Monday, July 4, 2011

Anak Dr Mahathir Sokong Bersih ???

Kehadiran anak Dr Mahathir,Marina dalam sidang media Bersih pagi tadi.Marina dilihat memakai lilitan kuning di lengan,warna yang sinonim dengan Bersih 2.0

Apa kata Mahathir.Bagaimana reaksi Berahim Ali yang begitu lantang mengutuk pemimpin Bersih sebelum ini.Apa ulasan pemimpin2 Umno dan media pengampu mereka.Tunggu dan lihat.


Yalah anak bekas pemimpin agung mereka pun bersama Bersih,tak malu ke kih..kih..kih.Patutlah dalam isu Bersih ni Mahathir kurang berkokok,malu kot maklumlah Marina kan ke anak kesayangan beliau.Nak kutuk lebih2 nanti terkena batang hidung sendiri muahahaha...

Dalam perkembangan berkaitan Marina turut membidas tindakan Polis menangkap aktivis dan penyokong Bersih.Artikel dibawah di petik dari TVS News :





Gambar Ehsan Bloghttp://edyesdotcom.blogspot.com/ 



P JAYA 4 JULAI : Datin Paduka Marina Mahathir hari ini membidas penangkapan hampir 200 penyokong perhimpunan Bersih 2.0 sebagai tindakan pihak yang takut tanpa bersebab.


“Hanya mereka yang takut akan menangkap orang yang memakai kemeja T,” beliau memberitahu sidang akhir bersama wakil pertubuhan bukan kerajaan yang menganjurkan Bersih.


Sejak minggu lalu, polis menangkap sesiapa sahaja yang memakai kemeja T dengan logo Bersih atas alas an ia memudaratkan keselamatan negara. Tangkapan berlaku di Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Kedah, dan Pulau Pinang.


Enam daripada mereka termasuk Ahli Parlimen Sungei Siput Dr D. Jeyakumar ditahan di bawah Ordinan Darurat yang menetapkan penahanan tanpa perbicaraan.


Marina, anak sulung mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad kesal dengan tindakan polis melancarkan penangkapan beramai-ramai itu.


“Saya ingin bertanya kepada orang ramai, jika terserempak dengan sesiapa memakai kemeja -T yang tertera dengan perkataan Bersih, adakah mereka akan terdorong untuk keluar dan menimbulkan kacau bilau,” kata Marina.


“Kita pernah melihat perkataan yang jauh lebih teruk dicetak pada baju-baju di seluruh negara tetapi ia tidak pula mempengaruhi kita untuk menghisap ganja,” tambah beliau.


Marina ditanya mengenai rekod Tun Mahathir yang menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menangkap puluhan orang dalam Operasi Lalang tahun 80an.


Marina mengaku ayahnya menggunakan ISA tetapi menegaskan Mahathir tidak menggunakan undang-undang zalim itu untuk menangkap orang semata-mata kerana memakai baju tertentu.TVS/TH

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular