Sunday, October 21, 2012

Hasil Forum Fathul Bari : CSL dah Faham HUDUD???


Lagi rakan karib UMNO iaitu MCA berterusan menjadikan Islam sebagai sasaran serangan didalam Perhimpunan Agung MCA! Chua Soi Langsung tidak peduli dan takut untuk berterusan menghina Islam.
UMNO seolah2 menghalalkan apabila MCA menghina Islam, malah Najib sendiri enggan memberi respon apabila ditanya!!
Soi Lek: negara amal hudud antara yang 'paling korup'
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat.

Dalam ucapannya di perhimpunan agung MCA ke-59 itu, Chua tidak menamakan mana-mana negara namun menggunakan dakwaan itu untuk menyerang Pakatan Rakyat.


"DAP berjaya meyakinkan orang bukan Islam bahawa hudud PAS akan mengurangkan jenayah dan rasuah di dalam negara. Ini satu lagi penipuan besar," katanya.

Dalam ucapan selama 45 minit itu, Chua secara umumnya menyerang seterunya DAP dan sesekali memuji perdana menteri.

Chua menyerang slogan Ubah DAP, yang menurutnya satu singkatan bagi "Untuk Bentuk Agama dan Hudud ala PAS". Mk

Nota : Ini Lah Hasil Kejayaan Fathul Bari dalam memberi "PEMAHAMAN TENTANG HUDUD" Kepada MCA - Baca SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular