-undang; lagi banyak dicakapkan lagi banyak mereka mencari dan membuat daleh supaya hukum Allah itu tidak dimertabatkan. Hal ini adalah jelas di fb, dilakukan oleh pencacai UMNO dengan memberikan pelbagai alasan dan dalih yang disuarakan oleh teman rapat mereka yang tidak renggang drpd mereka itu, iaitu syaitan.
4. Kenapakah mereka begitu?.... Jawapannya ada dalam Firman Allah Ayat 36 Surah Al-Zukhruf itu. Mereka adalah produk iaitu hasil dari akibat tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an bila berpolitik.
5. Bukan senang untuk mereka berubah kembali kepada mengendahkan pengajaran Al-Qur’an dalam berpolitik mereka, kerana Allah SWT sudah pun jelaskan iaitu “Syaitan tu temannya yang tidak renggang daripadanya."... walau pun mereka itu beragama adalah Islam.
6. Pada zaman Rasulullah s.a.w. pun sudah ada golongan seperti mereka itu yang diketuai oleh Abdullah Ubai. Walau pun Abdullah Ubai dan para pengikutnya itu beragama Islam, kenapa Rasulullah s.a.w. perintahkan masjid yang Abdullah Ubai itu bina dimusnahkan?... Ini membuktikan bahawa tidak semestinya mereka itu beragama Islam bahawa hati dan minda mereka mahu memertabatkan Islam; iaitu mahu memertabtakn SEMUA hukum Allah.
Contohnya UMNO, bab hudud mereka besikap seperti sikap Abdullah Ubai. UMNO dan para pemimpinya, malah para penyokongnya juga mengaku bahawa hudud itu hukum Allah tetapi pada masa yang sama bila diminta dilaksanakan (kerana mereka di pihak yang berkuasa menerajui pemerintahah negara), jawapannya adalah seperti kenyataan yang Najib kata dalam youtube…
7. Pada zaman Rasulullah s.a.w. apakah Baginda tidak menyeru dan tidak menyampaikan dakwah Baginda?.... Sudah pasti sebagai Rasulullah s.a.w. Baginda telah melaksanakannya terhadap kaum munafik itu. Tidak berkesan sebab Abdullah Ubai dan para pengikutnya itu mengaku bahawa mereka juga beragama Islam tetapi tidak mahu mengendahkan pengajaran Al-Qur’an, yang akibatnya Allah Sediakan kepada mereka syaitan untuk menjadi teman yang tidak renggang daripada diri mereka.
8. Samalah juga dengan UMNO dan para penyokongnya. Di fb bila ditanya apakah mereka suka hudud dijadikan undang-undang di Malaysia, mereka tidak jawab. Kenapa mereka tidak jawab?.... Mereka tidak jawab kerana mereka tidak mahu diri mereka dianggap oleh para pembaca sebagai golongan yang tidak Islamik. Mereka diam tidak menjawab kerana dasar politik yang tersembunyi (hidden political principle) mereka memang tidak mahu hudud dijadikan undang-undang di Malaysia. Kalau mereka jawab pun mereka tanya balik kenapa PAS tidak lebih dulu laksanakan hudud?... Jawapan yang seolah-olahnya bagi mereka hudud adalah PAS yang hendak sangat, dan bagi mereka tanpa hudud pun tidak mengapa.
9. Kenapa mereka begitu?... Ini membuktikan mereka adalah golongan yang tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an. Jika mereka mengendahkan pengajaran Al-Qur’an sudah tentulah mereka menemui Firman Allah SWT ini:
Firman Allah SWT.:
كُلُّ ذَٰلِكَ كَانَ سَيِّئُهُ عِندَ رَبِّكَ مَكْرُوهًا
Yang maksudnya:
"Tiap-tiap satu Perintah itu, menyalahinya adalah satu kejahatan yang dibenci di sisi Tuhan-mu." [Al-Israa' 38]
[Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN Kepada Pengertian Al-Qur’an, Bhg. Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cit. Ke 6, ms. 686].
10. Jawapan mereka itu adalah jawapan dari minda yang tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an, iaitu Ayat 38 dalam Surah Al-Israa’ itu.
11. Bagaimanakah hendak menghadapi mereka yang tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an itu sedangkan mereka mempunyai kuasa politik menerajui pemerintahan negara?.... Teruskanlah berdakwah?... Teruskanlah.
Persoalannya ialah mahukan syaitan yang tidak renggang dari mereka itu meninggalkan diri mereka?... Terhadap Abdullah Ubai dan para pengikutnya Rasulullah s.a.w. juga berdakwah. Tidak berkesan juga hinggakan sampai Abdullah Ubai itu mati pun syaitan tidak mahu renggang daripadanya. Maka Allah s.a.w. Turunkan Firman iaitu:
Firman Allah SWT:
وَلَا تُصَلِّ عَلَىٰ أَحَدٍ مِّنْهُم مَّاتَ أَبَدًا وَلَا تَقُمْ عَلَىٰ قَبْرِهِ ۖ إِنَّهُمْ كَفَرُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَاتُوا وَهُمْ فَاسِقُونَ
yang maksudnya:
"Dan janganlah engkau solatkan seorang pun yang mati dari orang-orang munafik itu selama-lamanya dan janganlah engkau berada di (tepi) kuburnya, kerana sesungguhnya mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya dan mereka mati sedang mereka dalam keadaan fasik (derhaka)." [At-Taubah : 84.]
12. Mengenai munafik
13. Mereka mencanangkan mereka juga memperjuangkan Islam, mendirikan masjid itu dan ini untuk membuktikan mereka juga adalah pejuang bagi memertabatkan agama tetapi mereka tetap juga tidak mengendahkan pengajaran Al-Quran dalam bab hudud. Samalah juga, Abdullah Ubai juga mendirikan masjid kononnya sebagai memertabatkan agama Islam.... Cuba kaji kenapa Rasulullah s.a.w. perintah masjid yang dibina oleh Abdullah Ubai itu dimusnahkan.
14. Abdullah Ubai mendirikan masjid sebagai lambang kuasa politik bagi diri dan para pengikutnya untuk menentang kuasa politik Rasulullah s.a.w. dan masjid tersebut adalah sebagai kuasa politik bagi Abdullah Ubai. Itulah sebabnya Rasulullah s.a.w. perintah masjid tersebut dimusnahkan iaitu sebagai memusnahkan kuasa politik Abdullah Ubai dan para pengikutnya.
15. Di Malaysia?.... Jika di zaman Rasulullah s.a.w. masjid yang dibina oleh Abdullah Ubai adalah lambang kuasa politik Abdullah Ubai dan para pengikutnya, maka di Malaysia kuasa politik itu adalah dilambangkan oleh parti UMNO. UMNO = Masjid Abdullah Ubai. Binalah banyak mana pun masjid namun hukum-hukum Allah bukanlah keutamaan bagi mereka dan Najib pun sudah isytiharkan hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia.
16. Di Zaman Rasulullah s.a.w. masjid Abdullah Ubai itu mudah saja dimusnahkan kerana Rasulullah s.a.w. mempunyai kuasa politik untuk memerintahkan masjid itu ditumbang dan dimusnahkan. Di Malaysia sekarang, hanya melalui pilihanraya saja yang ada dari segi yang dibenarkan oleh undang-undang negara sebagai cara untuk mengambil alih kuasa politik sekular yang dimiliki oleh UMNO itu bagi ditukarkan kepada politik Islamik.
17. PRU-13 itu sendiri nanti ia adalah kuasa YDPA yang memerintahkan rakayat boleh memilih sama ada hendak mengambil alih kuasa politik UMNO itu atau rakyat mahu memberi UMNO terus memiliki kuasa politik itu hingga ke PRU-14... Itulah tujuannya pilihanraya diadakan, iaitu rakyat boleh mengambil alih kuasa politik UMNO yang kini menerajui pemerintahan negara.
18. Sudah tahu bahawa kuasa politik UMNO adalah jenis yang tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an, maka terimalah padahnya jika diberikan juga UMNO/BN yang akan memenangi PRU-13 nanti yang akibatnya membolehkan UMNO/BN terus memiliki kuasa politik bagi menerajui pemerintahan negara. Antara padahnya terimalah budaya rasuah yang akan menjadi semakin hebat sampaikan Ketua Menteri pun ada dilaporkan kepada pihak polis melakukan rasuah... klik di sini.. Mengikut ajaran Islam pengamal rasuah adalah dilaknat …. klik di sini.
19.
Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]
[Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan [ke-6, hal. 1307-1308].
20. Sesungguhnya maha benar Firman Allah di Ayat 36 dalam Surah Al-Zukhruf itu. Akibat UMNO berpolitik mengikut acuan politik Machiavelli dan berpolitik dengan tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an maka Allah SWT telah mengadakan dan terus mengadakan syaitan menjadi temannya yang tidak renggang daripada UMNO (para pemimpinnya, ahli-ahlinya dan juga para penyokongnya). Maka oleh kerana tidak renggangnya syaitan itu daripada para pemimpinnya, ahli-ahlinya dan juga para penyokongnya, itulah sebabnya menjadi amat sukar bagi mereka mahu menerima hakikat bahawa UMNO adalah sebuah parti politik yang Allah SWT telah sediakan syaitan kepada UMNO (para pemimpinnya, ahli-ahlinya dan juga para penyokongnya) itu.
21. Walau pun telah diberikan nas dan dalil iaitu mengikut Al-Qur’an dan hadis untuk dirujuk, namun amat sukar bagi UMNO (para pemimpinnya, ahli-ahlinya dan juga para penyokongnya) itu mahu menerimanya dan amat sukar bagi para pemimpinnya, ahli-ahlinya dan juga para penyokongnya itu boleh melepaskan UMNO sebagai wadah politik bagi diri mereka.
22. Maka dengan sebab itulah walau pun manusia itu melakukan perbuatan syirik dan melakukan kezaliman terhadap Allah SWT namun mereka tetap menyokongnya asalkan manusia itu adalah pemimpin UMNO. Contohnya Najib melaksanakan upacara meletakkan kalung bunga di tugu negara... klik di sini.
Pada halnya Majlis Fatwa Kebangsaan telah memfatwakan bahawa meletak kalung bunga itu adalah syirik... klik di sini. Dengan sebab itu berhati-hatilah memilih pemimpin… klik di sini.
23. Sejarah telah membuktikan bahawa ramai pemimpin UMNO yang diheret ke mahkamah kerana melibatkan diri dengan rasuah dan menyalahguna kuasa akibat tidak memelihara dan menjaga amanah. Apabila tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an maka itulah yang menyebabkan tidak henti-hentinya di kalangan pemimpin UMNO itu melakukan rasuh.
24. Dari perspektif Islam siapakah mereka?
Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: “Seberat-berat agama ialah memelihara amanah, sesungguhnya tidak beragama seseorang yang tidak menjaga amanah, bahkan tidak diterima sholat dan zakatnya.” [Hadis Riwayat Al-Bazar].
http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/04/apa-dan-siapakah-umno-dari-perspektif.html
No comments:
Post a Comment