Monday, April 9, 2012

Anuar Musa baru sedar ISA tu KEJAM!

Tan Sri Anuar Musa patut tinggalkan Umno sebab beliau kata artikel 88 FAM kejam macam ISA!
Saya memang kesian sangat-sangat dengan nasib Timbalan Presiden FAM yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan Tan Sri Anuar Musa yang hilang jawatan kerana tegur FAM demi kemajuan bolasepak negara.Jawatan tertinggi pengurusan bolasepak negara selagi tidak ada perubahan dengan ketepikan kepentingan politik dan bangga dengan kuasa yang depa ada selagi itulah bolasepak negara takkan mampu pergi jauh.

Artikel 88 kejam!-Berita harian online

Annuar sifatkan artikel itu seperti Akta ISA
TAN Sri Annuar Musa menyifatkan Artikel 88 Statut Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) edisi 2010-2014 yang menidakkan hak ahli FAM mengeluarkan kenyataan membabitkan bola sepak Malaysia adalah sama seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Beliau yang digantung dua setengah tahun kerana mengkritik pasukan kebangsaan secara terbuka turut menyifatkan artikel terbabit sebagai kejam yang akan hanya merugikan pembangunan bola sepak dan harapan peminat bola sepak tempatan.

"Kalau boleh saya ingin hapuskan saja artikel berkenaan, ia sebenarnya tidak membantu perkembangan bola sepak. Tapi hendak buat macam mana saya tidak ada kuasa, tambahan lagi saya sudah digantung dua setengah tahun tanpa dibenarkan merayu.

"Saya ingin katakan bahawa media sebenarnya tersalah menafsir Artikel 88. Tafsiran sebenar adalah hanya Presiden dan Setiausaha Agung FAM saja yang boleh buat kenyataan membabitkan bola sepak bukan terhad kepada pasukan kebangsaan," katanya kepada Berita Harian, di Stadium Negeri, Petra Jaya kelmarin.

Terdahulu, apabila ditanya pemberita berkenaan perlawanan Sarawak menentang Kelantan yang berakhir seri 1-1, Annuar secara sinis berkata, saya kena minta kebenaran FAM terlebih dulu sebelum dibenarkan bercakap.

Katanya, penggantungan itu diterima dengan hati terbuka walaupun agak perit untuk ditelan kerana terpaksa melepaskan dua jawatan penting iaitu Timbalan Presiden FAM dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

"Tidak mengapa saya digantung sebab saya percaya ada hikmahnya. Biarlah saya seorang membakar diri demi kepentingan bola sepak negara," katanya.

Katanya, niat untuk membantu Presiden FAM Sultan Ahmad Shah dan Timbalan Presiden, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah disalah erti sehingga menyebabkan beliau digantung. MISAIMERAH

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/04/anuar-musa-baru-sedar-isa-tu-kejam.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular