Thursday, October 25, 2012

Perutusan Hari Raya 'Aidiladha 1433H oleh YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj Nik Abd Aziz bin Nik Mat

-Raya korban..kita diminta untuk melakukan pengobanan (binatang ternakan). Satu agenda terpenting dalam melakukan ibadah korban ialah membahagikan daging haiwan yang dikorbankan.

Tuan Guru menyatakan kesetujuan hatinya untuk menukar cara kita membahagikan daging-daging tersebut. Kalau sebelum ini kita membahagikan daging-daging yang telah dimasak kepada orang ramai, tetapi kali ini kita membahagikan daging-daging korban tersebut sementara ia masih mentah.

-Raya korban..kita diminta mengingati kembali sejarah korban yang dilakukan oleh nabi Ibrahim a.s. kita diajak untuk merenung semula dan mengambil ibrah daripada keperitan baginda semasa melakukan korban pada anaknya sendiri, nabi Ismail a.s semata menunaikan suruhan Allah. "Pengorbanan nabi Ibrahim perlu ditiru oleh manusia hingga kiamat",ujar Tuan Guru.

-Tuan Guru juga mengharap sirah pengorbanan sahabat diceritakan didalam khutbah, sebagai contoh perang Khandak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular