Thursday, April 5, 2012

'Kata Dua 14 Cawangan UMNO Labuan Kepada Najib' +Video

6,700 PENGUNDI LABUAN AKAN BERPALING TADAH
SERAMAI 6,700 pengundi Pro-BN akan berpaling tadah di Labuan jika Majlis Tertinggi UMNO tidak menarik balik penggantungan dan enggan memilih Ketua UMNO Labuan yang sedang menjalani penggantungan, Datuk Suhaili Abdul Rahman sebagai calon pada pilihanraya umum akan datang.

Pengerusi Badan Bertindak Pengundi Labuan, Ariff Buang ketika menghubungi Sabahkini.net menegaskan pihaknya terpaksa memberi amaran keras kerana Pucuk Pimpinan UMNO Pusat, terutama Setiausaha Agung UMNO, Adnan Mansor telah menganiaya ahli UMNO Labuan termasuk dirinya (Ariff) yang digantung daripada jawatan sebagai Ketua Cawangan dan Pengerusi Tetap disebabkan membuat teguran secara terbuka melalui Videoklip bertajuk 'Kata Dua 14 Cawangan UMNO Labuan Kepada BN.' (Di Bawah)

"UMNO Labuan jangan terlalu sombong dan bongkak kerana yang menandatangani Petisyen ini adalah pemilih berdaftar, majoritinya ahli UMNO yang sudah bosan dengan tindak tanduk Setiausaha Agung UMNO, Pemangku Ketua Bahagian dan Ketua Penerangan UMNO Labuan yang menjadikan UMNO Labuan sebagai harta rampasan perang yang diagehkan sesama mereka, terutama berhubung isu pemecatan 11 Ketua Kampung yang juga Ketua Cawangan UMNO Labuan," kata Ariff yang menegaskan bahawa kesemua penandatangan petisyen berkenaan sanggup menggadaikan masa hadapan mereka demi kesinambungan Barisan Nasional di Labuan.
Tetapi kata Ariff, mereka telah bersepakat untuk berpaling tadah menyokong parti lain selain UMNO jika rayuan dan petisyen mereka tidak didengar oleh Pucuk Pimpinan UMNO semata-mata kerana memberi muka kepada pucuk pimpinan UMNO Labuan yang merancang konspirasi untuk menjatuhkan Suhaili melalui tindakan di luar perlembagaan, terutama menggunakan SPRM sebagai alat.

UMNO Pusat, kata Ariff perlu sedar bahawa UMNO Labuan tidak lagi selamat jika 6,700 pengundi Labuan yang telah menangani Petisyen berkenaan berpaling tadah kerana calon UMNO pada pilihanraya umum 2008, Datuk Haji Yusof Haji Mahal hanya memperolehi 10,471 undi sahaja berbanding Calon Bebas, Lau Seng Kiat 2,014 undi dan Calon Pas, Matusin Abdul Rahman 1,106 undi.

"Jika 6,700 penandatangan petisyen berpaling tadah, sudah pastinya calon UMNO akan kecundang," kata Ariff yang memaklumkan terdapat 21,000 pemilih berdaftar di Labuan yang majoritinya merupakan penyokong tegar dan Pro-Suhaili.

Bagaimanapun Ariff bimbang jika Suhaili menyertai Parti Pembangkang atau membuat keputusan untuk menjadi calon Bebas sebelum Pucuk Pimpinan UMNO membuat keputusan menarik balik pengantungan Suhaili bagi membolehkan beliau memimpin UMNO Labuan menghadapi pilihanraya umum akan datang.

"Namun saya berharap agar kebimbangan kami tidak menjadi realiti dan Suhaili masih bersama BN," kata Ariff yang meyakini banyak pihak sudah melamar Suhaili sebagai calon mereka bagi memastikan Labuan berjaya ditawan daripada BN.

Ariff turut memaklumkan jika Petisyen ini gagal, mereka akan melaksanakan Visi Kedua yang hanya akan diumumkan pada masa yang sesuai kerana katanya sejarah politik Sabah pernah mencatatkan Kerajaan BN Sabah tumbang kerana isu Labuan dan memberi amaran tidak mustahil sejarah akan berulang pada PRU-13. - Oleh : AWANGKU HALIM PG TENGAH

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/04/kata-dua-14-cawangan-umno-labuan-kepada.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular