Monday, April 9, 2012

PANAS!! Adun BN Conteng Surah Yassin?

Umno hari-hari bilang, mereka lah pembela bangsa, hanya mereka pembela agama, agak-agak boleh percaya ke?.

Dasar umno dan BN yang diberi nasihat oleh APCO Worldwide (sebuah syarikat perundingan milik yahudi) suka menipu, kerana itu juga umno sering digelar umno menipu no one (1), bukan setakat menipu, malah sanggup memperlekeh agama Islam.

Tak lama dulu kita dikejutkan dengan tindakan menteri agama (sape lagi kalau bukan si misai tebal)bila tindakan nya menggunakan wang zakat untuk menghalang Qazaf dalam kes fitnah saiful bukhari terhadap Anwar Ibrahim, untuk menutup kesalahan itu dia beritahu penggunaan wang zakat itu boleh kerana tergolong dalam Asnaf Fisabilillah,

Hai, pening Malaysia nei, Halang Qazaf itu pun Fisabillilah ke?

Hari ini pula gempar dengan tindakan seorang ADUN BN yang juga merangkap Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) khabarnya telah menconteng surah yassin semata-mata mahu tarik sikongan pengundi.

Adun Berkenaan iaitu (Adun N49 Tungku) Suhaili Mohd Said yang sanggup menjual agamanya demi survival politiknya ketika rakyat memberontak, khabarnya lagisudah tiga penggal mewakili DUN Tungku; tetapi masih gagal menyelesaikan pelbagai isu dengan sering menggadaikan nama Tuhan iaitu 'InsyaAllah' tetapi enggan berusaha memenuhi janji 'Taghut'nya!.
Beberapa hari menjelang hari pembuangan undi pada pilihanraya umum 2008, Ustaz Suhaili datang berkempen di kampung kami di Astaka Pantai, Kampung Tanjung Labian.

Sebelum Ustaz Suhaili berucap, pemimpin peringkat muda kampung kami, Assafal Panglima Alian mengemukakan permintaan agar dibina Mini Dewan Kg Tanjung Labian. Selepas itu Ketua Kampung Lok Buani, Roslan Abdul Hamid mendesak agar Ustaz Suhaili membantu mendapatkan kembali tanah adat yang telah diluluskan kepada Datuk Ramli Yusuff dan Datuk Mohd Yusof Amat Jamlee.

Beberapa permohonan lain turut diajukan termasuklah jalan, masjid dan surau dan ketika tiba giliran Ustaz Suhaili berucap, saya terkesima dan semua penduduk kampung terpegun kerana Ustaz Suhaili menulis semua permintaan Assafal, Roslan beberapa penduduk kampung di atas Surah Yassin dan menunjukkan kepada para hadirin.

"Janganlah kamu risau. Saudara Roslan dan Assafal serta penduduk 13 kampung ini, saya berjanji akan membereskan semua permintaan kamu jika saya menang dalam pilihanraya kali ini. Saya sudah tulis dalam buku Yassin ini," ujar Ustaz Suhaili sehingga semua penduduk, termasuk saya meremang bulu roma kerana 'keceluparan' Ustaz lulusan Al-Azhar berani menconteng Surah Yassin yang selama ini dimuliakan penduduk kampung dan penganut agam Islam di Sabah.

Namun setelah memenangi pilihanraya berkenaan, Ustaz Suhaili jarang muncul ke kampung kami; jika muncul pun secara senyap untuk melawat tapak projek bersama kontraktor. (Baca SINI)

Hah, orang jenis itu mahu bela Agama Islam, belajar di Al-Azhar, tapi rosak kerana Umno?, belajar di tempat yang dihormati dan melahirkan ramai ulama tersohor tapi semua sia-sia kerana umno. sudahlah janji tak pernah ditunaikan, surah Yassin juga sanggup diconteng-conteng. fikirkan lah, jenis makluk begini rupa kah yang mahu diangkat menjadi pemimpin.

Benarkah cerita ini .. Nantikan lagi pendedahan panas dan bukti salah laku pemimpin BN ini. .berdasarkan maklumat Di SINI.

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/04/panas-adun-bn-conteng-surah-yassin.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular