Eksklusif Sekumpulan ibu-bapa etnik Penan sanggup tinggal dalam reban ayam terbengkalai bagi membolehkan anak-anak mereka bersekolah.
Keadaan menyayat hati itu berlaku apabila tiada sekolah rendah atau menengah didirikan berdekatan rumah panjang di kawasan pedalaman gunung-ganang di Murum, Belaga.
Ia memaksa Labang Paneh, 35, (kanan), berulang-alik ke Sungai Asap yang terletak sejauh dua jam setengah perjalanan untuk menyekolahkan anak-anaknya.
Perjalanan pergi balik hampir lima jam memaksa Labang mengubah gaya hidupnya daripada memburu haiwan hutan di Murum untuk makanan kepada membuat kerja rencam di Sungai Asap untuk menjana pendapatan.
Setiap hari apabila habis bekerja beliau akan menunggu lima anaknya di reban itu sehingga mereka selesai sesi persekolahan di SK Batu Keling dan SMK Bakun. Kesungguhan beliau dan beberapa orang lagi ibu-bapa Penan akhirnya membuka hati pemilik reban untuk terus membenarkan mereka menetap di situ.
Menurut jurupandu yang menemani pasukan wartawanMalaysiakini, pemilik reban itu dipercayai adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Belaga, Datuk Tajang Laing."Bila SMK Bakun (dibina) kita minta tumpang sinilah walaupun sini reban ayam.
"Memang susah, jika biar anak kita sendiri sini memang tidak selesai juga.
"Kalau ibu bapa tidak di sini mereka tidak di sini," kata Paneh sambil menambah bahawa anak-anaknya kini hanya perlu berjalan kaki sejauh satu kilometer untuk ke sekolah.
Sehingga kini, rumah panjang itu hanya diubahsuai dengan sekatan papan lapis nipis untuk membezakan 22 pintu rumah dan memuatkan 106 orang.
Paling menyedihkan, lantai rumah itu diperbuat daripada kayu-kayu sebesar dua batang jari dan papan lapis yang memisahkan pintu rumah juga berlubang-lubang.
"Ini reban ayam tapi kami tidak peduli apa-apa.
"Sepatutnya kami berterima kasih kepada Tuhan kerana memberi tempat tinggal seperti ini," katanya sambil menambah mereka mula menetap di situ bermula 6 Januari 2006.
Guru gereja sediakan pendidikan percumaSehari sebelumnya wartawan Malaysiakini berkesempatan melihat kanak-kanak rumah panjang Long Jaik belajar membaca dibimbing guru-guru sukarelawan dari gereja.
Guru-guru berkenaan seramai empat orang wanita datang sejauh dari pekan Sibu dan menghabiskan dua jam masa perjalanan untuk sampai ke rumah panjang itu.Kelas yang berlangsung selama empat jam sehingga pukul 12 tengahari dibuat di ruang bersama rumah panjang.
Ia dimulakan dengan nyanyian lagu-lagu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan berjaya menarik kira-kira seramai 15 orang kanak-kanak dari rumah panjang sebanyak 50 buah pintu.
Menariknya, ibu-bapa kanak-kanak berkenaan yang menemani anak-anak mereka turut kelihatan 'curi-curi' belajar dari bahagian belakang kelas sewaktu sesi berlangsung.
Menurut Laporan Penilaian Impak Sosial dan Persekitaran Projek Empangan Hidroelektrik, pada tahun 2009 hanya dua peratus daripada populasi Penan belajar di sekolah.
Jumlah itu adalah 33 daripada lebih 1500 orang etnik Penan. Ia terdiri daripada penduduk rumah panjang Long Wat yang berpindah ke Sungai Asap untuk meyekolahkan anak-anak mereka.
Jarak ke sekolah, kos pengangkutan dan kekurangan sokongan menidakkan 593 kanak-kanak Penan mendapat pendidikan sempurna, kata laporan itu. - Mk

No comments:
Post a Comment