Monday, July 4, 2011

Biar Betul!! Ahmad Sarbini Mahu Meninggalkan Bangunan SPRM Guna Tingkap?

Menurut kenyataan SPRM, Ahmad Sarbani pada hari kejadian dikatakan datang ke SPRM secara sukarela, tanpa dipanggil. Namun orang ramai termasuk pegawai tinggi Kastam tidak percaya Ahmad Sarbani ke SPRM tanpa dipanggil oleh SPRM.


Hari ini TMI melaporkan saksi kedua inkues kematian Ahmad Sarbaini Mohamed percaya penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia itu terjatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jalan Cochrane ketika cuba meninggalkan premis itu melalui tingkap.

Aikk! Jika datang secara sukarela, mengapa perlu meninggalkan SPRM dengan menggunakan tingkap?


DSP Sharul Othman Mansur dari Cawangan Forensik Bukit Aman yang dipanggil untuk memberikan keterangan selepas balu Sarbaini berkata demikian ketika diminta mengulas kesimpulan bagaimana pegawai itu jatuh berdasarkan kedudukan mayat yang ditemukan di gelanggang badminton bangunan SPRM pada 6 April lalu.


Soalan itu ditanyakan pegawai pengendali inkues Hanim Mohd Rashid.


“Saya percaya si mati (Sarbaini-gambar) terjatuh dari tingkap aras tiga (bilik pantri) berkemungkinan si mati nak keluar dari bilik SPRM melalui tingkap,” kata beliau.


“Kalau lihat dari arah bumbung (berdekatan dengan bilik pantri) ukuran jarak adalah sembilan kaki tujuh inci, jarak tingkap dan bumbung cukup dekat.


“Si mati cuba melompat ke bumbung yang berhampiran tapi tidak sampai dan jatuh ke lantai (gelanggang badminton),” katanya.

P/s: Ajaib-ajaib! Arwah datang secara sukarela tiba-tiba meninggalkan SPRM seolah-olah macam penjenayah!!!


Menarik:
Pengakuan isteri arwah: Allahyarham Dianiaya Ejen Baucer RM100

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular