WarkahDaily -- Memang langkah terdesak presiden Umno Datuk Seri Najib yang juga ketua BN Selangor bagi merampas kembali negeri itu daripada cengkaman Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihanraya Umum (PRU) nanti apabila menyenaraikan lebih 20 ribu nama pengundi yang berada di Sabah dan Sarawak sebagai pengundi di Selangor juga.
Lapor portal Malaysiakini, 24,105 nama pengundi dari Sabah dan Sarawak berjaya dikesan oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) telah didaftar buat kali kedua di Selangor.
Sebelum ini, Umno-BN pernah berikrar mahu merampas kembali negeri terkaya di Malaysia itu daripada PR walau dengan apa cara sekali pun.
Dalam sidang media di Kuala Lumpur semalam, Bersih mendakwa 15,520 pengundi dan 8,585 pengundi Sarawak didaftarkan semula kali kedua di Selangor dalam daftar pemilih terkini sehingga suku pertama 2012.
Namun butiran lanjut berkaitan dakwaan itu tidak didedahkan buat sementara waktu walaupun ditanya pihak media.
Menurut JK pemandu Bersih, ia bakal didedah dalam tempoh terdekat di sidang media lain.
Menurut Bersih lagi, dalam daftar pemilih yang sama, didapati seramai 7,841 nama pengundi di Selangor telah didaftarkan dengan kod MyKad lokasi 71, iaitu kod lokasi kelahiran luar Malaysia. --WARKAHDAILY
http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/04/usaha-najib-tunai-janji-rampas-kembali.html
No comments:
Post a Comment