Tuesday, April 10, 2012

Dokumen Bukti Skandal Balak RM400 juta di SABAH


Dokumen di bawah adalah antara beberapa dokumen yang dibocorkan oleh pihak SPRM dan ICAC Hong Kong, ianya adalah antara beberapa dokumen yang dikaitkan dengan Skandal Balak bernilai RM400Juta di Sabah.
Antara nama-nama yang dikatakan terlibat ialah Ketua Menteri Sabah, Musa Aman, Pengusaha balak di Sabah Micheal Chia dan juga Gani Patail.

Sepertimana Sharizat yang mendakwa beliau tidak tahu menahu akan aktiviti penyelewengan dana yang dilakukan oleh Suami dan Anak-anaknya dalam NFCorp, begitulah juga jawapan Menteri luar ini..

Menteri luar, Datuk Seri Anifah Aman mendakwa beliau tidak tahu menahu mengenai dakwaan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati beliau secara rasuah telah menerima lesen balak daripada abangnya yang juga ketua menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

MP Kimanis itu berkata, dakwaan "terdesak" itu telah diada-adakan oleh pihak berkenaan.

Dalam jawapannya melalui SMS kepada Malaysiakini, beliau berkata beliau tidak tahu menahu mengenai perkara itu.

Ditanya sekiranya beliau telah disiasat SPRM, Anifah menafikan perkara itu dan itulah kali pertama beliau mendengar mengenai dakwaan seperti itu.

Beliau mengulas laporan laman web Sarawak Report, Khamis lalu yang mendakwa mendapat dokumen bocor SPRM yang mendakwa demikian.

Bagaimanapun bagi membuktikan dakwaan mereka (Sarawak Report) itu adalah benar, pihak Sarawak Report telah mendedahkan beberapa dokumen yang didakwa dibocorkan oleh pihak SPRM dan Hong Kong’s Independent Commission Against Corruption (ICAC) - Baca SINI

Selepas Skandal LEMBU RM250 juta kini Skandal Balak RM400 juta
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman didakwa diberikan lesen pembalakan lumayan secara rahsia di negeri itu, lapor Sarawak Report.

Sarawak Report mendakwa memiliki dokumen SPRM yang hasil siasatannya memutuskan bahawa Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman secara salah mengeluarkan lesen bernilai puluhan juta ringgit kepada adiknya itu.

Menurut laporan itu lagi, dokumen tersebut adalah sebahagian daripada siasatan terhadap penyelewengan balak selepas kroni bagi Musa Aman, Michael Chia, telah ditahan kerana cuba menyeludup keluar SGD16 juta (RM35 juta) dari Hong Kong pada 2008.

Kandungan siasatan

Dua konsesi utama yang dibeli oleh Yayasan Sabah bagi kayu balak ditebang dan Penerima tawaran adalah Anifah Aman dan Hairul Aman, anak saudara Pengurus Hutan Yayasan Sabah, Mohd Daud Tampokong.

Aspek-aspek yang lain, yang lebih mengejutkan adalah, ia membolehkan pemegang konsesi mengeluarkan balak sebanyak 2,000 hektar dari hutan dara di Hutan Simpan Pinagah:

Kedua-dua lesen telah diberikan sejurus selepas Musa Aman menjadi Ketua Menteri dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah pada tahun 2003.

Gani Patail Juga Terlibat?

Peguam Negara Abdul Gani Patail, yang berasal dari Lahad Datu, telah menghalang siasatan SPRM.

Beliau yang berkait rapat dengan keluarga Aman, telah enggan untuk meneruskan kes itu.

Rakyat bimbang bahawa keengganan Gani untuk membenarkan siasatan rasuah peringkat tinggi, telah membenarkan ahli-ahli politik BN lain untuk terus menyedut kekayaan negara dan tidak terganggu.

Jenayah Elak Cukai Berpuluh Juta

Pakar-pakar berkata bahawa hutan dara menyediakan 100 meter padu kayu setiap hektar. Pemegang Lesen sepatutnya membayar Yayasan Sabah RM55 dan Jabatan Perhutanan RM95 setiap meter padu dibalak, yang berjumlah RM150 dalam bentuk cukai.

Walau bagaimanapun, semua hasil sangat sedikit diisytiharkan, tanpa membayar cukai yang berjumlah sekitar RM30 juta

p/s : Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat telah memberi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selama 7 hari untuk mengambil tindakan terhadap Ketua Menteri Sabah Musa Aman dan adiknya Anifah Aman, Menteri Luar, mengenai skandal balak RM400 juta.

Sidang akhbar di lobi Parlimen pada Isnin (9/4/2012). Rujuk SINI

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/04/dokumen-bukti-skandal-balak-rm400-juta.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular