Tuesday, April 10, 2012

Ni bukti Najib Contohi Rasulullah, Tentu Mashitah Setuju +Video


KANTOI!! Najib Altantuya Pakai RANTAI EMAS?
Sedang asyik membaca pendedahan skandal konsesi balak Menteri Luar, Anifa Aman bernilai RM400 juta, tiba-tiba terpandang satu posting yang diambil dari print screen yang sangat mengejutkan!

Perdana Menteri Najib Altantuya pakai rantai emas?
Sesuatu yang sangat ditegah oleh agama Islam kerana hukum lelaki memakai rantai walaupun bukan emas sekalipun adalah HARAM!

Video klip selama 49 saat ini jelas menunjukkan bahawa semasa Najib Altantuya berada di Temerloh, Pahang selepas berada di Batu Pahat, pada 7 April lalu sempena merasmikan karnival Janji Ditepati (kunun) anjuran Media Prima Berhad, jelas diperhatikan pada saat ke 36 hingga 40, ada seutas rantai terlilit di lehernya!

Video ini dirakamkan semasa Najib Altantuya dan suaminya Rosmah Mansor sedang mengadakan lawatan ke rumah dua beranak yang terpisah selama 12 tahun di Temerloh, Pahang dan disiarkan menerusi Buletin Utama TV3 suku pada sebelah malamnya.

Mungkin Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang juga ahli parlimen Temerloh, Saifuddin Abdullah boleh menjelaskan kepada rakyat rantai jenis apakah yang dipakai Najib Altantuya kerana umum sudah mengetahui bahawa Bapa Pengumuman ini hanya tahu menafi tanpa memberi fakta dan bukti sahih termasuklah isu pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang kununnya berjumlah RM43 bilion.
Bukti yang diperolehi ini sangat berat, kerana sebagai perdana menteri yang beragama Islam, Najib Altantuya pastinya tahu hukum kaum Adam memakai rantai emas walaupun kununnya atas alasan kesihatan sekalipun.

Malah, pemakaian rantai bukan emas pun sudah berdosa besar kerana menyerupai kaum Hawa, kerana perhiasan dan barang kemas adalah hak eksklusif wanita.

Adalah diharapkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga menteri klepet wang zakat, Jamil Khir Baharom dapat menegur perbuatan Najib Altantuya yang jelas bertentangan dengan hukum syarak pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Sekiranya benar rantai itu dipakai dan bersalut emas pula, tak payahlah canang slogan Wasatiyyah kerana benda sekecil ini pun Najib Altantuya kantoi!

JALAN PULANG


Hukum Memakai Cincin, Gelang Tangan dan Rantai Leher Bagi Lelaki Islam
Berkaitan dengan pemakaian rantai leher pula, bila ditanya “ kenapa pakai rantai leher?” ramai menjawab: “rantai ini bukan dari jenis emas atau perak”. Persoalan di sini bukanlah jenis buatannya sama ada rantai emas, perak, besi ataupun tembaga. Menurut Islam rantai leher merupakan salah satu alat perhiasan bagi wanita sahaja. Haram meniru atau menyerupai wanita sama ada dari segi alat perhiasan ataupun pakaian. 
Rasulullah S.A.W. telah melaknati orang-orang yang menyerupai perempuan dari kaum lelaki dan orang yang menyerupai lelaki dari kaum perempuan. (Riwayat Bukhari). 

Dari Ali bin Abu Talib R.A. berkata bermaksud: Rasulullah S.A.W. mengambil sutera. Baginda letakkan di sebelah kanannya dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang laki-laki dari umatku. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasai, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah). 

Segala barang-barang (seperti cincin dll) yang mempunyai unsur-unsur emas samada sedikit ataupun banyak adalah diharamkan kepada lelaki memakainya oleh Islam sepertimana dalil-dalil yang dinyatakan di atas. Dalam masalah memakai cincin suasa (campuran emas dan perak) maka pendapat terpilih dan terkuat tetap mengatakan haram kepada lelaki memakainya. Wallahualam.


http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/04/ni-bukti-najib-contohi-rasulullah-tentu.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular