Berita mengenai hubungan antara bekas ketua polis dengan golongan gangster tersebar di blog-blog dan portal-portal berita (sila baca sini), fikirkan kembali apa sudah jadi dengan intistusi kepolisian negara ini, jika begitulah bapak polis, anak-anaknya bagaimana?, baca kisah dibawah:
Seorang ahli perniagaan yang merupakan ibu kepada empat orang anak, membuat laporan polis mendakwa dia dikasari dan mengalami gangguan seksual ketika disoalsiasat di balai polis Sri Petaling pada pagi 24 Mac.
Lim Hui Hui berkata, seorang anggota polis wanita yang bertugas di balai Sri Petaling memintanya kencing ke dalam botol untuk ujian air kencing, tetapi tangannya digari ke belakang.
Hah itulah sebabnya orang bodoh tidak harus jadi polis, lihatlah betapa bodohnya polis itu, atau ini sebenarnya satu deraan mental kepada tahanan (walaupun tidak buat kesalahan), menyuruh sesuatu yang tidak masuk akal.
"Apabila saya tanya bagaimana saya boleh buka seluar untuk melakukannya, dia memicit payudara saya dan berkata mesti buat."
Lim juga menunjukkan gambar-gambar tanda bengkak yang dialaminya di bahagian bahu kanan, pinggul, paha, kiri betis dan luka di pergelangan tangannya semasa digari sebagai bukti dakwaanya itu.
"LIHATLAH" perbuatan pihak polis yang boleh disifatkan tidak bertemadun dan amat memalukan itu, dan jangan pula salahkan rakyat bila intistusi kepolisian ini dipandang lekeh oleh rakyat.
Lim dalam satu sidang media yang dihadiri oleh Ahli Parlimen DAP Seputeh Teresa Kok dan peguam wanita itu Eric Tan Pok Shyong pagi ini, berkata dia telah membuat laporan polis Khamis lalu (29 Mac).
Bercerita mengenai kejadiaan otu, katanya dia sedang memandu ke cawangan Maybank di Kuchai Park, Kuala Lumpur, pada awal pagi 24 Mac untuk menyimpan wang tunai apabila dia ternampak sebuah kereta di belakangnya, memancarkan lampu ke arahnya.
Kerana bimbangkan keselamatan dirinya, Lim memandu pulang ke apartmennya di Kondo Taman Dinasti di Seputeh.
Pada masa tu,dia ternampak pancaran lampu biru kereta di belakang kereta yang mengejarnya.
Selepas pasti yang ia adalah polis, Lim berhenti dan membenarkan anggota polis, yang mahu memeriksa kereta itu, untuk berbuat demikian.
Dan atas permintaan polis, kata Lim, dia mengikuti mereka ke balai Petaling di Jalan Klang Lama, dan disitu dia dicabuli
Berita selanjutnya sila baca disini
http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/04/bila-polis-wanita-dituduh-cabul-wanita.html
No comments:
Post a Comment