Thursday, April 5, 2012

Wabak yang ada pada UMNO dah berjankit pada MIC pulak,,, ayoyo ma,, ayoyo pa


Sejak bila Parti MIC jadi perampas tanah kaum India..
Selalunya paling popular parti UMNO yang terlampau baik hati menjaga kebajikan orang melayu, terkini Flat Kampong Kerinci kena runtuh, berapa ramai ahli yang menginap di flat tersebut,, ada UMNO ambik kisah...

Nmun kini wabak yang ada pada UMNO dah berjangkit pada parti sekutu kuatnya MIC pulak,,, apa ceita ni,, tanah sekolah Tamil pun depa rampas habis,, ayoyo ma,, ayoyo pa... - Manjungmari

Rampas Tanah Sekolah Effingham, Penduduk Mahu Sesi Dialog
Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

KUALA LUMPUR: Kesal dengan tindakan MIC yang didakwa merampas tiga ekar tanah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (T) Effingham, badan bertindak Return Effingham Land Action Team (Reflax) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu pada Rabu menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri di Parlimen.

Memorandum yang diserahkan kepada pegawai Jabatan Perdana Menteri bagi menuntut satu dialog antara MIC bagi mendesak parti itu memulangkan semula sebahagian daripada enam ekar tanah rizab pendidikan yang sepatutnya milik sekolah itu di Bandar Utama, Petaling Jaya.

Difahamkan, lot 28814 seluas enam ekar dipecah dua kepada lot 50222 yang dimiliki Sekolah Effingham, manakala bakinya dirampas atas nama Presidennya ketika itu, Samy Vellu untuk membina bangunan Ibu Pejabat MIC.

Pengerusi Reflax G Manivanan berkata pihaknya telah pun mengemukakan surat kepada Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel pada 22 Mac lalu namun gagal mendapat respon.

"Sekolah Effingham hanya ada padang 75m, bilik guru yang sempit, kantin yang kecil sehingga terpaksa adakan waktu rehat dua sesi, tiada gelanggang sukan kerana kawasan sekolah tak cukup luas.

"Kita minta MIC tolong pulangkan semula tanah untuk masa depan anak-anak kami," katanya dalam sidang media di Parlimen pada Rabu.

Katanya, pihaknya juga pernah mengemukakan aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) namun tiada sebarang tindakan dibuat.

Sementara itu, Ahli Parlimen Subang R Sivarasa berkata mengikut peraturan kementerian pelajaran sekolah rendah sepatutnya mempunyai keluasan sekurang-kurangnya enam ekar, manakala 9 ekar bagi sekolah menengah.

"Kami sedia beli tanah yang diambil MIC dengan harga premium kerana tanah ini sangat penting untuk penduduk mendapat pendidikan," katanya. - mStar

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/04/wabak-yang-ada-pada-umno-dah-berjankit.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular